Pada kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda akan model bisnes makanan korea yang saya rasa boleh untuk “orang Malaysia” praktikkan. Saya bukan pecinta drama korea tetapi saya sangat sering menonton rancangan realiti tv iaitu program show mereka. Antara perkara yang unik tentang korea yang tiada di negara lain adalah model bisnes makanan yang mempunyai konsep “food delivery“. Mudah cerita, hampir majoriti bisnes makanan akan ada khidmat penghantaran ke rumah.
Disebabkan banyak menonton rancangan berbentuk tv show, ianya sesuatu perkara yang biasa di korea untuk memesan makanan dengan hanya membuat panggilan telefon. Mereka mencari greai atau restoran terdekat. Melihat menu yang disediakan dan kemudian membuat panggilan telefon untuk memesan order makanan. Dan yang paling menarik, bayaran kadang kala boleh dibuat menggunakan credit kad kerana mereka mempunyai peralatan untuk membayar credit card secara mudah alih. Bisnes makanan korea memang menarik.
Kebaikkan Model Bisnes Makanan Korea
Apabila bertanya kepada warga asing tentang apa yang mereka suka dengan korea. Salah satu jawapan yang anda akan dengar adalah korea boleh memesan makanan secara delivery bila bila masa. Selalunya sehingga lewat malam pukul 2 pagi pun masih ada perniagaan bisnes makanan korea yang sanggup untuk menghantar makanan ke rumah. Pelanggan adalah keutamaan mereka. Servis yang bagus pasti membuatkan pembeli akan senantiasa untuk memesan dari kedai makanan yang sama.
Bagaimana dengan Malaysia. Bila kita bercakap tentang “Food Delivery”, kita akan terfikir tentang KFC, McDonald dan juga Pizza. Inilah syarikat bisnes berasaskan makanan yang menghantar makanan. Bagaimana dengan nasi goreng, mee goreang, tomyam, sup, ayam goreng dan sebagainya. Rasanya menu sebegini untuk menjadi model bisnes hantar makanan ke rumah belum lagi menjadi budaya. Kalau budaya model bisnes makanan korea ini ada di Malaysia, ianya sangat membantu industri ini berkembang dengan bagus.
Saya ada memulakan projek food delivery ini di taman perumahan tempat tinggal saya. Saya menjadi admin pada satu group di Facebook. Dan kemudian menjemput “majoriti” suri rumah untuk menjalankan bisnes makanan dari rumah sahaja. Tetapi mereka perlu membuat bisnes mengikut model “Food Delivery”. Pembeli akan memesan makanan dan makanan akan di hantar ke terus ke depan rumah. Dan selepas itu bayaran dibuat secara face to face. Dan model bisnes makanan korea yang saya cuba buat ini berjaya di lakukan. Anda boleh lihat di Group ini – [ https://www.facebook.com/groups/528776963893817 ]. Semua barang yang dijual adalah makanan. Mana nak dapat order dari rumah “ayam masak sambal” untuk makan nasi berlauk tengah hari. Tempat anda, ada macam ini? Selamat berbisnes..
4 Comments
Menarik idea ni! Org skrg mmg takcukup masa, insyaallah permintaan tinggi ni
kalau boleh buat macam ni, ramai orang order jer
Yup..ada satu kawan dulu pun pernah bagi cadangan untuk buat service macam ni..tapi tu la..saya ni agak segan sikit..hehe.,.