Dulu semasa saya kecil dan tinggal di utara tanah air selalu sahaja keluarga kami membeli fast food dari Ayamas Restaurant iaitu Ayam Percik. Rasanya seingat saya hampir tidak pernah sekali kami mencuba menu yang lain. Resepi ayam percik ini adalah terbaik berbanding dengan rasa yang lain. Syarikat ini kalau tidak silap adalah dibawah kendalian Ayamas Food Corporation Sdn Bhd di bawah jenama Ayamas Malaysia. Jadi tidak perlu risau akan status halalnya dan tidak perlu dipertikaikan lagi lagi jika ianya dijual dan disediakan oleh Islam kita.
Ini kali kedua saya membuat artikel berkenaan ayamas. Dan di dalam entry terdahulu itu saya mencuba menu ayam percik atau dengan kata lain iaitu Percik Roaster. Hendak kata merasa menu yang lain selain ini rasanya tidak mungkin. Sebab saya tahu pun ini sahaja. Dan kali ini saya memberi peluang kepada diri sendiri untuk merasa menu yang lain. Lokasi dan ke popularan ayamas agak kurang dan ini menyebabkan saya dahulu pernah menganggap syarikat ini telah bungkus atau bangkrap sebab sudah bertahun saya tidak jumpa akan kedai ayamas ini.
Beli Ayam Percik Ayamas
Dengan bantuan internet, saya ketahui lokasi terbaru kedai ayamas yang dibuka. Semalam saya membuat keputusan untuk membeli ayamas setelah sekian lama tidak membelinya. Kenapa saya membeli lagi. Sebab saya sudah tahu lokasi dan lokasinya sangat mudah untuk saya berulang alik. Lain jawapan tidak ada. Saya sampai pukul 9 malam. Alhamdulillah kedai masih dibuka kerana kedai ini akan ditutup pada pukul 10 malam. Hanya ada satu keluarga sahaja yang sedang menikmati makanan mereka dan ini tidak menyusahkan saya untuk terus mengorder apa yang dihajati.
Percik Roaster dan Pepper Roaster
Saya terus menghampiri kaunter dan bertanyakan tentang ayam percik. Alhamdulilah ayam percik aka Percik Roaster masih ada lagi seekor lebih. Niat saya hanya ingin membeli seekor sahaja kerana itupun sudah dari lebih dan memadai bagi saya dan lain lain. Saya menganmbil kesempatan untuk bertanyakan akan menu lain yang menjadi favorite kedai ataupun pelanggan selain menu ayam percik. Pekerja restaurant mencadangkan saya mengambil ayam yang dimasak dengan lada hitam iaitu dengan nama lainnya adalah Pepper Roaster. Bila fikir fikir balik saya bersetuju tetapi separuh ayam percik dan separuh ayam lada hitam. Jadi boleh rasa kedua duanya sekali.
Ayam Percik vs Pepper Roaster
Setelah merasa kedua duanya sekali, saya berpendapat yang ayam percik tetap dan masih lagi sedap mengikut selera dan cita rasa saya . Walaupun “pepper” itu sendiri bermaksud lada hitam tetapi agak kurang terasa. Dan hasil dari hari ini mungkin di lain waktu ayam percik tetap menjadi pilihan utama sehingga pihak ayamas mengeluarkan menu baru yang lebih sedap lagi. Untuk makanan tambahan (side dish), saya suka memilih popcorn chicken dari Ayamas terbaik
Di bawah ini adalah maklumat berkenaan restoran ini di Sungai Dua Penang. Kepada yang berdekatan atau ingin singgah membeli bolehlah melihat alamat dan maklumat di bawah ini untuk mendapatkan info lanjut: