Remote TV Rosak Dan Cara Baikinya – Selepas balik bercuti ke kampung halaman dan melihat rumah yang masih dalam pembinaan. Bilalah hendak siap rumah nih. Duit pinjaman rumah telah mula start bayar sejak setahun yang lepas dan pemaju pula berjanji yang rumah akan siap pada bulan Januari. Sekarang Januari telah berlalu dan beberapa minggu lepas saya pulang dan melihat masih lagi dalam pembinaan. Ya sana sini saya tengok memang tengah cergas menyiapkan secepat mungkin tetapi tarikh due date perjanjian sepertinya sudah dua kali tidak dapat di penuhi. Tidak mengapa, saya harap ianya dapat disiapkan dalam tahun ini juga.
Semasa saya pulang ke rumah ibu bapa. Saya perasan yang remote control LCD TV tidak berfungsi. Saya bertanyakan kepada mereka dan mereka menjawab ianya telah rosak sejak sebulan lepas. Saya pun terus ke kedai elektrik ke esokkannya bagi mencari remote tv yang baru. Ternyata remote tv jenama Philips hanya boleh berfungsi menggunakan remote yang sama juga. Menggunakan remote tiruan seperti “multi-purpose remote” tidak akan berfungsi sama sekali. Oleh itu saya terpaksa ke bandar untuk mencari remote yang “original”.
Teknik Mudah Untuk Mengetahui Samada Remote TV Anda Rosak Atau Tidak
Payah juga sebenarnya hendak mencari remote yang sama. Selepas ke kedai demi kedai mencari, akhirnya remote tv lcd philips berjaya saya temui di sebuah kedai menjual alat perkakasan elektrik sony. Serius sama sebiji. Yang penting “original”. Disebabkan ke “original” an itu, saya terpaksa membayar hanya sebuah remote tv dengan berharga RM70. Perghhh, mahal tuh. Buat buat cool jer. Akan tetapi dalam hati terasa mahal. Tapi saya beli juga, almaklumlah saya jenis yang tidak suka menukar channel tv menggunakan button yang ada di tv. Lebih baik rosak remote control tv berbanding rosak TV yang pasti menelan belanja membaik-pulih yang tinggi bukan.
Ok sekarang saya ada 2 remote tv. Satu yang rosak dan satu yang berfungsi. Anda tahu tidak bagaimana anda boleh “confirm”kan yang remote anda itu betul betul rosak. Sebenarnya ada kaedah yang super simple untuk anda lakukan. Daripada anda bazir beli bateri baru pastu ketuk sana sini, apa kata anda guna kaedah yang betul di dalam mengetahui dan check samada remote control TV masih berfungsi atau tidak. Jom baca penjelasan ringkas dibawah
Bagaimana Ingin Tahu Remote Control TV Berfungsi atau Tidak?
1. Perkara yang penting samada ianya berfungsi atau tidak adalah dengan memastikan lampu mentol LED remote TV menyala. Secara asasnya, dengan menekan mana mana butang di remote TV sambil melihat LED adalah mustahil untuk melihat lampu LED menyala
2. Sila ambil kamera phone, hidupkan kamera phone seperti ingin mengambil gambar. Selepas itu halakan lampu mentol LED remote TV tadi ke kamera phone sambil menekan mana mana butang di remote TV. Jika lampu LED nampak menyala di skrin kamera phone, maka remote TV berfungsi dan jika tidak maka ianya adalah sebaliknya.
3. Dengan kata lain, samada hendak tahu lampu LED menyala atau tidak adalah dengan menggunakan kamera phone. Mata kasar kita tidak mampu melihat nyalaan lampu yang terlalu kecil pada remote TV.
Jadi, sekarang anda dan saya sendiri pun sudah tahu macam mana hendak tahu samada remote tv itu rosak atau tidak. Lihat seperti gambar diatas. Maaf tidak sempat hendak ambil gambar dan video sebenar. Saya harap gambar di atas termasuk penjelasan ringkas ni dapat membantu anda. Saya pasti lelaki lelaki di luar sana yang membaca entry ini pasti bila balik rumah terus pergi test samada betul ataupun tidak kata kata saya ini, hehehe. Selamat mencuba….
mahalnya harga remote tv. kalau dapat kat anak saya remote tv… kepit dalam seluar…berebutlah dua beradik dengan remote tv…
memang mahal puan, lagi lagi kalau yang original untuk TV lcd
Remote tv nie rosak mesti sebab baling2 pastu jatuh nie hehe. Terpaksa pulak cari yang original, memang “masak” laa.
saya dah terkena, kali kedua ni beli jadi tahan sikit dan masih lagi x rosak apabila semua org dah sedang benda ni “mahal” jadi jaga baik baik
Spa² yg thu kdai remote tv lcd jenma pensonic x?… area penng.!!dh bnyak xtngok tv cri x jmpa²..klau yg thu tlong gthu k..sya amat² mmlurkanya.. .