Pada yang memang tercari cari atau ingin membuka apa apa bisnes diluar sana pasti ada terfikir untuk membuka bisnes kedai cuci kereta. Di Penang ini tempat saya duduk sekarang, perniagaan cuci kereta memang menjadi satu kemestian disini. Senang kata, kalau buka bisnes ni, kalau kena dengan cara dan gaya memang tidak akan mendatangkan kerugian atau tutup kedai. Pada asasnya bukannya susah dan bukannya rumit untuk membuka kedai cuci kereta kerana peralatan yang diperlukan adalah minumum dan kos serta penjagaan adalah mudah sekali.
Kenapa saya katakan tidak rugi kalau buka bisnes car wash di Penang ni (sebagai contoh), secara lazimnya keadaan geografi dan keadaan kepadatan penduduk membuatkan kebanyakkan rumah disini dibina dengan konsep bertingkat samada pangsa, pangsapuri, apartment dan juga kondominium. Dengan keadaan jenis rumah bertingkat sebegini adalah menjadi suatu yang jarang dilakukan oleh penduduk dirumah sebegini untuk mencuci kereta sendiri lagi lagi pula jika duduk di rumah yang tinggi. Langsung tidak praktikal untuk membawa baldi air turun semata mana untuk mencuci kereta. Jadi membasuh kereta atau motosikal di kedai cuci kereta lebih praktikal.
Lagi pula untuk mencuci kereta diluar sahaja tidaklah begitu mahal antara RM5-RM7 sahaja. Mungkin ada kawan kawan yang berminat untuk membuka bisnes cuci kereta? Saya ada cerita yang ingin dikongsikan disini bersama kawan kawan. Secara jujurnya saya memang berminat ingin membuka kedai bisnes cuci kereta ni. Macam macam yang bermain difikiran ni. Nak itulah, nak ini lah. Tetapi sebenarnya faktor modal menjadi penghalang utama. Kadang benar juga kata kata orang iaitu yang kaya bertambah kaya dan yang miskin bertambah miskin disebabkan wang dan kuasa yang ada pada seseorang itu. Ada yang kata bisnes cuci kereta tidak begitu menguntungkan. Betul ker?
Pengalaman Rakan didalam Mengendalikan Perniagaan Kedai Cuci Kereta
Kembali kepada tajuk, saya pernah ada kawan yang bercita cita ingin membuka bisnes cuci kereta ini. Dulu hanya cakap cakap sahaja. Bila masa berlalu saya menelefon untuk bertanya khabar dan terkejut apabila beliau telah membuka kedai cuci kereta-nya sendiri. Bangga dengan beliau pun ada. Bagaimana tidak, dengan umur yang baru mencecah 23 tahun, mempunyai pekerja sendiri dan membuka kedainya di Johor Bahru. Dengan umur yang begitu muda, beliau hanya menjadi tauke dan bukan pekerja, apabila ditolak kos gaji, sewa dan maintanance semua, wang bersih yang beliau perolehi adalah sebanyak RM2k. Bagi saya itu sudah cukup besar apabila ditolak dengan semua kos termasuk gaji. Bangga dengan beliau.
Bapa Borek Anak Rintik (Anak Buka Kedai Cuci Kereta)
Saya langsung tidak terkejut dengan kenyataan beliau, manakan tidak, hampir 100% ahli keluarga beliau seorang usahawan. Dari bapa sampai ke anak satu family tidak seorang pon yang makan gaji dengan kerja kerajaan mahupun swasta. Semuanya kerja sendiri dan mempunyai bisnes sendiri. Apa yang anda perlu ada adalah tempat lokasi perniagaan, mesin penyembur air sabun (snow wash), mesin pancuran air, car vacuum dan juga pekerja. Lain lain perkara kecil seperti sabun, kain basah, kain kering, berus, pengilat tayar semuanya ini hanyalah bermodal kecil sahaja. Tidak rumit sebenarnya untuk melabur didalam bisnes cuci kereta ini.
Saya secara peribadi tidak merasakan kos untuk membuka kedai cuci kereta memerlukan kos yang tinggi. Paling tinggi pun hanyalah RM15K sahaja. Ini hanyalah pandangan saya sahaja. Kalau kena gaya, cukup modal, tempat pun baik, memang boleh buat duit kalau mahu. Mahu atau tidak mahu sahaja. Bagaimana dengan anda? Adakah anda berminat dengan perniagaan cuci kereta ini? Ke ada yang berminat join venture buka bisnes cuci kereta?
