Kali ini saya ingin bercerita mengenai akan Apa Itu Bounce Rate. Sebenarnya ramai yang kurang tahu atau mengambil berat akan bounce rate blog mereka. Lagi pula kepentingan untuk mengambil tahu akan hal ini bukanlah sesuatu yang sangat perlu diambil tahu. Tetapi dari data dan maklumat tersebut kita mampu untuk menilai akan kekuatan blog kita dari maklumat yang dipaparkan. Google bukan saja saja menyediakan data tersebut. Ianya sangat berguna bagi pihak Google, advertiser dan juga pemilik blog sendiri didalam menilai tahap “engagement” atau pelawat yang datang masuk kedalam blog.
Dari segi yang saya faham, bounce rate ini memberikan kefahaman kepada kita tentang bagaimanakah sikap pelawat atau “visitor” yang masuk kedalam blog kita. Nilai bounce rate selalunya diukur dengan nilai 100%. Lebih rendah nilai bounce rate maka ianya menunjukkan prestasi blog artikel terhadap pembaca membawa erti dan nilai yang baik. Anda sendiri sebagai blogger yang membaca blog lain yang bukan kepunyaan anda, anda sendiri akan bersifat untuk membaca dengan lebih lama ataupun terus keluar dari blog tersebut kerana beberapa sebab yang tidak menarik. Pernah terjadi bukan?
Ringkasan Mudah Apa Itu Bounce Rate
Jika anda bertanya akan Apa Itu Bounce Rate. Saya menjelaskan secara ringkas adalah, bounce rate adalah satu nilai yang diukur untuk memberikan gambaran kepada anda tentang sikap pelawat yang masuk kedalam blog anda. Contohnya begini, berapakah masa yang diambil oleh pelawat yang singgah masuk kedalam blog anda melalui artikel tertentu dan mereka berada disana dan membaca ataupun terus keluar tidak berminat. Bounce rate juga bermaksud lantunan apabila pelawat masuk kedalam blog dan keluar dari blog. Berapa lama masa yang diambil oleh mereka dari sejak masuk dan keluar dari blog anda. Kita sedang mengkaji sikap visitor yang masuk kedalam blog anda berdasarkan maklumat bounce rate.
Katalah nilai bounce rate blog anda adalah 75%. Ini menunjukkan 75% dari pelawat yang masuk kedalam blog anda kurang berminat dengan artikel anda (atau apa apa sahaja) dan cepat keluar dari blog anda. Katalah jika bounce rate blog anda adalah 30%, maka ini menunjukkan interaksi pembaca dengan blog anda adalah baik kerana hanya 30% sahaja yang bersikap cepat untuk keluar dari blog anda dan mengambil masa untuk membaca artikel yang anda hasilkan.
Data bounce rate ini ada didalam Google Analytics dibahagian Audience (Overview). Anda boleh memperbaiki untuk menambah tarikkan kepada blog anda untuk memikat pembaca untuk berada lebih lama didalam blog anda. Tentu anda tidak mahu jikalau visitor yang hadir didalam blog anda hanya mengambil masa beberapa saat sahaja dan kemudian keluar dari blog anda. Ini suatu yang tidak baik bagi sesebuah blog. Bagaikan tiada siapa yang mahu membaca dan mengambil masa untuk membaca artikel yang lain lain yang terdapat didalam blog anda. Anda boleh perbaiki blog anda dengan data dari bounce rate ini.
Alhamdulilah, blog ini mempunyai bounce rate yang bernilai 2.08%. Dan secara keseluruhan pelawat yang masuk kedalam blog ini nampaknya berminat untuk membuka halaman (page) sebanyak 2.87 untuk satu satu sesi lawatan. Tetapi bukan mudah untuk saya mengurangkan kadar bounce rate ini. Saya perlu menghasilkan artikel yang berguna dan juga artikel yang mahu dibaca oleh pelawat. Artikel harus menarik. Saya berharap blog ini akan terus mampu mengekalkan momentum dan memberikan pembacaan yang berguna kepada visitor. Saya harap anda faham akan Apa Itu Bounce Rate dari penulisan saya ini. Dan selepas ini anda akan menjadi blogger yang mampu untuk memberikan yang terbaik kepada pembaca dari maklumat bounce rate. Selamat berblogging.
3 Comments
ada beza tak bro dengan alexa bounce rate dengan google analytic
nasihat saya, Google analytics lebih tepat sebab kita pasang “code” kedalam blog dan ianya di “track” setiap hari. Berbanding alexa dilihat mengambil data secara berkala