Adakah anda seorang pengguna Google Adsense? Sudah mendapatkan USD1 yang pertama anda? Bagaimana dengan USD10? Adakah anda sudah mampu mendapatkan USD 100 pertama anda? Jika sudah, apakah anda sudah berjaya mendapatkan USD 100 sebulan? YA, saya rasa masih ramai blogger yang masih lagi belum mampu untuk mendapatkan USD100 setiap bulan. Walaupun ramai blogger yang mendapatkan pendapatan dengan adsense sehingga ratusan dan ribuan ringgit setiap bulan, Tetapi bilangan itu adalah kecil menurut saya.
Seperti biasa, perkara asas tentang mendapatkan earning adalah sangat berkait rapat dengan JUMLAH TRAFIK + NILAI CPC (cost per click) + JUMLAH KLIK. Kadang kala anda mendapat earning tinggi disebabkan trafik anda yang tinggi walaupun nilai cpc sangat rendah. Kadang kala anda juga mendapat earning tinggi disebabkan nilai cpc yang tinggi walaupun trafik sangat rendah. Tetapi ada juga kes yang trafik tinggi, nilai cpc rendah dan earning juga rendah akibat dari nilai klik (click) yang sangat rendah. Jadi ianya bakal menyukarkan anda untuk mendapatkan USD 100 Sebulan anda yang pertama.
Tips Asas Dapatkan USD 100 Sebulan Dengan Adsense
Saya tiada jawapan tepat untuk masalah anda. Saya lebih berminat untuk meningkatkan trafik diblog yang mana seterusnya bakal meningkatkan jumlah klik yang anda terima meskipun nilai cpc rendah. Untuk situasi Malaysia, memang nilai adsense cpc tidak begitu tinggi. Ada sahaja blogger yang menerima nilai cpc yang memuaskan. Namun rata rata adalah rendah. Jadi meningkatkan trafik yang masuk ke dalam blog adalah satu kaedah yang terbaik buat masa ini untuk meningkatkan earning adsense anda dan sekaligus mendapatkan USD 100 Sebulan pertama anda.
Tidak perlulah saya membincangkan akan bagaimana untuk meningkatkan trafik di dalam artikel ini. Saya mencadangkan anda untuk membaca artikel yang pernah saya tulis tentang cara meningkatkan trafik di sini.
Sebenarnya banyak iklan yang terpapar diblog anda adalah bernilai murah. Lagi lagi yang berbentuk permainan, pakaian, gambar tidak senonoh dan sebagainya. Untuk masalah ini anda boleh membaca artikel sekat iklan adsense ini untuk membuang iklan yang tidak sepatutnya dan seterusnya meningkatkan nilai CPC anda secara tidak langsung.
Ini adalah entry ringkas buat blogger baru yang baru berkecimpung di dalam dunia adsense. Anda pasti berasa hampa dengan earning anda sekarang bukan. Tidak mengapa. Semua pemain Google Adsense pun melalui perkara yang sama. Untuk mendapatkan USD 100 Sebulan anda yang pertama, saya ulangi, sila tingkatkan trafik yang masuk ke dalam blog anda dengan menghasilkan lebih banyak artikel. Lagi tinggi trafik, lebih banyak klik yang anda dapat dan seterusnya earning anda pun meningkat. Ini saranan saya. Bye.
8 Comments
bestnya dapat rasa duit dari adsense. aku cuma bergantung pada nuffnang, itu pun lembab bukan main nak up
nuffnang saya pakai sbb nak tgk keyword sahaja
dari kajian bersama ni hehehe goodjob bro
thanks bro
Salam kenal bro.suka dengan blog ni terutama pasal tips adsense..tanks bro.. 🙂
Cara nak dapatkan ribu riban dgn adsense ni adalah dengan HPK (High Paying Keyword)…
Sapalah sudi coaching ku sampai pandai main HPK ni… hehe
keyword dan trafik serta seo memang sangat mempengaruhi ya dalam bermain adsense
Goodjob bos main adsense