Saya tahu, bagi anda yang bukan kaki pancing tetapi dari sejak dulu ada minat untuk memancing pasti terfikir tentang kos alatan memancing bukan? Anda bukannya pemancing tegar tetapi menyukainya untuk sekadar mengisi aktiviti masa lapang untuk mencari pengalaman dan sebagainya. Mungkin sesetengah dari anda berasa malu hendak mengikuti rakan yang lebih berpengalaman dan anda pula baru hendak belajar memancing. Anda mungkin takut akan kos kos yang terpaksa anda keluarkan untuk meminati bidang kaki pancing ini.
Sebelum kita pergi lebih jauh, soalan saya, apakah dikawasan tempat tinggal anda mempunyai kawasan untuk memancing seperti laut, sungai atau kolam. Ini penting, bagi anda yang bukan peminat tegar memancing dan hanya untuk suka suka, lokasi memancing yang jauh selalunya akan membuatkan anda rasa pelaburan dalam hobi baru anda itu anda menjadi membebankan untuk diri. Tentang kos alatan memancing, jangan risau, bagi saya ianya masih boleh dikira murah. Nanti saya kongsikan.
Kos Alatan Memancing Minima Bagi Pemancing Baru
Saya memang sukakan ikan. Tetapi langsung tidak pernah dan berpengalaman untuk memancing. Tetapi niat dan suka akan aktiviti memancing itu anda. Saya boleh kategorikan diri sebagai seseorang yang suka memancing sebagai hobi masa lapang sahaja. Bukan “bakal” menjadi pemancing tegar. Oleh kerana perasaan ingin tahu dan didesak oleh adik sendiri untuk memancing pada hari cuti (sebenarnya aktiviti memancing ini lebih kepada mengikut kehendak adik sendiri, kerana beliau suka memancing dengan rakan rakan).
Dan beberapa hari lepas saya dan adik pergi mencari kedai yang menjual alatan memancing. Jujur cakap saya dan adik langsung tiada pengalaman tentang perkara ini. Mudah cerita tidak tahu akan apa yang patut dibeli. Tetapi datang ke kedai buat macam tahu. Sebab kalau kita tengok orang memancing, kita dapat faham akan apa yang perlu dibeli. Yang lain lain itu lebih kepada pengalaman sendiri tentang apa yang perlu dibeli selepas itu. Di bawah ini saya kongsikan barangan asas tentang kos alatan memancing yang perlu anda beli;
- Joran (batang pancing)
- Mesin (tempat menggulung tali pancing)
- Tali pancing
- Balu ladung (pemberat untuk membaling mata kail)
- Mata kail (untuk menangkap ikan)
- Bebola pelampung kecil
Website Untuk Beli Barang Alatan Memancing Ikan/Udang
- Lazada – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini
- 11Street – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini
- Shopee – ada banyak produk untuk memancing ikan dan udang di sini
Dari pengalaman saya yang amatur memancing ini. Sebenarnya apa yang saya senaraikan di atas ini, itulah dia akan barangan untuk memancing yang asas yang sudah pun boleh anda gunakan. Untuk pengetahuan anda, saya membeli Joran yang siap sekali dengan mesin terpasang. Ini adalah pakej termurah sekali yang boleh anda dapatkan dengan harga RM75 sahaja. Malah untuk siap semua sekali termasuk tali pancing, batu ladung, mata kail ini, kos alatan memancing boleh di dapatkan dengan harga di bawah RM100 sahaja. Murah bukan? Jom memancing.
3 Comments
boleh tahan murah jugak ye untuk starter kit peralatan memancing. Ingatkan lagi mahal dari harga tu. tapi ni utk yang paling minimum kan.
Bahaya…bahaya. Kang dah start memancing jadi gian pulak nanti
Kalau murah cenggini memang ramai kaki pancing yang akan beli…