Teringat saya sewaktu ketika 2 tahun yang lalu semasa mula mula kenal dengan dunia blog. Ketika itu ilmu dunia blog adalah zero. Yang terfikir ketika itu hanyalah untuk mempunyai sebuah blog dan mula menulis. Target nak ada blog Niche Market dan buat jualan secara online masa itu sangat jauh sekali. Ianya sesuatu benda yang asing ketika itu. Setelah beberapa masa, rentak menulis diblog semakin lama semakin baik dan cantik. Susun atur tulisan dan gambar semakin menarik. Penulisan didalam artikel pun semakin lama semakin panjang dan berinformasi.
Apabila mencapai tahap itu, baru mula mengambil tahu akan apa itu SEO. Ramai sana sini blogger yang memperkatakan tentang SEO dan kepentingan mempelajarinya bagi blogger. Dan alhamdulillah, walaupun sangat lambat, saya akhir berjaya juga memahami basic asas SEO didalam penulisan artikel diblog. Ianya sekarang sudah menjadi perkara yang biasa untuk dipraktikkan ketika menulis. Tanpa SEO tidak sah.
Satu tahap yang lain pula, blogger akan mula mendengar, membaca dan mengambil tahu akan dunia buat duit online atau senang cerita adalah bagaimana nak buat duit secara online. Ada yang membuat bisnes dengan berjualan di Facebook, ada yang membuat duit dengan pihak pengiklan (advertiser) dan ada juga yang membuat duit dari produk affiliate. Samada buat duit dari produk fizikal, produk affiliate ataupun dari iklan oleh advertiser, ketiga tiga ini semuanya saya suka. Walaupun begitu, matlamat dan halatuju yang terarah adalah lebih baik dan fokus kepada hanya satu skop supaya lebih mudah dan berjaya.
Apa Itu Niche Market
Sekarang kita bermula kepada tajuk yang utama yang hendak dibincangkan iaitu Apa Itu Niche Market? Ramai yang tanya macam mana nak buat jualan dengan Niche Market. Malah apa sebenarnya “Niche” ini? Pasti ini soalan yang bermain diminda anda bukan. Jangan risau, saya akan terangkan secara mudah dan ringan agar dapat dicerna oleh minda anda.
Berikut merupakan maksud yang saya dapat dari Wikipedia: “A niche market is the subset of the market on which a specific product is focusing” – Niche Market adalah suatu penggunaan kata kata atau keyword yang berbentuk spesifik .Begini (SOALAN UNTUK ANDA), jika anda ingin membuat jualan produk fizikal secara online dan anda ingin menjual melalui blog. Katalah anda ingin menjual “Bedak Sejuk” sebagai contoh. Dan trafik anda semestinya datang dari search engine blog seperti Google bukan. Pelawat anda datang dari engin carian. Soalan saya adalah, apabila pelawat menaip “bedak sejuk” di engin carian Google, maka adakah Google akan paparkan produk anda disenarai hasil carian? Sudah tentu SUKAR! Hasil carian produk anda akan bersaing dengan beratus ratus produk orang lain kerana keyword “Bedak Sejuk” adalah terlalu am. Jadi disinilah perlunya NICHE..
SOALAN TAMBAHAN – Anda penjual bedak sejuk. Anda mahukan produk anda terjual oleh kerana orang mencari produk anda. Jadi apa yang diperlukan adalah kata keyword yang baik iaitu Niche Market yang sangat bagus.
1. Bedak Sejuk (umum) – Terlalu banyak persaingan
2. Bedak Sejuk Untuk Wanita (niche) – banyak persaingan
3. Bedak Sejuk Untuk Wanita Asia (nichie dan spesifik) – persaingan kurang
4. Bedak Sejuk Untuk Wanita Asia Yang Kulit Berminyak (best niche dan terbaik) – persaingan sangat kurang
Lihat 4 kata kunci keyword yang diberikan. Mana satu pilihan anda? Sudah tentulah bila kita menyebut memilih niche maka kita mestilah memilih NO.4. Kata kunci niche yang kurang bersaing sangat sangat mudah untuk berada di halaman pertama engin carian Google. Anda sudah tentu tidak mahu blog produk anda untuk berada dihalaman kedua, ketiga dan kebelakang. Kalau sudah page halaman terkebelakang, bagaimana ingin membuat jualan. Betul?
Bina Blog Dengan Niche Market Terbaik
Buat satu blog, pilih nama blog (domain) seperti bedaksejukwanita.com (contoh), dan masukkan description blog (penerangan blog) seperti “menjual bedak sejuk untuk wanita asia dan sangat sesuai untuk kulit yang berminyak, bla bla bla bla” da sebagainya. Anda lihat, nama blog anda pun sudah bersifat spesifik, dan kemudian description blog anda pula menjelaskan lagi secara terperinci akan blog anda itu sendiri iaitu menjual sekian dan sekian. Bila pelawat blog menaip perkataan “bedak sejuk untuk kulit berminyak”, maka engin carian akan memaparkan blog anda kerana ianya berkaitan, spesifik dan kurang persaingan kata kunci. Anda faham?
Saya rasa cukup sehingga disini penjelasan saya akan Apa Itu Niche Market. Mungkin anda juga masih tidak memahaminya selepas membaca artikel ini. Saya terbuka dengan soalan dan pertanyaan. Anda boleh menurunkan komen anda diruangan komen dibawah artikel ini. Insyaallah saya akan menjawab mana yang saya mampu. Kita kongsikan ilmu dan sebarkan kepada kawan kawan kita yang lain. Semoga anda berjaya didalam apa yang anda lakukan. Selamat berjaya…
8 Comments
apa sahaja boleh buka ruang berniaga 😉
Kak Suri pun ada niaga juga kan, terbaikkk… 🙂
Penerangan bagus pasal niche, terimakasih.
sama sama
Saya ada beli stunt car ben10 kelmarin,saja nak cuba jual di ebay.
wow terbaik, nanti kongsi kisah dengan saya ya kalau dah terjual
info niche yg menarik..ciktom main bedal je taip entri..kadang2 malas nak pikir banyak..hehe… tp kalau ikut rentak yg btul baru bisnes laku…
memang kena cari rentak yang betul untuk niaga nih