Beberapa hari yang lepas saya menerima bungkusan atas pembelian satu barang secara online. Akibat tiada di rumah kerana bekerja, pintu rumah di selitkan dengan notis penghantaran barang parcel yang tidak sampai ke rumah kerana pemilik rumah tiada. Jadi saya perlu ke tempat lokasi pusat syarikat penghantaran untuk mengambil barang. Tetapi ada satu masalah iaitu berkenaan syarikat penghantaran ini iaitu City Link Express. Sejujurnya ini pertama kali saya mendengar akan nama syarikat ini. Anda pernah kenal dengan syarikat ini? Mungkin anda pernah. Tetapi tidak bagi saya.
Akibat mahukan barang (parcel) berkenaan dengan segera, saya terus mencari lokasi syarikat City Link Express ini. Saya menggunakan GPS tracking dari Google Map dengan plan data berbayar untuk memudahkan mencari lokasi. Dengan bantuan Google map dan sedikit pertanyaan kepada orang sekitar, saya dapat menjumpai syarikat penghantaran express ini. Nampak seperti baru dibuka dengan keadaan struktur bangunan ruangan stor masih sangat sangat baru.
City Link Express Butterworth
Kalau di ikutkan sebenarnya ada banyak perkhidmatan “courier” seperti ini. Tetapi secara umumnya saya hanya mengetahui perkhidmatan dari Pos Laju dan juga Skynet. Dan yang ketiga (terbaru) ini adalah dari City Link Express. Proses pengambilan barang (parcel) di City Link Express ini mudah. Mereka mempunyai sistem “tracking” yang baik dengan menggunakan komputer dan terus dapat mengesan siapa yang menghantar dan dimana bungkusan barangan itu ditempatkan jika barangan tidak sampai kepada pemilik. Saya tidak tahu berapa kos menggunakan servis ini kerana saya dipihak penerima.
Lokasi untuk mencari City Link Express menggunakan GPS dari peta Google Maps seakan tidak tepat. Saya tidak pasti samada peta Google yang kurang accurate atau lokasi syarikat courier ini yang tersalah letak kedudukkan syarikat mereka. Walaupun tidak tepat, tetapi jarak kurang tepat itu tidak lah jauh mana dari lokasi sebenar.
Tiada apa yang saya ingin kongsikan disini melainkan untuk memberitahu tentang courier service yang boleh anda gunakan selain Pos laju dan juga Skynet jika anda tidak tahu. Kepada yang tinggal di kawasan bukit minyak, prai, butterworth dan kawasan berdekatan, bolehlah singgah di City Link Express ini untuk menghantar barang anda. Dan jika terbukti servis mereka terbaik, kita boleh terus menggunakan perkhidmatan dari curier mereka. Dan kita mengharapkan perkhidmatan terbaik dari mereka
Alamat/Address (Bukit Minyak, Butterworth) – No 736, Lorong Perindustrian Bukit Minyak 11, 14100 Butterworth, Pulau Pinang
No Telefon – 04-5041898
Google Map
4 Comments
Consignment No.: 960301000007870
Wednesday, February 18, 2015 Time Location
Received by 07:39 AM BUTTERWORTH, MALAYSIA
my order Has not yet come
My urgent Parcel (need by before 5pm), Tracking no 060301237652887 reach butterworth branch at 8.54am but til now still no yet deliver to my off:
Berjayapak Sdn Bhd
1, Lorong IKS Juru 4,
Juru Industrial Park,
14100 Simpang Ampat,
Penang, Malaysia.
Call phone hundred times also no one pick up. Suck service. but I guess all the courier companies in Malaysia are the same, city link, skynet etc…