Ramai sebenarnya yang tertunggu tunggu berita bilakah masanya untuk Google Adsense support bahasa melayu. Ini kerana bahasa Indonesia sudah lama di support. Saya sebenarnya YAKIN yang bahasa melayu akan di sokong juga pada masa hadapan dengan alasan yang pihak Google sebenarnya telah menyokong bahasa melayu pada Google Adword Malaysia. Agak janggal jika iklan yang dihasilkan dalam bahasa melayu di Adword tetapi tidak boleh terpapar dalam blog bahasa melayu yang menggunakan Adsense. Betul tidak?
Dan berita gembiranya pada hari ini. Pihak Google telah secara rasminya telah menyokong dan support bahasa melayu untuk Google Adsense. Anda terkejut dengan berita ini? Anda gembira dengan kenyataan ini? Ya, untuk pengetahuan pembaca, bahasa melayu telah disokong dan anda kini boleh memohon Google Adsense dengan menggunakan blog website bahasa melayu anda tanpa masalah. Saya pasti selepas ini ramai blogger yang akan apply bukan?
Google Adsense Sudah Support Bahasa Melayu 2015
Jadi apakah buktinya yang Google Adsense telah support bahasa melayu? Anda lihat gambar diatas? Gambar di atas adalah link dari Google sendiri yang menunjukkan senarai bahasa yang telah di “support” di seluruh dunia dan bahasa melayu iaitu “Malay” adalah salah satu bahasa baru yang telah dikemaskini “update”. Itu bukti dari Google sendiri. Tidak mungkin berita palsu bukan? Di bawah ini saya berikan kepada anda 2 link sebagai rujukan buat anda untuk melihat sendiri kebenaran info ini.
- http://amanz.my/2015/04/google-adsense-kini-menyokong-bahasa-malaysia/
- https://support.google.com/adsense/answer/9727?hl=en
Saya pasti selepas ini akan ramai yang beralih dari Nunffnang, Innity, H12 Media, Mobicow dan sebagainya kepada Google Adsense sepenuhnya. Semua sudah tahu yang sehingga setakat ini masih tidak ada lagi advertiser yang boleh kalahkan Google Adsense dalam “revenue” yang dihasilkan. Dengan bayaran pendapatan dalam bentuk USD Dollar, sudah pasti semua blogger pasti akan dapat menjana pendapatan yang sangat lumayan selepas Adsense kini telah support bahasa melayu.
Berita Google Adsense support bahasa melayu ini telah membuat saya sangat ceria hari ini. Dan saya jadi bersemangat selepas ini untuk menulis tentang Google Adsense dan tips tips cara meningkatkan earning. Saya pasti blogger yang telah berjaya apply Adsense juga akan berbuat demikian. Saya juga pasti dunia buat duit melalui blog di Malaysia akan kembali cerita. Akan ramai selepas ini yang akan mampu buat duit dengan Adsense. Kepada yang baru baca artikel ini. Saya meminta anda untuk apply Google Adsense sekarang. Selamat berjaya.
7 Comments
InshaAllah. Lepas ni buat tutorial nak daftar dan pasang iklan pula. Ok ke x ok?
seronok la sape ada high traffic tu…tapi sape yang ada popup sana sini tu…ada harapan cerah la nak kena banned..ehehee
Pengumuman rasmi telah dikeluarkan oleg google di blog rasmi google yang menceritakan tentang adsense. Sekian lama saya hanya menggunakan hosted akaun jadi dah apply full akaun semalam.
rasa nak beralih ke google adsense pula. hehe
memang terbaik.google sudah buka mata pada publisher malaysia. 🙂
Cepat2 semua apply,layan adsense pulak
Seronoknya kalau memiliki akaun Google Adsense..