Dunia blogging memang unik. Orang luar yang bukan blogger tidak akan faham akan Apa Itu SEO. Malah bagi blogger baru yang telah berblogging selama 1-2 tahun pun tidak pelik jika ramai yang tidak tahu akan Apa Itu SEO. Jadi apa sebenarnya perihal SEO ini dan kepentingannya bagi blogger dan kaitannya dengan engin carian. Buat pembaca atau reader yang hadir kesini dan jika anda bukan blogger, ketahuilah dunia blogger bukan mudah dan maklumat yang anda dapat dari engin carian bukanlah semudah menaipkan artikel diblog, publish artikel dan kemudian artikel pun sudah berada diengin carian. Walaupun ianya benar tetapi tidak sepenuhnya benar.
Saya bagi soalan ringkas untuk anda fahami akan Apa Itu SEO dan keperluan SEO ini bagi blogger. Katalah Ali dan Ahmad masing masing mempunyai blog dan masing masing ingin membuat topik tentang Tips SEO. Maka Ali pun membuat artikel tentang tips SEO dengan tajuk “Tips SEO Terkini Untuk Blogger” dan Ahmad pula membuat artikel dengan tajuk “Kebaikkan Mengamalkan Tips SEO Yang Baik” sebagai contoh. Masing masing buat artikel dengan niat untuk menceritakan tentang tips seo tetapi dengan TAJUK + ISI KANDUNGAN yang berbeza. Saya dan anda sebagai pengguna internet ingin membuat carian tentang tips seo dan menaipkan “tips seo” di engin carian Google. Jadi apakah hasil carian yang dipaparkan?
Apa Itu SEO Pada Blog
Hasil carian mungkin akan memaparkan samada website Ali atau Ahmad terpapar dihalaman pertama, kedua, atau kedua dua terpapar sekali atau kedua duanya terpapar pada halaman ketiga, keempat atau berbagai bagai lagi. Kenapa hasil carian memberikan jawapan yang berbeza untuk kata kunci atau keyword yang sama? Kenapa ini berlaku? Ada banyak sebab kenapa kata kunci atau keyword yang sama digunakan tetapi memberikan hasil yang berlainan. Salah satu sebab adalah SEO. Dan untuk pengetahuan, semua blogger mahu yang artikel mereka dengan keyword tertentu untuk berada dihalaman pertama Google berbanding kedua atau ketiga. Kerana anda sendiri sebagai pengguna internet jarang sekali untuk membaca mana mana artikel dari website atau blog pada halaman kedua dan seterusnya. Betul atau tidak?
Jadi kalau anda tanya saya akan “Apa Itu SEO”, maka saya akan jelaskan secara mudah mengikut kisah yang saya buat diatas adalah SEO itu adalah salah satu amalan menulis artikel mengikut kriteria yang disukai oleh engin carian seperti Google iaitu dengan menghasilkan artikel berkualiti, originaliti, artikel yang panjang, artikel yang disukai oleh pembaca, artikel yang memberikan pembaca untuk berada lama didalam blog, tiada kesalahan ejaan, komposisi perkataan yang banyak berbanding gambar dan sebagainya. Saya telah berikan link tentang SEO diatas dan anda boleh membacanya. Dengan amalan SEO yang baik, sesebuah artikel itu mampu untuk berada dihadapan engin carian dan memberikan limpahan trafik yang baik kepada blog. Sebagai rumusan, jika anda fahami akan Apa Itu SEO dan melakukan teknik SEO yang betul, anda sebenarnya menghasilkan artikel yang tidak sia sia. Bye
16 Comments
saya tetap belajar cara seo dari dulu .memang topik seo topik yang menarik.
itu yg terbaik, bro punya nama blog pun dah mantap, hehee
SEO tu penting tapi tak pandai2 lagi hal SEO ni..
main hentam sahaja
ala bro, buat seperti yg saya tunjuk dalam artikel sblm ni, ringkas jer bro
SEO memang penting utk Blog…
Tanpa ilmu ini… tiada gune berblogging
skrg memang kena praktikkan
jgn jemu blajar insyaAllah akan mahir lama-kelamaan nanti
itulah yang sebaiknya
ohh..itu rupanya SEO ye..
perli nih, hahaa
Yap..betul tu bro..saya ni pun sama juga.masih belum tahu secara detail pergerakan SEO ni macam mana..haha
hehe, boleh baca tips SEO yg saya buat sebelum ni bro, mudah ja
saya kena banyak belajar lagi ni
xpa, belajar slow slow dulu
ilmu tak akan habis punya.dah berkali masuk sini isi komen tapi bila publish tak jumpa pula butang “post komen” hari ada nasib baik ada plk butang tu heee
eh yer ke, saya x tau plak ada masalah tuh