Apakah itu bandwidth limit exceeded? Pernah ada mengalaminya? Anda membuka halaman website anda dan tiba tiba mesej error seperti “bandwidth limit exceeded” terpapar dengan background putih. Anda pasti terkejut bukan? Apakah itu? Adakah website anda bermasalah. Kena serangan virus atau apa? Bandwidth itu apa. Anda tidak faham dam bingung. Itu kalau terjadi pada anda yang masih baru iaitu hijau di dalam dunia blogging. Saya pasti anda juga mungkin perasan ada blog dari blogger lain juga menghadapi perkara yang sama.
Untuk pengetahuan anda, masalah bandwidth limit exceeded ii terjadi HANYA kepada website yang menggunakan hosting sendiri seperti dari NetKL misalnya. Saya bukan katakan yang NetKL ini penyebabnya, tetapi saya bagi contoh hosting provider yang ada di Malaysia. Sebagai blogger yang menggunakan domain berbayar dari server hosting sendiri pasti dan perlu berjaga jaga dengan masalah bandwidth limit exceeded. Ianya bukan masalah yang besar tetapi mengganggu jika anda memang memerlukan yang ianya ONLINE ketika itu.
Masalah Bandwidth Limit Exceeded
Bandwidth limit exceeded adalah masalah anda kehabisan “BANDWIDTH”. Kepada yang menggunakan hosting berbayar, anda pasti perasan yang pakej tahunan anda didatangkan dengan bandwidth yang terhad setiap bulan. Kalalah pakej anda RM100 dari NetKL (contoh) menawarkan bandwidth sebanyak 20GB setiap bulan. Trafik yang masuk ke dalam blog anda menggunakan bandwidth ini. Tiba tiba trafik blog meningkat secara mendadak, belum pun sampai sebulan bandwidth 20GB anda telah habis. Apabila telah habis, maka paparan error seperti ini iaitu “bandwidth limit exceeded” akan keluar dan website/blog anda tidak boleh terpapar.
Jadi dengan kata lain maksud bandwidth limit exceeded adalah bermakna bahawa kapasiti bandwidth bulanan anda telah habis dan tidak mencukupi. Yang perlu anda buat adalah sila tambah nilai TOPUP bandwidth anda ATAU sila tunggu untuk bulan akan datang untuk bandwidth anda menjadi 20GB semula. Bukan masalah besar tetapi jika berlaku keadaan begini, pelawat visitor tidak boleh masuk blog anda dan anda sendiri tidak boleh masuk menulis apa apa artikel baru.
Website Untuk Membeli Domain/Webhosting
- NetKL – syarikat penyedia hosting termurah di Malaysia
- ServerFreak – syarikat penyedia hosting popular di Malaysia
- Exabytes – syarikat penyedia hosting terkenal di Malaysia
- Bluehost – syarikat penyedia hosting popular luar negara
- Hostgator – syarikat penyedia hosting popular luar negara
Bagi blogger yang mempunyai trafik yang sangat tinggi, sila pastikan yang data bandwidth bulanan anda mencukupi atau kalau perlu sila upgrade kepada pakej yang lebih tinggi untuk mendapatkan bandwidth bulanan yang lebih tinggi. Sesebuah blog yang popular sangat tidak digalakkan untuk menghadapi keadaan bandwidth limit exceeded ini. Ini kerana ianya akan menyebabkan pelawat visitor akan berfikir yang blog anda sudah tutup atau “down”. Tindakkan tanpa menyelesaikan masalah bandwidth limit exceeded untuk tempoh yang lama bakal menyebabkab blog tersebut kehilangan trafik yang tinggi dari search engine dan juga dari pembaca setia. Anda faham? Pernah melalui masalah ini?
2 Comments
Ha ah..saya pun kadang-kadang kena juga menda ni..nak kena ambil jalan penyelesaian yang segera ni..hehe
wahhh, tu tandanya trafik tinggi la tuh