Sebenarnya saya telahpun habis bayar akan hutang motosikal sejak bulan 6 lagi. Saya pasti anda sudah baca artikel tentang interest motosikal yang dikenakan oleh kedai motor bukan. Motor Yamaha Nouvo 115cc tersebut telah saya habis bayar. Kedai motor ada memberikan saya geran motosikal termasuk menyuruh saya pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk membuat cop “batal hak milik“. Akan tetapi diatas kekangan masa, baru 2 hari lepas saya pergi membuatnya.
Sebenarnya saya sendiri tidak faham akan apa itu batal hak milik motorsikal. Dari surat geran yang diberikan kepada saya ada menuliskan “Hak Milik Dituntut Oleh : Nama Kedai Motor” termasuk No Siri Surat. Dan selepas habis membayar ansuran bulanan motor, dengan kata lain saya sudah membayar kesemua harga motor tersebut dan kini motorsikal tersebut adalah milik saya TETAPI pemilik motor tersebut masih lagi milik kedai motor. Apa yang perlu saya buat adalah dengan cara batal hak milik bagi menggantikan diri saya sebagai pemilik baru.
Cara Batal Hak Milik Motosikal
Ingatkan susah hendak lakukan proses batal hak milik motor ini. Maklumlah ianya adalah pertama kali bagi saya dan sangat jarang saya berurusan di JPJ. Jika anda berkeadaan seperti saya. Yang perlu anda lakukan adalah dengan membawa geran motosikal yang telah diberikan oleh kedai motor dan bawanya ke pejabat JPJ yang berdekatan dengan tempat anda. Pergi ke kaunter ambil nombor dan katakan anda mahu membuat “batal hak milik” bagi motor yang telah habis bayar. Tidak perlu mengisi borang. Cukup dengan hanya ambil nombor giliran dan berikan kepada pekerja JPJ yang memanggil anda. Proses selepas tidak sampai 1 minit pun. Dan selepas itu surat geran motosikal anda akan dicop dengan tanda “BATAL MELALUI SISTEM FIS”. Selesai. Mudah bukan.
Lega apabila salah satu hutang telah selesai dibayar. Ini bermakna motosikal tersebut sudah menjadi milik diri sendiri 100%. Secara peribadi, saya menggalakkan pembeli hutang untuk membayar hutang dengan cepat. Mempercepatkan diri anda untuk memiliki aset yang banyak adalah lebih baik berbanding dengan hutang yang banyak. Setuju?
Saya rasa, setiap orang perlu memiliki sebuah motor. Saya sendiri menggunakan kereta 100% untuk ke tempat kerja. Tetapi memiliki motor adalah perlu. Jika berlaku apa apa yang tidak diingini seperti kereta rosak atau apa sahaja. Motosikal mampu jadi penawar bagi kita untuk bergerak. Bagaimana dengan anda? Masih berhutang motor. Segerakan langsaikan hutang motosikal anda. Segera batal hak milik di JPJ untuk menukar status kepada milik anda. Kalau anda mempunyai kenderaan yang sudah habis bayar. Sila segera buat pembatalan geran kenderaan. Assalamualaikum…
14 Comments
Haha..senang jer tu..biasalah kan tak biasa punya hal..haha
hehehhehe
Betul ke skrg kedai moto charge rm50 utk batal sistem hak milik.
tgklah cas tu atas siapa? Cas atas kedai atau government.
Kalau atas government, xleh wat apa lah
Kalau atas kedai, boleh slow talk dan survey samada kedai lain buat mcm tu ke x.
Dari pengalaman saya tukar hak milik “kereta” setahun lalu, xda cas cas ni sbb dia boleh buat online. X pastilah motor mcm mana sekarang
Perkongsian yang bermanfaat. Ramai orang yang tak tau. Maklum ajelah, bukan selalu kita uruskan berkenaan tukar-mlik dan batal milik kenderaan bermotor ni.
atas sebab tu saya nak kongsikan, jadi jgn pening pening.. 🙂
Salam, adakah hanya semata-mata bawa geran sahaja? Tiada apa-apa surat dari kedai moto pun ya??
So, just bawa Geran dan pergi ke JPJ.. itu jew..wah senang jew..xsabar nak dah nak habis byr dah..
saya punya pon sama batal melalui fis .. tapi saya beli atas orng second hand .. sekarang saya nak tukar nama .. tapi kawan saya cakap tak boleh sebab batal melalui fis .. macam mna erkk sekarang ??
fis tu apa tuan, maaf saya kurang jelas pertanyaan tuan
FINANCIAL INFORMATION SERVICES SDN BHD…… ITULAH MAKSUD ( FIS )
bagaimana hendak membuat pembatalan untuk motor berusia lebih 20 tahun. kedai moto tu pun dah tutup.
saya bli 2005 nk batalkn boleh ke.nama aron.pegi aeon takda dlm sistem.jpj bole batalkn ker
Nk pergi minta cop batal perlu ada owner atau org lain pun boleh