Untuk pengetahuan anda, kalau sebelum ini saya pernah berkongsikan dengan anda akan laman deal site Malaysia untuk anda dapatkan kupon kupon dari Malaysia supaya anda boleh membuat pembelian dengan lebih jimat di Lazada, Zalora, Qoo10 dan banyak lagi. Sebenarnya ramai orang Malaysia yang masih belum tahu lagi akan kegunaan kupon tersebut. Jika anda ada masa, sila baca penulisan saya tersebut. Tidak mengapa, itu adalah tentang baucer kupon khas untuk pembeli. Bagaimana dengan anda yang mahu buat duit dengan coupon? Maksud saya, anda mempunyai website khas seperti FAVE untuk anda beri kupon dan buat duit denganya? Bolehkah?
Sebenarnya laman laman deal site yang memberikan anda kupon bukanlah berkhidmat dengan anda (pembeli) secara percuma. Mereka berikan pembeli online peluang untuk membeli barangan secara online dengan harga lebih murah dengan diskaun dari baucer tersebut. Namun bagi pemilik website kupon tersebut, setiap kali pembeli membeli menggunakan kupon, maka mereka juga mendapat upah dalam bentuk komisen. Semua proses ini menguntungkan 3 pihak iaitu website ecommerce menjual barang seperti Lazada, pemilik website yang memberi kupon dan juga pembeli yang menggunakan kupon tersebut. Tiada siapa yang dirugikan.
Buat Duit Dengan Coupon Dengan Dealsite Anda Sendiri
Pemilik eCommerce mengeluarkan kupon adalah bagi membantu meningkatkan jualan produk mereka melalui orang ketika iaitu ANDA. Mari saya ringkaskan kepada anda bagaimana anda boleh buat duit dengan coupon tersebut? Katakan anda mendaftar dengan myFAVE (salah satu website deal coupon), dan anda dapatkan maklumat berkenaan kod kupon contonya “fave-50%”. Dan kemudian anda membina website coupon milik anda sendiri dan anda promosikan deal terbaru dari Fave dengan memaparkan kod kupon iaitu “fave-50%” untuk tempoh tertentu.
Bagi pembeli yang ingin membeli barang di Fave. Mereka akan membuat carian di Google samada terdapat tawaran kupon terbaru yang sah dari Fave untuk mereka gunakan. Mereka mungkin jumpa website anda dan mereka menggunakan kupon tersebut. Dan pembeli menggunakan kupon tersebut “MELALUI LINK ANDA”, maka anda akan dapat komisen dari pembelian yang berjaya dilakukan menggunakan kupon tersebut. Itulah prosesnya. Jika anda mahu buat duit dengan coupon, sila daftar melalui link di bawah ini:
InvolveAsia – Sila klik link ini dan daftar. Selepas mendaftar, anda perlu ke “Tools” dan kemudian klik “Campaigns”. Di sini anda akan melihat senarai kod kupon dari Lazada, Zalora, Qoo10, 11Street dan banyak lagi yang mereka tawarkan. Anda boleh “copy paste” maklumat tersebut.
ServerFreak – Sila beli domain dan hosting di sini. Selepas beli, sila install WordPress dan siapkan website anda.
DealSite Theme – Ini adalah salah satu theme WordPress untuk website coupon anda. Kalau anda berminat, klik link ini untuk membeli theme ini. Tujuan adalah untuk menukar wajah website anda kepada laman kupon yang cantik.
3 langkah langkah yang saya kongsikan di atas ini adalah asas asas bagaimana anda boleh buat duit dengan coupon dengan membina sendiri laman dealsite milik anda sendiri dengan mudah. Kalau anda berminat, saya menjemput anda untuk membuatnya sekarang juga. Mengikut kata sahabat saya yang berminat untuk buat duit dengan kupon ini, beliau mengatakan persaingan kupon di Malaysia masih sangat rendah dalam kata kunci. Mudah cerita, website kupon anda boleh ranking dengan mudah dan anda mudah buat duit online dalam niche “coupon” ini kalau anda mahu. Selamat mencuba.