Kali ini saya ingin berkongsikan info tentang PPC dan SEO di Google. Apabila anda ingin menjual sesuatu produk dan kebetulan pula produk yang anda jual itu banyak persaingan seperti keyword pemborong cadar (contoh). Maka tindakkan anda untuk menguasai SEO melalui blog adalah sangat penting. Namun yang sukar tentang SEO adalah anda perlu bersaingan dengan banyak blog yang mungkin menguasai teknik SEO jauh lebih baik dari anda. Dengan kata lain, anda mungkin gagal dan kalah dalam persaingan SEO yang seterusnya menyebabkan jualan produk anda tidak memberangsangkan. Oleh itu permainan menguasai trafik blog melalui kaedah pay per click (PPC) di perlukan untuk menarik trafik ke blog anda.
Apa itu PPC. Ianya adalah sebuah teknik berbayar yang membayar kepada Google untuk mengiklankan produk anda melalui blog anda. Senang cerita, dengan kaedah PPC ini, anda tidak perlu bersaingan sesama blog untuk promosi produk yang sama. Anda kini perlu bersaing dengan sesama penjual produk yang menggunakan kaedah berbayar ini untuk terpapar di halaman pertama Google. Untuk pengetahuan anda, Google mempunyai sistem pengiklanan mereka iaitu Google Adword untuk membantu blog jualan anda terpapar pada halaman pertama dan tidak bersaing dengan blog yang tidak membayar. TETAPI ANDA PERLU BAYAR.
Kepentingan PPC dan SEO Untuk Jualan Produk
Sistem bayaran inilah yang kita sebut sebagai PPC iaitu pay per click. Cuba lihat gambar diatas. Saya warnakan dengan warna kuning dan juga biru. Apabila anda membuat carian di internet, Google akan memaparkan dua keputusan iaitu hasil carian biasa (warna biru) dan juga hasil yang berbayar (warna kuning). Jika anda gagal untuk bersaing dengan cara biasa iaitu melalui kaedah SEO dan anda dapati blog anda hanya muncul di halaman ke-2, ke-3 dan seterusnya pada carian Google, maka ada sebaiknya anda mencuba Google Adword iaitu kaedah berbayar untuk terpapar pada kawasan warna kuning yang saya contohkan diatas. Dengan itu anda mengurangkan persaingan, meningkatkan potensi trafik yang masuk ke dalam blog anda, dan secara tidak langsung jualan anda pun meningkat naik.
Perlu di ingatkan yang menggunakan teknik PPC dari Google ini adalah sesuai untuk anda yang ingin menjual produk. Kalau anda tidak ada produk dan saja saja ingin mendapat trafik melalui PPC ini, maka anda hanya membazir wang anda sahaja. Lebih baik anda belajar tentang cara asas SEO untuk mendapatkan trafik melalui kaedah SEO cara biasa ini.
Maaf, artikel ini bukanlah bertujuan menceritakan lebih detail terperinci tentang bagaimana belajar menggunakan Google Adword untuk mendapatkan trafik melalui PPC ini. Tetapi ianya hanya untuk memberitahu anda tentang kaedah menarik trafik melalui kaedah PPC dan SEO yang boleh anda cuba. Dan kedua dua PPC dan SEO ini adalah penting untuk anda ketahui sekiranya anda berhajat ingin meningkatkan jualan produk anda MENERUSI GOOGLE. Harap jelas..
4 Comments
Bila dah banyak klik nanti artikel asal dari blog pun akan dapat kedudukan yang baik kat search engine juga kan
selalunya macam tu lah
Tengah belajar sekarang ini mengenai PPC dan SEO.
learn bit by bit