Baiklah, artikel pada kali ini adalah mengenai pembelian rumah yang digunakan semata mata untuk menjana keuntungan dalam tempoh yang sekejap oleh para spekulator yang dipanggil sebagai “flip”. Secara ringkasnya “flip” ini bermaksud membeli rumah dan kemudian tunggu sehingga harga rumah naik dan menjual kembali untuk menjana untung. Pasti ramai yang sedar bukan, ada pihak yang terlibat didalam bidang hartanah ini dengan mudah menjana untung dari proses ini. Mereka dengan mudah sahaja membuat pinjaman beli rumah dan mudah juga menjual kembali dalam tempoh yang singkat. Kenapa boleh berlaku begini. Ini kerana ianya sangat berkaitan langsung dengan keadaan RPGT yang dikenakan di Malaysia ini.
Apa itu RPGT? Saya sendiri pun sebelum ini kurang faham akan perkara ini. Selepas membuat sedikit kajian dan bacaan barulah saya faham. RPGT bermaksud (Real Property Gain Tax). Dan didalam bahasa melayu RPGT ini disebut sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Maksud RPGT ini adalah cukai yang dikenakan keatas harta tanah yang menjana keuntungan. Dari sini fahamlah kita, di Malaysia adanya terdapat satu bentuk cukai yang dikenakan terhadap harta tanah yang dijual kembali atau dilupuskan dengan dikenakan peratusan (percentage %) tertentu.
RPGT Tahun 2014
Untuk pengetahuan anda, rupanya pada tahun tahun sebelum ini, RPGT yang dikenakan terhadap hartanah agak rendah. Bayangkan, satu aset rumah yang dijual sebelum 3 tahun dari tarikh S&P pembelian rumah pernah hanya dikenakan sebanyak 5% sahaja. Katakan saya membeli rumah pada 3 tahun lepas dengan harga RM100K. Tetapi selepas 3 tahun, rumah saya dengan harga pasaran telah menjadi RM150K dan saya menjualnya semula kepada orang lain. Ini bermakna saya menjana untung sebanyak RM50K. Disebakan saya menjual didalam tempoh 3 tahun kebawah, saya dikenakan cukai sebanyak 5% iaitu (RM50K X 5% = RM2500) ini perlu saya bayar kepada kerajaan. Saya harap harap anda jelas dengan penerangan saya sehingga kini.
Disebabkan harga rumah yang melonjak keterlaluan disebabkan spekulator dan proses jual beli rumah yang keterlaluan ini, menyebabkan misi dan visi kerajaan bagi membantu rakyat mendapatkan rumah dengan harga yang releven dan munasah tersekat. Oleh itu pada tahun 2014 ini kerajaan memperkenalkan cukai RPGT yang baru dengan dikenakan cukai yang lebih tinggi bagi membendung aktivit kenaikkan harga rumah yang keterlaluan. RPGT tahun 2014 adalah seperti gambar diatas.
Ebook Panduan Membeli Rumah/Hartanah
- Gila Hartanah – panduan bagaimana membeli rumah dari Faizul Ridzuan
- Ilmu Kewangan/Hartanah – panduan kewangan dan hartanah dari Key
- Rahsia Pinjaman Rumah – panduan bagaimana mudah lulus loan rumah
Berdasarkan gambar diatas, RPGT terbaru untuk tahun 2014 adalah tinggi. Anda lihat dibahagian individu. Bayangkan kalau anda atau pelabur hartanah ingin menjual rumah yang meningkat naik sebelum 3 tahun, anda atau para pelabur hartanah akan dikenakan cukai sebanyak 30%. Bagi saya ini satu cukai yang agak tinggi. Jika ingin menjual hartanah pada tahun ke-4, cukai RPGT 20% dikenakan dan hanya pada tahun ke-6 sahaja tiada cukai dikenakan.
Harapan dari pihak kerajaan dengan cukai RPGT terbaru ini mengharap agar kenaikkan harga rumah melampau sedikit sebanyak dapat dibendung. Tetapi jika para pelabur hartanah tidak kisah berkongsi untung dengan pihak kerajaan, maka mereka terpaksa menerima dan membayar cukai sebanyak 30% seperti gambar diatas. Saya sendiri tidak pasti jika cukai baru ini mampu membendung kenaikkan harga rumah. Tapi kita berharap yang ianya dapat sedikit sebanyak membantu memperlambatkan kenaikkan harga rumah yang terlalu pantas ini. Kepada yang belum beli rumah, marilah beli rumah dengan segera.
13 Comments
serius, masa baca tajuk ni sambil dahi kerut-kerut sebab tak pernah dengar word ni. hehehehe. tak faham property sangat
hehe, sebab itulah saya buat artikel ni agar orang faham dari penjelasan yang seringkas mungkin.. 🙂
tq diastas maklumat yg berguna ini..
sama sama Malizal
Thx for da info. But i need ur help to clear my doubt. Tax ni dibayar oleh penjual sahaja atau pembeli pon kena bayar?
penjual sahaja, pembeli tidak kena sebab penjual yang dapat untung dari penjualan aset.. 🙂
saya nak tanye..betul ke tax ni just dikenakan pada penjual sahaja..sbb diatas tu ade rujukan menyatakan bahawa contoh rumah dijual dalam tempoh 5 tahun syarikat dikenakan tax 15% dan individu dikenakan 15%..sy x brape jelas disitu..tolong reply sepantas yang boleh tuan sbb nak tahu sangat.
THANKS atas maklumat ! Saya as a student kena present RPGT for taxation T.T . Nak menangis rasa sebab unclear about this topic.
janganlah menangis… 🙂 baca dan fahamkan ok
Saya membeli apartment pada 2003 ( tarikh pada snp) dan baru2 ni saya jual rumah itu baru2 ini. Perbezaan tahun adalah 13 tahun. Adakah maksudnya saya dikecuali dari RGPT ?
mohon bantuan..sy membeli sebuah rumah beharga rm140k. ejen yang menguruskan hartanah tersebut menyatakan sy layak memohon pinjaman sehingga rm160k dan permohonan sy diluluskan oleh bank. tetapi sy dikenakan CKHT sebanyak rm4k disebabkan lebihan loan pinjaman sebanyak rm20k. adakan sy yg perlu bayar rm4k untuk CKHT berkenaan…mohon bantuan..
saya x pasti, sefaham saya yang dikenakan ckht itu terhadap aset yang dijual dan mendapat untung. Sedangkan dalam situasi tuan adalah PINJAMAN yang masih hutang. Nasihat saya, sila tanyakan agen jual rumah yang lain yang bukan dalam developer yang sama untuk lebih jelas.