Saya tidak pasti dari mana asalnya makanan kuih putu bambu ini. Rasanya ianya “mungkin” makanan yang berasal usul dari kaum india. Namun, apabila menyebut putu bambu, makanan ini sebenarnya sudah berada lama dalam budaya kaum Melayu Malaysia dan juga Indonesia. Saya teringat lagi akan pengalaman semasa kecil selalu juga bapa beli putu bambu ini di kawasan rumah apabila ada orang menjual putu bambu dengan menaiki motosikal sahaja. Rasanya yang lahir pada tahun 80’an pasti tahu akan pengalaman masa kecil ini bukan?
Seingat saya, keluarga saya tidak pernah membuat putu bambu ini sendiri di rumah. Kebanyakkan hanya membelinya sahaja. Dan sehingga kini, saya sendiri pun tidak tahu akan resepi putu bambu ini. Mudah cerita, saya tidak tahu cara membuatnya. Namun yang boleh kita banggakan, makanan ini masih lagi “hidup” dan masih ada yang menjualnya sehingga kini. Kita mengucap terima kasih kepada penjual yang mahu menjual kuih putu ini.
Pengalaman Beli Putu Bambu Warna Hijau
Sebentar tadi saya sempat terlihat ada gerai kecil yang menjual putu bambu ini. Namun saya terasa sedikit pelik kerana ianya berwarna hijau. Apabila saya perhatikan, ianya hampir sama tetapi ada sedikit kelainan. Kalau seingat saya, kuih putu bambu ini kalau di makan akan terasa seperti “hancur” dan “berkecai”. Namun saya beli putu bambu yang ini sepertinya tidak sebegitu, ianya seperti menggunakan lapisan yang sedikit berbeza dan tidak terasa hancur atau berkecai. Namun rasanya tetap sama sahaja.
Putu bambu dalam gambar yang saya beli mempunyai 5 kuih dan ianya berharga RM3. Dengan kata lain, satu biji kuih putu bambu berharga 60 sen setiap satu. Saya tidak tahu samada ianya boleh dikatakan mahal atau murah. Namun ianya berbaloi untuk dibeli kalau ianya sedap. Rasanya sesiapa sahaja tidak kisah membayar harga sedikit lebih asalkan tidak keterlaluan harganya dan dibuat dengan sedap.
Jadi, dalam tahun ini adakah anda pernah beli putu bambu? Atau anda mempunyai cadangan lain iaitu ingin menjalankan bisnes putu bambu? Kalau mahu anda boleh sahaja dapatkan panduan perniagaan putu bambu ini melalui “banner” di bawah ini. Malah dalam panduan tersebut anda bakal belajar membuat aneka putu bambu yang pasti bernilai buat anda. Itu kalau anda berminat ingin berniaga. Saya sebagai pembeli, menyokong sesiapa sahaja yang menjual putu bambu ini sebab saya suka. Bye.
8 Comments
Kat Perlis harganya lebih kurang sama dengan putu yg admin beli. Memang sedap dan ada rasa tersendiri. Sekarang dah ramai yg mulakan bisnes putu bambu ni
bisnes ni ada macam macam, mahu atau x mahu sahaja
dah lama tak beli. rasa teringin pulak nak beli
kena tgk tempat, kadang kadang susah juga nak cari
Memang sedap putu bambu ni..kalau ke pasar malam wajib beli tu…
ye, pasar malam selalu ada juga
feveret ni admin
nyum nyum nyum