Hendak mengandung bukannya mudah. Kadang kadang kita tengok orang yang baru berkahwin sudah mendapat petanda mahu hamil. Dan bagaimana dengan pasangan yang sudah lebih dari setahun pun masih belum ada tanda mahu hamil. Apakah masalahnya? Saya pernah bertanya kepada staff di farmasi. Kenapa ada orang baru kahwin terus boleh dapat anak. Beliau jawab mudah. Ianya bukan baru kahwin dan terus melakukan hubungan badan suami isteri terus berjaya. Faktor paling utama adalah masa yang tepat dan kekerapan melakukan hubungan tersebut. Adakah anda sudah melakukan 2 hal ini? Sudah pernah membeli alat ujian seperti ovulation test kit di farmasi?
Seperti yang saya nyatakan tadi di atas. 2 faktor terpenting untuk mendapat anak jika anda adalah pasangan yang sihat adalah masa yang tepat dan kekerapan melakukan hubungan badan suami isteri. Sebelum kita bercerita mengenai “masa yang tepat”, kita berbicara dahulu tentang kekerapan hubungan badan dahulu. Berapa kerap anda melakukannya? Sehari sekali? Dua hari sekali? Tiga hari sekali atau seminggu atau 2 minggu atau sebulan sekali atau berapa? Kekerapan yang tinggi dapat membantu anda untuk berjaya menyemai benih lelaki dan wanita dalam waktu yang bersamaan. Ini penting.
Kegunaan Dan Kelebihan Ovulation Test Kit
Ada orang cakap, saya buat sekali terus berjaya dapat anak. Ini bukan tentang sekali atau beberapa kali. Tetapi soal “masa yang tepat”. Mungkin ketika anda mahu berhubungan badan dengan si isteri, ketika itu isteri anda berada dalam waktu subur. Dan ketika itu pulalah tubuh badan isteri anda sedang mengeluarkan benih wanita iaitu “ovum” dan di satukan dengan benih suami iaitu sperma. Maka secara lahiriah, sudah pastilah akan terbentuk janin bayi. TETAPI tahukah anda bila masa yang tepat itu? Sebab itu kita perlukan ovulation test kit ini.
Tahukah anda, sebenarnya ada alat yang boleh mengesan samada tubuh badan isteri anda itu sedang dalam kitaran subur dan mengeluarkan telur “ovum” atau tidak. Dan alat tersebut adalah “ovulation test kit”. Alat ini hampir sama seperti alat pengesan kehamilan “pregancy test”. Cumanya alat ini adalah untuk membantu dan memudahkan anda untuk melakukan hubungan badan suami isteri pada masa yang sesuai dan tepat. Kalau anda gunakan ovulation test kit ini dan ianya menunjukkan simbol tanda “positif”, maka pada hari itu anda wajib bersama sama melakukan hubungan badan.
Website Yang Menjual Kit Pengesan Ovum/Hamil
- Pregancy TestKit – check samada anda mengandung atau tidak dengan alat ini
- Ovulation TestKit – untuk mengesan bilakan hari anda menghasilkan ovum
Kita tidak katakan yang produk seperti alat ovulation test kit ini memang berkesan. Tetapi sekurangnya ianya membantu mengesan keadaan bila isteri anda itu subur dan mengeluarkan telur. Dan setelah bersama, soal samada anda bersama pasangan berjaya atau tidak itu kuasa Allah. Anda usaha dan Allah yang menentukan. Kadang kadang orang malu hendak beli alat seperti ovulation test kit ini. Kalau anda tidak malu, pergi sahaja ke mana mana farmasi dan beli. Kalau malu, sila beli dan dapatkannya secara online melalui link di atas ini. Selamat mencuba.