21 Comments
nak bercita2 nak buka car wash tp banyak pula dgr yg ngatif tp hati kuat jg nak buka.. bole bagi semangat ke..
boleh azara, bagi saya car wash lebih banyak positif dari negatif, Sebab apa? Sebab kos barang yang nak dibeli tidak banyak. Hanya alat besar seperti mesin sabun dan juga vacum, lain lain tu hanya modal kecil dan mudah diganti. Kalaupun bisnes x jalan, kita x rugi apa sebenarnya sebab barang masih boleh dipakai atau dijual, bisnes rugi selalunya hanya sebab LOKASI, itu sahaja. Cuba bayangkan kalau bukak kedai produk kesihatan, banyak produk macam macam, kena plak xder customer, kita rugi banyak, sebab apa? sebab produk mcm ni ada tarikh luput, nak kena jual juga, rugi ribu ribu nanti, car wash berbeza, ianya hanya masalah pelanggan dan lokasi, itu sahaja, modal nak selenggara apalah sangat, sangat sikit
Kalau nak buka car wash agak2nya brapa kos yg diperlukan?sebab sy baru je nak buka bisnes ni.Tp xtau kos brpa.
cuba kaji kos mesen vacumm besar dengan mesen (pancut air + sabun), ni kos paling besar
salam .. saya baru nk buka car wash di langkawi.. kawasan sy dah dapat ..ianya berada di tepi jalan besar.. konsep mcm manakah yang sesuai.. saya cadang nak buat manual sbb modal pun sekitar 10k
Ingin membuka car wash tapi tak tau nak start dr mana dan tak tau segala pengurusan…tapi memang teringin nak buka car wash, klu blh nak cri share patner sorang blh belajar selok belok majukan bussines
Elakkan bisnes kongsi modal silap haribulan boleh gaduh guna modal sendiri lgi puas hati
Slm…sy bru nk berjinak2 dengan perniagaan..agak2 ampalh,bisnes cuci kereta blehx?komen skit…
Salam admin.
Saya begitu tertarik dengan Blog. Myrujukan.com..Boleh kata sayani seorang pengusaha cuci kereta,,dah 3th lebih sayaceburi bidang ni .dengan modal ciput saya cuba berkayuh untuk maju ke hadapan.alham dulilah kerana kegigihan yang ada akhirnya kejayaan semakin hampir.tak cukup hingga disitu ,saya bercita cita nakjadikan nya sebuah SPA untuk kereta.yang sekarang dikenali Pusat Penjagaan & cuci Kereta Su.Dan insyAllah SU AUTO SPA akan dibuka.saya mohon pandangan dan tip tip dari admin sebagai rujukan saya ,terima kasih.
Salam tuan, kalau tuan sudi, tuan hubungi saya whatapps di 0174836797 untuk saya mesej tuan. Saya nak info pengalaman tuan di tuliskan di blog ini sebagai tatapan pembaca blog ini, tuan mahu?
Salam admin. Da start ka blum bisnes ni? Saya pun berminat dan ada modal. Kalo nk join venture bole saja. Ni no hp saya 0174973291
Sya dn suami bcta-cta nk bka car wash..sbb zmn skrg mkn gaji mcm x ckup jak.blog kmu ni, mmbkar smgat sy lagi .. utk trus brusaha. In sha allah .kalau x hlng januari 2016 ni kmi start buka car wash.. nk bjinak2 dlm perniagaan.. kongsi kn la lagi pglamn prniagaan car wash TQ admin.
Salam..apa pandangan tuan tentang auto carwash..sbb sy dlm proses survey utk bkk 1 di shah alam..berisiko tinggi ke mcm mne?
assalamualaikum admin dan teman-teman..
Perniagaan Car Auto & Spa..
Di sini saya ingin berkongsi idea serta ingin meminta pandangan tuan-tuan semua jika saya bermodalkan RM15000 untuk pembukaan carwash. Di antara konsep yang saya akan jalankan ialah:
-menjalankan perkhidmatan pencucian luaran dan dalaman kenderaan
-wax & polishing car body
-cucian kusyen dalaman
Lokasi sasaran AutoSpa yang saya ingin buka ini pula adalah di dalam Kawasan berhampiran Bengkel & Halfcut di mana saya akan berkolaberasi dengan pemilik bengkel tersebut untuk memasukkan servis cucian saya keatas pelanggan-pelanggan mereka. Caj pula saya kenakan keatas pemilik bengkel.Konsep ini adalah “win-win situation” dimana saya dapat servis sales,dan pemilik bengkel dapat kepuasan dari pelanggannya.
