Bagi yang bertanya soalan seperti ini iaitu “kenapa nak guna yang berbayar kalau dah ada yang percuma seperti blogpot?”, perkataan anda sebenarnya adalah betul tetapi kurang tepat. Blog berbayar dan blog percuma masing masing adalah blog yang sama dan boleh melakukan hal blogging yang kebiasaannya dilakukan oleh blogger yang lain. Jadi disini apa masalahnya dan apa pula bezanya antara menggunakan blog berbayar dan blog percuma. Sebenarnya ada beberapa point akan kenapa seseorang itu beralih untuk menggunakan blog yang berbayar.
Apakah maksud dari perkataan Blog Berbayar. Yang dimaksudkan dengan blog berbayar adalah, satu blog yang dibina dengan menggunakan hosting/server yang berbayar. Saya sendiri menggunakan hosting berbayar dari ServerFreak Malaysia. Blog berbayar harus membayar HOSTING + DOMAIN untuk tempoh tahunan dan kebiasaannya bayaran dibuat sekali setahun. Sebenarnya anda boleh menggunakan hosting berbayar ini dengan bayaran RM100 setahun. Ianya tidak begitu mahal dengan kelebihan yang bakal anda dapat.
Tujuan Bina Blog Berbayar
Selalunya tujuan utama untuk menggunakan hosting berbayar ini adalah untuk menggunakan nama domain sendiri yang berbentuk khas. Sebagai contoh, bagi blog percuma alamat laman website anda akan berbentuk sebegini iaitu “http://myrujukan.blogspot.com”. Anda pasti selalu nampak perkataan “blogspot” itu bukan. Itulah tandanya yang blog itu adalah blog percuma dan nama laman web akan menjadi panjang dan sukar diingat berbanding blog berbayar nama laman web akan jadi seperti ini iaitu “http://myrujukan.com” dan ianya kelihatan lebih cantik, kemas dan mudah diingat.
Bagi saya, saya sarankan anda untuk mendapatkan blog berbayar dari menggunakan blog percuma. Kalau anda hanya ingin bersuka suka bolehlah anda menggunakan blog percuma. Tetapi jika anda ingin serius menulis dan pula merancang untuk jangka panjang adalah lebih baik mengggunakan blog berbayar. Dengan menggunakan hosting sendiri, maka blog anda akan kelihatan professional, anda akan dianggap serius didalam berblogging, nilai blog anda dipandang tinggi dan sebagainya. Malah anda sendiri selalunya akan lebih rajin dan serius didalam berblogging apabila anda menggunakan blog berbayar ini. Ini kerana anda merasakan yang ianya dekat dihati dan terasa seperti aset diri anda. Ada banyak point kenapa blog berbayar adalah lebih baik dari blog percuma. Cumanya yang saya mahu tekankan pada kali ini adalah perbezaan pada “DOMAIN” ketika anda memilih blog berbayar. Jom berblogging dengan berhemah.
14 Comments
Yup, hosting pun sekarang ada yang murah.. semurah RM10. Untuk permulaan, atau nak belajar-belajar dulu boleh la. Saya dulu pun mula dengan hosting yang murah. Lepas tu dah confiden boleh handle, ada modal pusingan nak bayar hosting + domain barulah upgrade.
betul tuh bro
Benar juge ape yang awak cakap tu… 🙂
Blog berbayar memang banyak kelebihannye dari blog percuma, lebih nampak profesional dan lebih bernilai dimata pengunjung 🙂
jom lah bertukar kepada hosting berbayar
Aku memilih blog berbayar (hosting) kerana ia lebih memberi kebebasan tanpa ada TnC yang perlu diikuti. Lagipun, kaedah penggunaanya lebih mudah.
yep, itu memang salah satu kelebihan menggunakan blog berbayar
aku pilih keduanya , tapi jujur yang berbayar feal menulisnya lebih banyak
gua pilih berbayar, kekemasan bagi gua penting hehehe…:)
kekemasan tu yang orang cari apabila menggunakan hosting berbayar
penggunaan blog berbayar nampak lebih profesional, terutamanya jika memang bertujuan untuk mempromosikan produk ataupun sebagai log rasmi sesebuah perniagaan
setuju dengan kata kata anda