Setiap tahun ramai para siswazah yang akan apply kerja kerajaan. Dan setiap tahun jugalah Malaysia akan mengeluarkan ribuan graduan universiti yang bakal mencari peluang pekerjaan samada di sektor swasta mahupun sektor awam kerajaan. Sektor awam kerajaan tidak mampu untuk memenuhi peluang pekerjaan tambahan lagi ianya memerlukan jawatan tertentu dikosongkan dahulu dan barulah ianya akan diisi semula. Ianya bukan seperti sektor swasta yang boleh mengambil ramai pekerja yang berkadar langsung dengan pembesaran pengembangan permintaan produk dipasaran.
Sektor kerajaan yang terhad dengan permintaan yang tinggi menyebabkan persaingan semasa calon pencari kerja ingin apply kerja kerajaan. Dan disebabkan itulah ianya bukan suatu yang ganjil apabila melihatkan angka peratusan yang tinggi bagi yang gagal mendapatkan tempat kekosongan jawatan di sektor awam. Jadi, adakah calon pencari kerja tidak mempunyai peluang langsung untuk mendapatkan kerja disektor kerajaan? Apakah terdapat laluan lain untuk apply kerja kerajaan tanpa melalui suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) ?
Cara Apply Kerja Kerajaan Melalui Website Kerajaan Negeri
SEBENARNYA, ada dua cara untuk apply kerja kerajaan iaitu melalui SPA dan juga melalui permohonan terus melalui jabatan kerajaan negeri. Untuk memohon jawatan kosong di kerajaan melalui jabatan kerajaan negeri, para calon hendaklah memohon melalui laman web kerajaan negeri. Bukankah selalunya akan ada iklan kekosongan jawatan tertentu di laman web kerajaan negeri? Anda sendiri rasanya tahu akan ini bukan? Ini kaedah yang lama. YA LAMA, tetapi masih lagi praktikal untuk memohon dengan cara ini. Dengan cara ini, persaingan akan sedikit berkurang dan kelebihan biasanya akan diberikan kepada anak negeri tersebut. Anda mahu?
Saya sendiri telah membuat carian iklan jawatan kosong terkini terhadap laman web kerajaan negeri seperti laman web “Majlis Perbandaran Kluang Johor” dan YA saya menjumpai iklan tawaran kerja tersebut. Sila lihat gambar di atas (GAMBAR PERTAMA) sebagai bukti. Jika ada kekosongan jawatan, maka laman web kerajaan negeri akan menyiarkan di laman web mereka.
Saya juga telah mencuba mencari iklan kekosongan jawatan kerajaan di laman web FAMA seperti gambar (GAMBAR KEDUA) diatas ini. Jika tiada kekosongan, maka laman web akan menunjukkan tiada kekosongan buat masa ini. Jadi beginilah caranya yang boleh anda lakukan untuk memohon memasuki jawatan kerajaan tanpa melalui SPA pun. Akan tetapi masalah anda adalah anda kemungkinan tidak tahu akan apakah senarai agensi kerajaan negeri di negeri anda yang boleh anda lawati dan pohon. Tentu sukar untuk mencarinya satu demi satu bukan?
Kini, disini telah disediakan untuk anda akan SENARAI LENGKAP AGENSI KERAJAAN NEGERI SELURUH MALAYSIA bagi membantu dan memudahkan kerja anda untuk membuat carian. Apa yang perlu anda lakukan adalah, dapatkan senarai lengkap ini sekarang. Dan selepas itu anda boleh membuat carian berdasarkan tempat anda dan kemudian lawati link website kerajaan negeri yang telah disusun untuk anda. Dan jika ada tawaran kekosongan yang diiklankan sesuai buat anda. Maka anda apply kerja kerajaan tersebut dengan saranan yang telah di beri tahu kepada anda dilaman web berkenaan. Dapatkan senarai laman web kerajaan negeri melalui link dibawah ini. Selamat mencari kerja.
5 Comments
jika kerja mengikut JPA senang utnuk bertukar ke mana-mana tempat..tapi kalau negeri kerja sampai pencen…apapun tetap kerja kerajaan juga.
yep, ada kelebihan dan kekurangannya
mudah bila dah ada senarai lengkap, senang nak pilih…
dapat bantu mereka yang memerlukan