Sungguh mendalam bukan tajuk diatas. Yang selalu orang buat adalah Apply Kerja Kerajaan secara “Orang Dalam” yang bermaksud menggunakan pengaruh tertentu dari pekerja yang sudah bekerja untuk memudahkan mendapatkan kerja yang dimaksudkan. Tetapi maksud tajuk diatas yang saya maksudkan bukanlah sebegitu. Yang saya maksudkan “secara dalam” adalah bermaksud mohon Kerja Kerajaan secara terus dari agensi kerajaan negeri. YA, anda sebenarnya boleh memohon jawatan kerajaan secara direct tanpa perlu pun melalui SPA. Memang terdapat dua cara untuk masuk kerja di sektor awam.
Susahkah Apply Kerja Kerajaan ini secara dalam? Jawapan saya, susah lagi untuk anda mendapatkan kerja melalui Suruhanjaya Pekerjaan Awam (SPA). Kerana di SPA anda terpaksa bersaing satu Malaysia untuk jawatan yang dipohon. Tetapi jika secara dalam iaitu melalui department kerajaan negeri, anda mempunyai lebih kawalan dan kurangnya persaingan. Namun begitu, walaupun melalui kerajaan negeri, tetap juga para calon perlu memohon secara online. Ini kerana iklan jawatan kosong kerjaaan akan diiklankan di website kerajaan negeri itu sendiri. Tetapi bagaimanakah untuk anda tahu yang ada sektor department kerajaan negeri sedang mengumumkan kekosongan jawatan?
Cara Apply Kerja Kerajaan Melalui Kerajaan Negeri
Jawapannya anda tidak akan tahu! Yang perlu anda lakukan adalah senantiasa mengikuti perkembangan semasa laman website kerajaan negeri pelbagai agensi. Agensi yang saya maksudkan adalah seperti Jabatan Air, jabatan saluran, kementerian kewangan, perpustakaan awam negeri, jabatan perhilitan, jabatan FRIM, jabatan MARDI, dan pelbagai lagi sektor yang dimiliki kerajaan negeri. Dan setiap agensi ini ada laman website mereka sendiri. Dan setiap laman website itu pula ada laman khas untuk pengumuman atau hebahan tentang adanya jawatan kosong untuk jawatan tertentu. Ada pasti tahu bukan.
Jadi untuk Apply Kerja Kerajaan secara dalam melalui cara sebegini sudah tentulah ianya bermaksud anda perlu melawat kesemua laman website kerajaan negeri untuk mengetahui akan maklumat terbaru kekosongan jawatan disetiap sektor kerajaan negeri bukan. Susah kalau begitu. Saya setuju dengan anda didalam berpendapat “Susah”.
TETAPI jangan risau. Kini pihak InfoKerjaya yang telah lama bertahun terbabit didalam mengedarkan dan membantu para calon untuk mudah menjawab peperiksaan bertulis kerajaan telah hadir dengan himpunan Senarai Agensi Kerajaan Negeri siap dengan laman website perjawatan lagi. Dengan kata lain, anda hanya perlu mendapatkan senarai lengkap laman website kerajaan negeri ini untuk memudahkan kerja anda. Senarai ini juga telah disusun baik mengikut negeri bagi memudahkan anda mencari dikawasan anda.
Dan jika anda berminat untuk Apply Kerja Kerajaan melalui agensi kerajaan negeri, anda boleh mendapatkan senarai ini disini. Saya akan berikan link kepada anda. Semoga ianya dapat membantu anda memudakan anda untuk mendapatkan kerja di sektor awam kerajaan. Selamat maju jaya.
2 Comments
Ok jugak guna cara ni. Sebab pakai SPA bukan senang nak dapat. Persaingan sengit.
boleh cuba Ammar