Kepada blogger yang ada akaun Google Adsense dan masih menggunakan kaedah lama untuk menerima wang adsense seperti melalui check dan juga western union disaran bertukar kepada kaedah pembayaran melalui Wire Transfer. Saya juga seperti anda yang sebelum ini hanya menggunakan kaedah menerima wang adsense melalui western union semata mata. Ianya adalah kaedah yang paling mudah bagi saya selama ini. Tetapi rupanya ada yang lebih mudah dan pantas dari itu iaitu melalui Wire Transfer.
Sebelum ini saya ada menulis kisah saya tentang bagaimana saya pertama kali saya menukar tetapan setting menerima bayaran dari Western Union kepada Wire Transfer untuk mencuba sendiri samada betul atau tidak saya boleh dan berjaya menerima wang adsense melalui secara wire transfer. Anda boleh baca artikel “adsense wire transfer Malaysia” di sini. Anda boleh ikuti tutorial akan bagaimana untuk anda melakukan setting tetapan wire transfer dengan betul supaya anda berjaya menerima wang adsense untuk terus masuk ke dalam akaun bank tempatan anda.
Transfer Wang Adsense Dengan Wire Transfer
Pada artikel sebelum ini ada saya katakan yang ini adalah pertama saya menerima pakai pembayaran melalui wire transfer dan saya ingin lihat pada bulan ini samada saya benar benr menerima wang adsense di masukkan terus ke bank akaun saya. Untuk pengetahuan anda saya TELAH BERJAYA menerima wang adsense hari ini. Jangan terkejut kalau saya katakan, saya semalam baru sahaja menerima notifikasi dari Google bahawa earning adsense saya dalam proses dan hari ini telah pun masuk ke dalam akaun. Ramai rakan rakan pengguna Google Adsense mengatakan akan menerima dalam 2-3 hari bekerja. Tetapi saya menerima hanya dalam 1 hari. Pantas bukan?
Diatas ini adalah gambar di bahagian “Payment Setting” yang menunjukkan saya menerima notifikasi tentang earning adsense saya dalam proses untuk di proses. Jelas menunjukkan bayarang wang adsense saya sedang dalam pemproses pada tarikh 22 Oktober 2014. Lihat gambar dibawah untuk melihat saya telah menerima bayaran earning adsense hanya dalam 1 hari sahaja.
Hanya dalam 1 hari sahaja, saya telahpun menerima wang adsense masuk ke dalam akaun cimb. Ini bermakna tetapan setting yang saya buat sebulan sebelum ini untuk menukar menerima pembayaran dari western union kepada wire transfer adalah berjaya. Gambar di atas ini adalah buktinya.
Mungkin ada yang bertanya samada terdapat caj (charges/fees) yang dikenakan jika menggunakan pembayaran melalui wire transfer ini. Di bawah ini adalah kenyataan dari pihak Google Adsense berkenaan “fees”;
Google does not charge you a fee to receive your funds, but you may be charged fees by your bank. Contact your bank to inquire about exchange rates and other fees that will apply to your payments. – Google Adsense
Dengan ini bermakna, Pihak Google tidak mengenakan apa apa caj dari pihak mereka jika kita menggunakan sistem pembayaran wire transfer. TETAPI mungkin kita akan dikenakan caj oleh pihak bank tempatan kita. Saya tidak pasti. Tetapi jika anda melihat earning adsense saya di gambar payment setting jelas menunjukkan saya menerima USD109.21. Tetapi apabila saya menerima bayaran wang adsense di dalam akaun bank tempatan, saya hanya menerima USD104.21. Ini bermakna “mungkin” pihak bank tempatan mengenakan caj sebanyak USD109.21 – USD104.21 = USD5.
15 Comments
memang biasanya pihak bank yang akan caj. hoho
betul tuh,
Bank untung atas angin senang-senang je
itulah model bisnes mereka
Wire transfer ni bila diperkenalkan oleh GA? xperasan plak..biasa pakai check je..haha.. good info bro..
bro masih guna check ker, better pakai wire transfer bro
Admin, dari screenshot tu admin pakai cimb clicks kan, nak tanya apa swift code untuk cimb bank yang admin pakai?
bank je caj…cis sungguh rasanya..ohoho
Terima kasih atas info.saya juga baru bertukar kepada wire transfer.harap lebih mudah lepas ini.. 🙂
Tahniah. Sejak adsense boleh wire transfer memang ramai yang dah mula nak cuba. Kalau dulu pakai western union bukan main leceh lagi. Ada juga yang tak dapat nak clearkan bayaran pasal salah eja nama dan sebagainya. Sekarang memang mudah. Fee bank tu pekara normal. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang diterima, caj tu tak mahal pun.
salam..nak tanyer boleh? sye pom guna account CIMB juga jadi bila kite da masukkan no account dya akan cmni ke: ****123 klu kire no account kita untk CIMB kan ade 10digit kan yg terkini 2017…
Masmurni, sekarang sudah ada wire transfer, sila gunakan sistem baru ini untuk dapat duit adsense terus masuk akaun bank kita
nak tanya saya punya akaun adsense tak naik pun automatic wire transfer tuh? sy silap isi borang ke mcm mana? ka kena tunggu sampai dia keluar baru leh dpt duit?
baki earning ada berapa? akaun baru ka? selalunya selepas ada usd100 baru ada setting tuh
Hello, swift code bgi cimb di sabah , kena guna mna satu ya.. Bru nak tukar ke wire transfer ne ..hihi