Kebanyakkan blogger sebenarnya mahukan artikel mereka menjadi viral dan tersebar di media sosial. Jadi ianya dengan mudah mendapat trafik tanpa perlu menunggu trafik dari engin carian Google. Tetapi majoriti blogger gagal mendapat dan menyebabkan artikel mereka viral walaupun mereka “ping” dan post di sana sini di Facebook KECUALI mereka memiliki Facebook Page yang mempunyai bilangan ahli yang sangat ramai seperti 50K, 100K atau lebih ahli. Kalau tiada, memang sukar untuk membuat artikel menjadi viral sebenarnya.
Apabila anda ping atau post artikel anda di group atau page di Facebook, anda tetap mendapat trafik. Cumanya ianya kurang. Yang di katakan artikel menjadi viral adalah apabila tiba tiba artikel anda itu menerima trafik yang tinggi lain dari waktu waktu biasa. Itulah yang terjadi kepada blog seorang rakan saya itu. Beliau seorang blogger baru dan sudah tentu mengharapkan trafik dari Google dan juga Facebook. Dan peningkatan trafik yang masuk ke dalam blog beliau dapat memberikan suntikan semangat untuk terus berblogging.

Trafik blog tiba tiba tinggi dalam satu satu masa akibat artikel menjadi viral
Blogger Baru Teruja Artikel Menjadi Viral Di Media Sosial
Blog rakan saya itu adalah BiskutMarie.com. Baru sahaja diterbitkan 2 bulan lalu dan sekarang sudah mempunyai 33 artikel (ketika artikel ini ditulis). Dan trafik harian agak baik kerana mendapat trafik yang stabil sebanyak 20 – 30 unique views. Rajin juga beliau menulis dan mempublish artikel baru dan post-kannya di Facebook page milik beliau dengan harapan untuk mendapat trafik dan artikel menjadi viral jika ada yang sudi “share” kan kepada pembaca yang lain.
Dan entah kenapa, salah satu artikel beliau telah menjadi viral secara tiba tiba. Artikel yang jarang di “like” tiba tiba telah di share kepada seramai 50 orang dan tiba tiba artikel beliau mendapat trafik tinggi dan di baca seramai 52 orang dalam satu satu masa. Beliau teruja dan terus tunjukkan kepada saya tentang fenomena itu. Saya pun terkejut. Jujur cakap, pengalaman saya hanya menerima pembaca setinggi 30 orang sahaja dalam satu satu masa. Dan tekaan saya ketika itu adalah artikel beliau mesti telah menjadi viral. Tekaan saya betul.

Statistik trafik harian ketika artikel menjadi viral
Selepas sehari dari kejadian tersebut. Saya meminta beliau menunjukkan kepada saya statistik trafik yang semalam punya untuk melihatkan statistik penuh berkenaan trafik ketika artikel menjadi viral. Dan YA, memang artikel beliau menjadi viral pada semalamnya. Ianya dibuktikan dengan statistik trafik. Bayangkan trafik blog beliau yang hanya 20-30 sehari tiba tiba melonjak menjadi 1933 views dalam sehari. Inilah dia kuasa viral yang ada dalam media sosial. Kalau anda menguasai group atau page di Facebook yang aktif, anda memang boleh menarik trafik dari sana. Jom berblogging.
Leave a Reply