Ada kalanya kita kadang kala bila mahu merajinkan diri membaca Al-Quran pasti mahukan al-quran yang baru bukan? Seperti mahu bersenam dan diet. Kalau ada kasut baru pasti terasa hendak rajin bersenam. Tetapi kalau boleh, janganlah kerana faktor baru, baru hendak rajin baca quran. Teringat kata ustaz dulu, hak quran ini kita kena tunaikan iaitu mesti dibaca habis paling kurang 2 kali setahun. Macam soal nafkah juga. Ada hak hak yang perlu kita tunaikan.
Ketika di kedai buku buku islam, saya pernah ternampak beberapa Al-Quran Rasm Uthmani yang sangat cantik. Yang lebih saya lihatkan ketika itu selain dari cantik adalah mutu tulisan arab dan juga terjemahan yang ada. Kadang kala ada tulisan arab yang kurang saya jelas. Kalau dapat yang tulisan arab yang mudah dibaca dalam erti kata mudah kenal huruf perkataan arab itu yang lebih saya suka.
Beli Al-Quran Rasm Uthmani Secara Online
Dan yang paling saya suka antara Al-Quran Rasm Uthmani yang dijual adalah terjemahan bahasa melayu terus di letakkan di bawah patah perkataan ayat al-quran. Dengan itu, kita akan dapat tahu dengan mudah apakah maknanya akan surah yang kita baca secara langsung. Dan saya telah menjumpai Al-Quran Rasm Uthmani yang di jual dengan kelebihan untuk pembelajaran secara lengkap yang bagi saya sangat unik dan sangat bagus untuk orang ramai milikinya.
Al-Quran Rasm Uthmani yang saya temui ini adalah bernama Al-Quran Qordoba sebagai contoh yang telah dijual di Malaysia dan mendapat kelulusan dari kementerian dalam negeri untuk diedarkan. Di antara ciri ciri menarik yang ada pada Al-Quran Qordoba ini adalah;
- Jenis hard cover
- Berwarna
- Terjemahan di bawah perkataan Al-Quran
- Kod warna untuk pemahaman dan pembelajaran tajwid
- Mempunyai pelbagai tafsir
- Mempunyai pelbagai hadith
- Kamus ringkas bahasa arab
- Doa dan zikir
- Penjelasan sejarah dan kejadian
- Tutorial Praktis Umrah dan Haji
- Tutorial Ibadah, Solat, dan Mu’amalah Praktikal Seharian
Website Untuk Membeli Buku Online Di Malaysia
- BookCafe – antara website penjual buku bahasa Malaysia terbaik
- Lazada – anda boleh mencari pelbagai jenis buku di sini
- 11Street – anda boleh mencari buku yang anda mahukan di sini
- Shopee – anda boleh bermacam mana buku di sini
Al-Quran Rasm Uthmani bahasa melayu ini, kalau anda ingin beli untuk dihadiahkan kepada seseorang pun bagus sebenarnya. Salah satu contoh untuk diberikan sebagai hantaran perkahwinan. Nanti sama sama suami isteri dapat mengambil keberkatan belajar dan membaca sama sama setelah berkeluarga nanti. Kalau anda berminat mendapatkan Al-Quran Qordoba ini, sila klik link di atas untuk pembelian secara online. Selamat membaca Al-Quran.