Kos:
Daripada survey kos yg saya jalankan pula,saya bahagikan kepada 2 kos. Oleh kerana tapak perniagaan yang saya ingin jalankan ini adalah tapak baru..Ianya akan menelan belanja yang agak tinggi..Akan tetapi,kos binaan tapak niaga saya mungkin akan dikongsi bersama dengan pemilik bengkel & halfcut tersebut ( di dalam rundingan lagi )
KOS 1 ( PERALATAN ):
– Anggaran kasar saya adalah sebanyak RM2800 ( tidak termasuk kos alatan polishing & wax serta mesin cucian kusyen )
#Di Sini saya senaraikan barangan2 tersebut yang boleh diperolehi dengan modal diatas:
COMPLETE
1.FREE SHAMPOO WAX 10 liter @ hose 10ft
2.spray car wash motor 2.0hp brand ENGA
3.belt 2 unit brand JAPAN
4.overflow hose 1 unit
5.non hose 1 unit
6.pulley belt 4 inci
7.air comperessor 24liter 2 hp TANGKI BESAR
out let 2 hose
8.snow 70liter tangki besar stell red
9.vacuum cleaner stanless stell 20 liter brand
morganTAHAN LASAK
11.hose 8.5 mm 26 ft AIR
12.hose 8.5 mm 26 ft SNOW
13.cumppler hose 4 biji
14.shampoo wax 5 kg tong besar
15.degreaser 5 kg tong besar
16.tyre wax 3 kg
17. span 2 unit
18.tuala 2 unit
19.cupper gun
20.angin gun
KOS 2 ( Sampingan dan lain-Lain )
Daripada survey yg saya jalankan, kos lain-lain ini adalah utk tapak yang saya ceritakan diatas. Mungkin akan bermula dengan tapak yang perlu di simen dan 2 buah kanopi 20 x 20.
Anggaran saya dalam lingkungan RM7000 ini untuk menyimen tapak , Kanopi ( Kanopi 2nd Hand anggaran RM1300 setiap satu ). dan juga termasuk kos wiring dan piping serta tangki fiber. (atau tuan2 boleh bagi cadangan kpd saya ).
Untuk signboard banner & bunting peruntukan kos :RM1000 ( size biasa )
Bermakna draf anggaran modal kos saya untuk pembukaan Auto Spa saya bernilai RM9600. Dan cash di tangan untuk modal pusingan saya termasuk untuk upah & bil utiliti hanya ada dalam RM4200..
TOTAL: RM15000
*Ini hanyalah draf kertas kerja saya.Jika tuan-tuan ada idea atau pendapan juga boleh kongsikan kepada saya yg newbie dalam bidang ini..
*Jika ada kesilapan dalam costing2 saya..mohon jgn kecam..heheheh..
Sekian, Ery Kluang
assalamualaikum ery..
bole saya tau dimana bole sy dpatkn harga barangan peralatan diatas dengan kos RM 2800..sebb hrga yang sy dpt lebih dr harga yg disebut diatas…klw xkeberatan, bole x share atau bole pm sy nama kedai atau supplier di putrie_7288@yahoo.com.
Sy juga sangat berminat membuka autospa ini lokasi adalah di Sabah, peralatan dan lokasi masih dlm perancangan dan pencarian
AS SALAM,
akk mmg minat bzns..so 1 Nov 2016 ni baru nk start carwash kt Sg Petani. sewa tapak ngn barang skli RM7500.OO sebulan. Dlm bzns ni akk mmg xde xperience lgsong.. so bole x bg detail mcmna nk cari supplier utk sabun dll..akk bg ank lelaki akk running..
sekian..
KAK nORIDAH
buat car wash banyak cabarannya bukan mudah..tapi alhamdulillah saya berjaya buka detaling car..
saya nak pandangan dan nasihat berminat mahu ceburi carwash..boleh emailkan kepada saya di Suteracarwash@gmail.com
Saya nak teringin nak bukak business car wash tapi tapak bagaimana nak cari yer???adakah 15K tu include tapak lesen etc?
Saya berminat dalam peniagaan cuci kereta, mohon tunjuk ajar dari rakan2 semua.
boleh call/whtspp 0187736564