Cara menggunakan c-cex – Salam kepada pembaca. Adakah anda salah seorang pemilik matawang digital crypto? Kepada anda yang belum pernah berpengalaman membeli Bitcoin atau mana mana altcoin, anda pasti tertanya tanya dimanakah dan bagaimanakah cara untuk membeli matawang digital tersebut betul? Saya akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh membeli pelbagai matawang digital selain dari Bitcoin dengan mudah. Dan salah satu website yang akan kita cuba nanti adalah website “C-cex.com”. Dan website ini adalah website exchanger iaitu tempat pertukaran jual beli macam macam matawang digital.
Kenapa saya menulis artikel ini. Ini kerana banyak matawang digital cryptocurrency yang baharu diperkenalkan akan mula didagangkan di website exchanger seperti ini. Dan masalah mula timbul apabila ramai yang tidak tahu cara untuk membeli bitcoin dan cara untuk membeli matawang digital lain menggunakan Bitcoin. Mudah cerita, ramai yang berasa susah untuk menggunakan website exchanger seperti ini. Jujur cakap, penampilan website exchanger memang begitu. Tampak mengelirukan, tetapi sebenarnya ianya mudah sahaja digunakan. Belum cuba guna memanglah tidak tahu. Setuju?
Panduan Beli Altcoin Menggunakan C-Cex
Ada banyak sekali website exchanger yang ada di dunia internet ini. Kita belajar pakai satu website ini dahulu. 2 tujuan utama website seperti ini. Yang pertama adalah untuk memudahkan urusan jual beli pertukaran dari matawang digital kepada matawang digital yang lain. Dan sebab yang kedua adalah untuk membantu menciptakan suasana permintaan (demand) tinggi yang akan mendorong kepada peningkatan harga sesuatu aset seperti digital currency ini.
PERTAMA – Sila beli Bitcoin dahulu. Untuk membeli matawang digital (altcoin) yang lain, anda perlu membelinya menggunakan Bitcoin. Ianya semacam proses penukaran dari matawang Bitcoin kepada matawang digital lain. Jadi mahu tidak mahu, anda kena beli Bitcoin dahulu. Bagaimana untuk beli Bitcoin? Sila baca artikel ini di sini – [ Beli Bitcoin ].
KEDUA – Sila lawat website ini dan daftar – [ C-cex.com ]. Selepas daftar, anda perlu transfer Bitcoin yang anda beli itu kepada website exchanger c-cex ini. Bagaimana untuk transfer? Dapatkan alamat (address) Bitcoin di website c-cex dahulu. Login akaun c-cex anda. Klik pada “Ledger”. Cari nama [BTC] Bitcoin dan klik pada “Get new address”. Copy address tersebut. Kemudian pergi kepada akaun yang anda beli Bitcoin tadi. Dan transfer ke alamat “address Bitcoin” yang anda telah copy tadi. Ianya akan ambil masa beberapa jam sebelum akaun di c-cex anda akan menunjukkan Bicoin telah masuk ke akaun c-cex anda.
KETIGA – Kita anggap akaun c-cex anda sudah mempunyai Bitcoin. Dan kini kita beralin kepada topik utama iaitu bagaimana hendak beli matawang digital yang lain. Katakan anda mungkin mahu beli Ethereum, Ripple, ZCash, Monero, Dogecoin, Deuscoin atau mungkin mahu beli PitisCoin. Apa yang perlu anda buat adalah ikuti kaedah di bawah ini.
Step Beli Digital Coin Di Website C-CEX
- Katakan anda mahu beli matawang DEUSCOIN di C-Cex
- Masukkan kod matawang tersebut iaitu “DEUS” di kotak switch coin dan klik switch
- Website C-cex akan menunjukkan paparan Buy DEUS For BTC
- Buy DEUS For BTC ini adalah bahagian beli Deuscoin menggunakan Bitcoin
- Masukkan nilai Bitcoin yang anda ada dalam kotak “BTC to spend”
- “Amount to Buy” menunjukkan jumlah DEUSCOIN yang anda akan dapat
- Kalau setuju dengan nilai yang dipaparkan, sila klik “Buy Deus”
- Anda akan terus dapat DEUSCOIN yang anda mahu beli itu. Done
Itulah dia proses ringkas bagaimana anda beli matawang digital cryptocurrency Deuscoin menggunakan Bitcoin. Dan kaedah ini adalah sama sahaja jika anda mahu beli digital coin yang lain termasuk Ethereum, Ripple, ZCash, Monero, Dogecoin, Deuscoin, Pitis Coin dan lain lain. Kalau anda masih tidak faham dan tidak jelas caranya, sila tonton video yang saya upload di atas ini. Saya harap anda dapat ikuti cara membeli pelbagai crypto menggunakan c-cex ini dengan mudah. Selamat mencuba.
7 Comments
Kalau kita ada Eth pun boleh beli kan Walaupun takde Bitcoin. Boleh kan tuan?
ya boleh Edi
Tuan boleh cerita tentang mcm mana menjual Deuscoin di C-Cex?
Whatsapp saya di 017-4836797 ya
saya dah buat artikel khas, sila baca di sini ya
http://myrujukan.com/cara-membeli-dan-menjual-deuscoin/
kalau dah beli nanti dy send dekat mne coin kite tu
dekat homepage tu ada tulis berapa coin yang kita ada, dia akan tunjukkan kat situ