Semasa saya membuat artikel berkenaan GST dan bercakap tentang No Id GST bagi kedai kedai yang berdaftar dan layak untuk mengutip cukap GST ini membuat saya terfikir akan satu perkara. Iaitu bagaimanakah cara untuk kita ketahui samada cukai gst yang dikenakan kepada kita oleh kedai terbabit adalah benar dari syarikat yang berdaftar? Ini isunya. Dan hasil dari inilah saya membuat carian di internet dan saya terjumpa tentang kaedah untuk semak GST ID terus melalui laman web Kastam.
GOOD! Inilah perasaan saya ketika tahu bahawa pihak kastam telah menyediakan satu akses untuk orang awam membuat semak GST ID pada mana mana kedai melalui resit yang diberikan oleh kedai terbabit. Anda boleh semak melalui maklumat GST No, Business Registration No dan juga melalui Business Name. Apakah tujuan untuk anda semak GST ID ini? Tujuan utama tidak lain tidak bukan adalah supaya kutipan cukai gst yang dikenakan kepada anda adalah dari syarikat yang benar benar berdaftar sahaja.
Cara Semak GST ID No
Jadi, bagaimanakah cara untuk semak GST ID ini? Perkara pertama pastikan anda mempunyai resit bayaran bagi mana mana kedai yang anda beli. Anda boleh dapat gst no atau no pendaftaran syarikat atau nama syarikat itu sendiri. Tadi sudah saya beritahu bahawa anda boleh semak syarikat yang mengenakan gst ini dengan 3 cara bukan? Dan saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana untuk membuat semakkan syarikat yang mendaftar gst dengan menggunakan 3 cara ini.
Gambar diatas adalah resit makanan kedai mamak. Saya telah tandakan 3 perkara yang perlu anda lihat. Dan kita akan gunakan 3 maklumat ini (sebagai contoh) untuk menunjukkan kepada anda bagaimana untuk semak GST ID syarikat ini. Dan hasil yang kita akan dapat nanti akan menunjukkan samada BENARKAH syarikat Nasi Kandar Nasmir ini berdaftar GST atau tidak. Ikuti kaedah di bawah ini.
- Sila buka laman web kastam untuk semak GST ID – >>> Semak Syarikat Berdaftar GST <<<
- GST No – 001035608064
- Business Reg No. (BRN) – 537851-V
- Business Name – NASI KANDAR NASMIR
Selepas anda buka halaman laman web kastam untuk semak GST ID, anda boleh pilih salah satu kaedah untuk membuat semakkan. Selepas memasukkan maklumat pada salah satu kaedah yang anda pilih untuk semak, sila tekan “Enter”. Dan hasil akan di papar di bawah nanti. Jika ianya menunjukkan maklumat “ACTIVE”, maka ianya bermakna syarikat ini berdaftar dengan GST dan layak mengutip cukai GST.
Kalau anda masih tidak jelas cara untuk semak GST ID ini. Saya telah meletakkan video di atas untuk menunjukkan kepada anda secara langsung bagaimana untuk semak GST melalui laman web kastam. Saya harap anda dapat mengikuti cara cara yang saya tunjukkan ini. Selamat menjadi pengguna bijak dan selamat berbelanja dengan berhemah. Assalamualaikum..
5 Comments
mmg kena semak lepas ni…banyak penipuan gst skrg ni…suka ambik kesempatan peniaga2 ni…
kalau kedai kecik memang kena semak
Huhu..memang nak kena semak semula la lepas ni jawabnya.. terima kasih bro kongsikan.,.
sama sama Hafizul
Setakat ni macam tak pernah dengar lagi pasal penipuan cukai GST ni… hmm tak kan tak ada kan..