Bagaimana Nak Buka Gym – Adakah anda ingin membuka pusat bina badan atau pun senang dipanggil sebagai gym? Saya juga seperti anda teringin untuk membuka gym setelah ternampak ebook buka bina gym. Bila difikirkan kembali rasanya untuk membuka sebuah gym kecil bagi para usahawan nampaknya bidang ini sangat sangat baik. Tiada persaingan tinggi dan permintaan juga baik. Tidak perlu membuka sebuah gym besar dan mewah. Cukup hanya gym kecil untuk menarik orang muda untuk bersukan, bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Orang muda pasti suka.
Setuju tidak kalau saya katakan yang persaingan pusat bina badan gym di Malaysia ini sangat kurang. Malah jika ada pusat gym yang murah malah lebih mudah mendapat sambutan kerana kebanyakkan bukannya ada masa yang banyak untuk selalu singgah. Dan tujuan utama adalah untuk bersenam membina badan dan kemudian balik. Lebih mudah dan praktikal. Jadi tujuan untuk membuka gym kecil untuk usahawam baru lebih digalakkan. Pusat gym sebegini mampu menarik individu yang berkeinginan untuk turun berat badan dengan kaedah yang betul.
Bagaimana Nak Buka Gym
Lebih baik saya terus kepada topik utama kita. Saya pasti ramai yang singgah disini ingin mencari cara bagaimana nak buka gym bukan. Persoalaan persoalan seperti bagaimana nak mula, dimana nak buka, berapakah modalnya, bolehkah mendapatkan dana, dimana nak dapatkan peralatan, bolehkah dapat harga peralatan lebih murah, peralatan apa yang perlu dibeli dan bolehkah pusat GYM ini mendatangkan keuntungan bakal dijawab didalam ebook En Hanif. Teruja? Saya sendiri teruja..
Ebook Panduan Lengkap Bagaimana Nak Buka Gym
Panduan ebook membuka pusat GYM ini nanti akan menyediakan panduan lengkap dari kos, peralatan, lesen dan juga rutin harian yang perlu dilakukan. Semua persoalan tentang bisnes gym akan dijawab dan diberi tunjuk ajar agar anda tidak terkial kial dengan apa yang harus anda ada dan cari untuk membuka pusat gym ini nanti. Untuk membuka perniagaan gym ini sekarang menjadi mudah.
Apa yang nak dibimbangkan. Ebook Panduan perniagaan gym ini ditulis dari sumber dan dari orang yang terlibat didalam bisnes pusat gym sendiri. Seolah olah bertanya lansung dengan owner kedai gym sendiri. Malah boleh menghubungi terus beliau melalui contact yang diberikan. Menarik bukan.
Jika anda berminat, saya rasa lebih baik anda membaca langsung webpage cara Bagaimana Nak Buka Gym melalui link @ Banner dibawah. Baca bebetul. Jika menarik boleh dapatkan selepas itu.
>>> Dapatkan Panduan Bagaimana Nak Buka Gym diSini <<<
8 Comments
bagaimana hendak memulakan perniagaan kecil untuk menjual protein bina badan
kena tanya yang buka gym, mereka pasti ada tempat hendak membeli benda ni
assalamualaikum,ingin saya bertanya di sini bagaimanakan ingin memulakan bisnes pusat gymnasium?kerana saya minat sangat untuk membuka pusat gym tetapi tidak mempunyai ilmu@panduan bagaimana untuk saya mulakan.adakah pihak tuan boleh membantu saya.saya juga ada cuba mencari di mana perlu saya pelajari@untuk saya ambil kursus tetapi saya tidak tahu bagaimana.harap pihat tuan dapat membantu saya dalam impian membuka gym.
tuan boleh beli dan dapatkan ebook bina gym ini dengan lawat website ini – http://startmygym.com/
Kalau nak buka gym perlu lesen ke tuan
cuba cari di warta, tingkat 2, bandar baru bangi…itu adalah tempat makanan tambahan untuk gym..
terima kasih siti
Saja nak berkongsi sedikit info tentang kemudahan-kemudahan pinjaman sedia yang ada. Yang ini saya kongsi dari SME Bank.
Jenis Pembiayaan:
Dana Usahawan Muda (YEF) adalah sebuah dana khas yang diwujudkan oleh Kerajaan khusus untuk golongan belia sebagai salah satu strategi berterusan untuk membudaya dan membentuk usahawan dikalangan belia di Malaysia.
Kelayakan:
• Tujuan dana ini adalah bagi menyediakan alternatif kepada usahawan muda dalam mendapatkan pembiayaan bagi memulakan perniagaan serta bagi memenuhi keperluan perniagaan sedia ada.
• Belia Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun yang memiliki perniagaan.
• Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan pendaftaran bertauliah sama ada pemilikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn Bhd.
• Untuk firma perkongsian atau syarikat Sdn Bhd, pemohon yang berstatus Belia mestilah individu yang memegang perkongsian/ saham majoriti melebihi 51% DAN individu Belia tersebut adalah pembuat keputusan utama dalam firma/ syarikat.
• Memiliki kelayakan minimum Sijil Keusahawanan/ Sijil Vokasional atau sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam perniagaan yang hendak dibiayai. Pemohon yang tidak memiliki Sijil Keusahawanan/ Sijil Vokasional boleh dipertimbangkan dengan syarat pemohon menyertai latihan keusahawanan yang dianjurkan oleh Centre for Entrepreneur Development and Research (CEDAR), SME Bank.
• Syarikat/ firma yang baru bermula (‘start-up’) boleh dipertimbangkan.
Had Pembiayaan:
• Minimum/ Minimum: RM20,000
• Maksimum/ Maximum: RM100,000
Jenis Pembiayaan:
Tabung Usahawan Ijazah. Kerajaan Malaysia menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta di dalam Rancangan Malaysia ke-9 untuk Tabung Usahawan Siswazah [TUS]. Peruntukan tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai lepasan Universiti menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. SME Bank telah berjaya melahirkan para Usahawan Siswazah yang berjaya menambahkan pendapatan diri melalui perniagaan justeru meningkatkan enjin pertumbuhan negara. Dana ini merupakan pembiayaan mudah bagi memulakan perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian dan juga bagi para graduan yang mempunyai perniagaan sedia ada.
Kelayakan:
• Terbuka kepada warganegara Malaysia
• Sekurang-kurangnya memiliki Diploma yang diiktiraf MQA
• Menamatkan pengajian tidak melebihi 15 tahun
• Berumur tidak melebihi 40 tahun
Had Pembiayaan:
• Pembiayaan dari RM20,000 hingga RM500,000