Adakah anda mahu membeli barang dari China secara online. Dan adakah tujuan anda mahu mendapat harga barang yang murah seperti harga borong. Tetapi anda tidak tahu hendak beli di mana. Jika YA, sebentar lagi saya akan perkenalkan anda dengan beberapa laman web online shopping dari China yang boleh dipercayai. Sebenarnya ada banyak laman web yang boleh anda cuba, tetapi cukuplah saya perkenalkan anda dengan beberapa laman yang dikira popular dan mendapat tempat bagi pembeli online.
Jika anda membuat carian di internet. Saya pasti ada laman yang selalu anda nampak yang banyak di cadangkan adalah dengan membeli di TaoBao. Jawapannya adalah YA. Anda boleh dapat harga borong dan murah di Taobao. TETAPI laman tersebut adalah dalam bahasa cina. Bukan mudah hendak membeli di taobao kecuali anda faham bahasa cina. Mungkin anda pintar sedikit dan anda gunakan plugin translate bahasa untuk anda terjemah dari bahasa cina ke english.
Beli Barang Borong Di China Secara Online
Namun, siapa yang sanggup berbuat demikian. Kalau anda tetap mahu beli di Taobao. Saya cadangkan anda gunakan sahaja Agen Taobao Malaysia sebagai alternatif atau jalan lain yang boleh anda gunakan untuk membeli di taobao dengan jayanya. Anda baca dan anda akan faham prosesnya. Itu terpulang kepada anda silakan. Tetapi kenapa tidak membeli sahaja barang dari China secara online melalui online shopping yang lain selain Taobao. Anda banyak. Jom lihat.
Di bawah ini adalah senarai laman web online shopping dari china yang kebiasaannya kita sebut sebagai china online wholesale. Saya kongsikan dengan anda senarai 8 wholesale dari China yang terkenal dan popular untuk anda beli barang secara online dari China:
Laman Web Wholesale China
- AliBaba – http://www.alibaba.com
- AliExpress – http://www.aliexpress.com
- DHGate – http://www.dhgate.com
- TaoBao – http://www.taobao.com
- DealExtreme – http://www.dx.com
- EverBuying – http://www.everbuying.net
- ChinaBuye – http://www.chinabuye.com
- DinoDirect – http://www.dinodirect.com
Klik sahaja mana mana atau ke semua laman web online shopping China yang saya kongsikan di atas. Kalau anda pernah membeli di Lazada, saya rasa anda tiada masalah membeli barang di China secara online. Prosesnya semua agak sama sahaja. Anda tetap akan membeli menggunakan paypal ataupun credit/debit card. Sebenarnya, bagi peniaga, ini adalah alternatif yang paling baik berbanding anda terpaksa membeli barang di China dengan berkunjung ke China. Anda boleh jimat dengan banyak sekali jika pembelian memborong barang di lakukan secara online. Mahu atau tidak mahu sahaja. Selamat beli barang di China.
8 Comments
beli barang guna usd.. sakit buat masa ini..
betul tuh zik
Setakat ni biasa guna dhgate dgn aliexpress.Kena hati hati juga sebab kadang kadang first batch ok tapi next batch lain barang kita order lain pulak yang kita dapat.BI mereka rata2 parah nk faham tapi kalau jumpa yg bagus memang best.
kalau pasal itu, kena pandai cari seller yang betul
Assalam..setiap pembelian melalui website china tu, bila pos ke malaysia kena cukai tak?
Ni info baru jugak ni untuk aku. Selama ni asyik terjumpa ejen taobao dari US je,
Salam bro, kalau kite beli brg di aliexpress mcm aksesori hp & beads kena tax x? thank you.
Harga yg ditawarkan termasuk kos cukai di malaysia ke