Soalan yang sering saya terima dari pengguna Google Adsense di Facebook Fanpage adalah berkenaan bagaimana untuk meningkatkan earning adsense. Saya rasa, soalan ini adalah soalan biasa yang diterima atau di tanya pada sesiapa pun yang mempunyai akaun adsense. Dan pada kali ini saya ingin menerangkan sedikit ringkas berkenaan peranan trafik dalam membantu meningkatkan earning adsense walaupun anda mempunyai nilai cost per click (CPC) yang rendah.
Perkara paling utama dan paling mudah tentang adsense adalah anda kena faham bagaimana anda dapat duit melalui Adsense. Anda kena faham dahulu akan CPC dan CTR website anda. Di bawah ini akan saya jelaskan serba ringkasakan 2 perkara yang paling penting ini. Ini kerana selepas ini anda akan tahu apa yang perlu anda lakukan untuk meningkatkan earning Google Adsense anda tanpa banyak alasan lagi.
Kaitan Trafik Dengan Earning Adsense
Secara umumnya, pihak Adsense akan membayar wang pendapatan anda dengan cara iklan yang di klik dengan cara sah. Mudah cerita, pendapatan anda dengan adsense adalah cerita tentang berapakah jumlah klik iklan yang anda dapat dalam sehari dari blog anda. Mungkin anda dapat 10 klik, 20 klik, 30 klik. Ianya berbeza setiap hari. Sebagai pengguna adsense rasanya anda tahu di mana anda hendak lihat jumlah klik tersebut bukan?
Dan yang kedua pula adalah tentang harga setiap klik. Harga setiap klik yang di bayar adalah berbeza. Tetapi untuk memudahkan pengiraan, kita hanya melihat nilai harga purata setiap klik tersebut. Mungkin anda dapat 1 klik pertama $0.20, klik kedua $0.30, dan klik ketiga $0.05. Jadi jumlah nilai klik purata adalah $ (0.20 + 0.30 + 0.05) / 3 = $0.18 sahaja. Jadi pengiraan pendapatan anda dengan adsense adalah JUMLAH KLIK x HARGA PURATA 1 KLIK = 30 klik (contoh) x $0.18 (contoh) = $5.40 = RM18.90. Ini adalah tentang kaedah pengiraan.
Jadi bagaimana untuk melihat kaitan lagi tinggi trafik lagi tinggi earning Google Adsense? Untuk kes ini pula, kita kena melihat pada aspek click through ratio (CTR). Ianya bermaksud jumlah peratusan trafik terhadap klik yang terhasil. Katakan menurut rekod Adsense website anda menerima peratusan klik sebanyak 2%. Ini bermakna, dari jumlah keseluruhan trafik anda, hanya 2% sahaja anda dapat klik.
Katakan blog anda menerima trafik sebanyak 1000uv sehari. Ini bermakna jumlah klik yang anda dapat adalah 1000 x 2% = 20 klik sehari. Dari data ini, bagamana untuk anda dapatkan jumlah klik yang lebih tinggi? Sudah tentu jawapannya anda perlu tingkatkan trafik. Katakan anda berjaya menarik trafik sebanyak 2000uv sehari. Jadi jumlah klik yang anda dapat adalah 2000uv x 2% = 40 klik. Jadi jumlah earning adsense anda pada hari itu adalah 40 klik x $0.18 harga 1 klik = $7.20 = RM25. Dengan mengandaikan ctr adalah sama. Yang perlu anda lakukan adakah tingkatkan trafik. Dan ini menjadi bukti peningkatan trafik memang berkadar langsung dengan peningkatan klik iaitu earning adsense anda. Harap maklum.
6 Comments
dulu saya tertanya2 adsense ni,
sungguh jelas en terangkan.
semoga menafaaat kpd semua penulis blog yg berninat dgn adsense
Banyak program pengiklanan macam ni, akan lebih untung bila blog kita ada banyak trafik
Hi admin,
Tetapi nasihat saya, anda perlu mendapatkan trafik yang disasarkan ke blog anda dari menulis kandungan artikel yang berkualiti dan tulen. Bukan semata-mata memfokuskan kepada jumlah trafik yang tinggi. Perlu di ingat kualiti adalah lebih baik berbanding kuantiti..
Saya pernah banyak kali mendapat 1 klik CPC berharga USD25 pada teknologi blog. Keseluruhan kadar CPC sebenarnya bergantung kepada niche yang anda pilih.
Pada pandangan saya, blog ini mempunyai niche yang agak baik dan berpotensi. Teruskan usaha anda.
Terima kasih.
YA, kenyataan anda tepat Skytech. Dan saya faham dan membenarkan kenyataan kamu. Tetapi penulisan saya ini adalah tentang kaitan trafik dengan earning dan tidak fokus kepada niche. Sebab ramai blogger di luar sana x fokus kepada niche. jadi mereka main adsense tanpa hala tuju. lepas tu mereka sedih sebab earning rendah. dan nasihat saya, mahu tidak mahu mereka kena memperbanyak artikel untuk tingkatkan trafik dan secara x langsung selalu dan kebiasaannya earning akan meningkat kerana jumlah klik yang meningkat berkadar langsung dengan trafik yang meningkat dalam keadaan ctr yang masih sama.. 🙂
mesti ada trafik tinggi.
baru la income tinggi.
haha..
tu basicnya.