Tips Beli Artikel English Untuk Adsense – Saya telah join dan menyertai group Adsense Malaysia. Disana kita boleh dapat pelbagai ilmu dan maklumat terkini tentang Google Adsense. Ramai yang berjaya membuat duit dengan Adsense tidak kira samada sedikit ataupun banyak. Dan ada juga yang akaun adsense yang meraka dapatkan itu mempunyai limit batasan tertentu iaitu yang dinamakan Hosted Account dan hanya boleh menjana pendapatan dari YouTube, Blogspot.com dan lain yang telah ditentukan TETAPI tidak boleh diguna untuk domain website sendiri. Inilah antara masalah yang terlibat.
Tetapi masalah yang saya sebutkan tidak ketara dengan masalah individu yang dibanned akaun mereka dan individu yang masih lagi sehingga kini tidak dapat untuk approve permintaan untuk menggunakan Google Adsense kerana masalah BAHASA. Dan ya memang bahasa Malaysia masih lagi tidak dimasukan didalam senarai boleh pohon Google Adsense. Masalah bahasa menjadi kekangan utama untuk memohon adsense. Jadi alternatif lain yang diperlukan adalah MESTI memohon adsense menggunakan blog yang mempunyai artikel bahasa English. Ini sukar bagi mereka yang tidak mahir didalam english. Jadi bagaimana?
Beli Artikel English Sahaja Untuk Mudah Kerja
Untuk mereka yang mempunyai masalah ini, ada jalan penyelesaian buat anda untuk seketika. Saya tidak katakan yang teknik atau kaedah ini pasti berjaya. Saya cuma katakan kalau masalah untuk menulis artikel didalam bahasa english ini adalah masalah anda, maka ada jalan penyelesaiannya disana. Tahukah anda yang dilaman internet ada beberapa laman website khas yang memang menawarkan untuk menulis kepada anda artikel berbahasa english. Anda perlu Beli Artikel English dan membayar penulis untuk memulis artikel untuk anda didalam bahasa english. Anda perlu keluar modal. Tiada jalan lain.
Begini, anda perlu melawat laman perkihdmatan menulis artikel english tersebut. Disana ada penulis dari kategori Basic, Premium dan Elite. Untuk mendapatkan artikel yang mempunyai bilangan patah perkataan sebanyak 400 word keatas, penulis Basic akan mengenakan upah sebanyak USD2.50, Premium sebanyak USD5.0 dan penulis Elite pula sebanyak USD8.50.
Mengikut pengalaman saya, sila Beli Artikel English dan mengupah penulis dikalangan PREMIUM dan ELITE sahaja. Penulis Premium sudah sangat baik. Kenapa tidak dengan penulis Basic. Ini kerana kebanyakkan dari mereka tidak menghasilkan kualiti yang terbaik. Banyak artikel yang dihasilkan tidak mengikut permintaan tajuk, bahasa english tidak memuaskan, copy paste dan tunggang langgang. jadi lebih baik mengupah dan Beli Artikel English dari penulis Premium dan keatas. Pengalaman saya memberi tahu anda akan hal ini.
Setelah anda Beli Artikel English dan dapatkannya, sila copy (download) artikel tersebut, copy, paste, edit didalam website anda dan publishkan. Website/blog anda perlu lah ada sekurang kurangnya 15 artikel keatas dan berumur 1 bulan keatas. Dan selepas itu anda bolehlah mencuba untuk apply Google Adsense sekali lagi dan semoga berjaya. Kalau tidak lepas juga, sila tambahkan artikel dan mohon untuk bulan seterusnya. Saya pasti anda akan berjaya. Ini adalah idea sahaja. Saya tidak jamin anda berjaya untuk memohon adsense. Jika bahasa menjadi penghalang, kenapa tidak anda Beli Artikel English sahaja bukan?
14 Comments
Idea bro ini memang satu-satunya jalan,apalagi yang tak memiliki kemahiran BI.
jalan penyelesaian, hehe
rasa nak buat artikel yang berbaur teknikal , baru senang sikit nak goreng hehehe
ko memang pandai goreng, hehe
idea yang sangat bagus.
terima kasih
idea yang bagus.. tak salah nak melabur sikit untuk kasi lepas approve dulu akaun adsense tuh kan..
betul tuh bro
betul beli je kalau tak mampu nak hasilkan artikel sendiri. kalau sebelum ini bolehlah ambik dari sumber ezine tapi tu strategi zaman 2009 – 2010 dulu lah
skrg x leh ambik sumber sana, nanti dikira spam dan copy paste
mula-mula mungkin beli dan bila dah boleh tulis sendiri bolehlah menjadi penjual artikel pula..
hehe, tu mungkin boleh juga bro
memang senang guna iwriter ni…siapkan duit je..semua settle masalah nak tulis artikel english…satu lagi ranking-articles.com not bad.
yang ranking artikel ni aku x pernah cuba bro