Kalau anda seorang blogger, pernah tidak anda terfikir untuk buat duit dengan menulis? Kepada blogger lama, mahu menulis 300, 400, 500 atau lebih bilangan perkataan pun bukan satu perkara yang susah. Saya sendiri, kala tengah syok menulis dan banyak idea, sedar tidak sedar sudah mahu mencecah 1000 patah perkataan. Itu pun terpaksa berhenti kerana berpendapat yang penulis panjang panjang di blog takut tidak ada orang yang sanggup membacanya. Tahukah anda, sebenarnya ada sangat banyak peluang potensi untuk meraih pendapatan dengan menulis ini. Anda tahu?
Kalau dalam dunia freelancer negara barat, majoriti yang kaki pandai menulis ini, memang biasa dan mampu menghasilkan pendapatan secara sampingan dengan menulis ini. Salah satu contoh mudah adalah di iWriter. Kalau anda boleh berbahasa english, dengan mudah sahaja anda boleh buat duit dengan menulis dengan mendapatkan bayaran USD5 bagi setiap 400 patah perkataan. Itu tentang orang luar negara. Bagaimana dengan kita orang Malaysia? Adakah peluang buat duit dengan menulis ini?
Ebook Teknik Dan Potensi Buat Duit Dengan Menulis
Secara peribadi, saya sendiri merasakan potensi dan peluang buat duit dengan menulis ini masih sangat KURANG PERSAINGAN di Malaysia ini. Saya pasti, anda sendiri pun kurang tahu dengan jelas akan kepada siapakah yang mahu anda upah untuk menulis untuk anda, betul tak? Tetapi di dalam celah celah kurangnya persaingan ini, sudah tentulah potensi buat duit dengan menulis dengan menerima upah dari individu untuk menulis apa sahaja medium akan membuatkan anda mendapatkan pendapatan yang sangat lumayan. Ini baru cerita tentang part time. Bagaimana kalau buat secara full time dengan lebih professional. Pasti lebih masyuk.
Saya bukanlah orang yang tepat untuk memberi tahu anda akan cara buat duit dengan menulis ini. Saya juga bukan orang yang tepat untuk anda ketahui akan potensi pendapatan lumayan dengan bidang penulisan ini. Namun, saya ada kenal dan mahu memperkenalkan anda kepada bro Aqif Azizan. Anda kenal siapa beliau?
Dahulu beliau hanya seorang penulis blog sahaja. Akibat dari suka menulis, beliau suka dan rajin berkongsikan artikel penulisan yang bermanfaat. Tetapi pada suatu tahap, beliau mula mengorak langkah dengan menjadikan tabiat suka menulis kepada kerjaya. Tanpa disedari, beliau berjaya meraih pendapatan 4 angka sebulan dengan hanya menulis. Semuanya adalah dari UPAH MENULIS akan beberapa bahan penulisan. Apakah bentuk penulisan itu, anda lihat sendiri nanti.
Maaf, Aqif Azizan tidak mendedahkan “rahsia” akan bagaimana beliau melakukannya. Untuk mengetahui akan tips, teknik, panduan dan juga rahsia beliau buat duit dengan menulis ini. Beliau telah berkongsikan segala gala ilmu pengalaman beliau dalam ebook beliau iaitu Ebook Rahsia Penulis.
Ebook Rahsia Penulis ini harus anda dapatkan jika anda memang benar benar serius untuk buat duit dengan menulis. Saya merasakan beliau adalah mentor yang paling sesuai buat anda yang meminati bidang penulisan tetapi tidak tahu cara untuk menjadikan bakat menulis anda kepada kerjaya yang mendatangkan wang kepada anda. Untuk ketahui rahsia dan tips beliau buat duit dengan menulis. Anda dapatkan ebook beliau segera dengan klik pada banner di bawah ini. Selamat menulis.