Semasa menonton super spontan, saya terperasan yang Johan Raja Lawak kelihatan sedang memakai seluar yang besar yang kelihatan diperbuat dari kain pelikat. Saya tidak tahu samada ianya rekaan sendiri secara suka suka atau memang ada rekaan seluar seperti itu dari kain pelikat. Kali kedua saya perasan akan seluar kain pelikat tersebut semasa melihat Afdlin Shauki memakainya ketika Maharajalawak Mega 2013. Dan lagi diakhir persembahan, Afdlin Shauki cuba memperkenal dan mempromosi akan bisnes beliau iaitu Kain “Pelikat Pants”. Dari itu baru saya tahu yang Kain Pelikat Pants ini memang didesign dan ada dijual diluar.
Tanpa membuang masa saya membuat carian di google untuk mendapatkan lebih lanjut berkenaan Kain Pelikat Pants Afdlin Shauki ini. Rasa tertarik dengan design kain pelikat sebegini. Malah saya ketawa ketika membaca komen seseorang terhadap Kain Pelikat Pants Boboi ini iaitu “Rasanya Kain Pelikat Pants ini lebih syariah compliance dari cara pemakaian kain pelikat biasa ketika sembahyang!”, walaupun kelakar dengan statement ini tetapi ada benarnya juga.
Pelikat Pants Online Shop
Saya tidak pasti samada kain pelikat yang dibuat seluar yang dipopularkan oleh Johan dan Afdlin Shauki ini ada dijual dikedai secara “offline” tetapi yang saya pasti memang ianya dijual secara online melalui Facebook dan juga website jualan. Dari carian ringkas saya, hanya ada dua cara yang sah dan selamat untuk membeli Pelikat Pants online nih. Lawati link dibawah untuk membeli Pelikat Pants secara online :
1. Official Facebook – https://www.facebook.com/afdlinshauki
2. Kedai Online Pelikat Pants – BOB Afdlin Shauki (trusted)
Kain pelikat pants terdapat dengan tona warna gelap, terang dan ceria. Ianya mempunyai pelbagai saiz dari S, M, L dan XL. Kain pelikat pant dibuat untuk lelaki dewasa dan juga kanak kanak. Jadi bapa dan anak boleh pakai sekali. Dari yang saya faham (maaf jika salah), warna boleh dipilih kecuali corak kerana corak yang tedapat pada kain pelikat adalah bersifat “random” dan pelbagai dan agak sukar untuk menjual dan pembeli untuk memilih corak yang tepat. Yang penting disini pembeli harus memilih warna dan tona warna samada gelap, terang atau ceria iaitu cerah.
Harga Kain Pelikat Pants
Perlu diingat, untuk para wanita pula ada dijual “batik pants”. Jadi tidak perlu risau. Dengan kata lain dari anak anak, bapa dan isteri iaitu satu keluarga boleh memiliki pakaian unik ini. Dari harga yang disebut dan yang tertera di kedai online, kain pelikat pants ini dijual pada harga RM75. Tidak pasti samada harga ini semua sama atau murah untuk kanak kanak. Bagi saya harga yang diberikan adalah bersesuaian. Anda boleh buat semakkan sendiri di link yang saya berikan.
Saya sendiri dimasa datang berniat untuk membeli kain pelikat pants ini. Nampak menarik rekaan yang dihasilkan walaupun ianya simple dan hanya dari kain batik atau pelikat. Diharap kualiti jahitan dan material kain yang digunakan adalah dari yang terbaik kerana RM75 yang dibayar untuk satu kain pelikat seharusnya dapat menghasilkan suatu yang baik dan berkualiti. Selamat maju jaya kepada Afdlin Shauki…
15 Comments
boleh jadi trend baru sekarang ni..cantik.
jom beli
Aku pun teringin jugak nak beli Pelikat Pants ni..
beli dan nanti post kat blog nak tgk, hehe
macam best jer tapi dia tak minat ar pulak
dia? sapa tuh, suami kak suri ka
gua nak beli satu lah. nampak macam best je.
ko kena beli bro, pastu post kat FB, mesti ramai yg beli nanti
Cm ne nk pesan ?? Post kat fb sape ??
Salam Dian, kamu boleh beli melalui link “Kedai Online Pelikat Pants” yang saya letakkan didalam entry ini.. 🙂
brapa satu??
kena lawat link yang diberi
Datanglah ke kedai kami di Lot 1449-B, Jalan Bunga Raya, bt.8, Kg. Sijangkang, 42500, Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor. Call Uncle Sam : 019-2176127.
boleh encik email saya
Assalamualaikum, saya tlh membuat belian pelikat pants. Harap dpt hntarkan ke alamat berikut:
NO. 2-G-27, TINGKAT BAWAH, BLOK 27,
JALAN ARCA U8/80, PANGSAPURI SEROJA,
40150 BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM
SELANGOR.