Salam kepada pembaca? Anda mahu membeli matawang digital krypto pertama Malaysia iaitu PitisCoin? Jika ya, tahniah buat anda. Saya sebenarnya sudah pernah menulis dan berkongsikan tentang digital coin ini sejak 2 bulan lalu. Namun saya terlepas pandang untuk menulis dan berkongsikan tentang bagaimana cara untuk membeli matawang cryptocurrency ini. Saya pasti ramai yang seperti anda mungkin masih baru, tidak faham tentang cara beli PitisCoin ini. Saya harap perkongsian ringkas dari saya ini dapat dijadikan rujukan kepada anda yang berminat untuk buat duit dan bersama sama dengan hala tuju PitisCoin ini ok.
Kepada anda yang masih baru dan tidak tahu apa apa tetapi berminat. Saya meminta anda membaca artikel ini iaitu PitisCoin Cryptocurrency Malaysia ini dahulu. Tujuan adalah untuk memberikan anda info maklumat berkenaan sejarah, bagaimana dan siapa yang mencipta PitisCoin ini secara asas supaya anda tahu. Dan kemudian sila baca artikel ini iaitu Group Whatsapp PitisCoin untuk anda bersama rangkaian saya dan anda boleh bertanya apa sahaja soalan yang mungkin anda tidak faham berkenaan PitisCoin ini. Saya akan jawab berdasarkan apa yang saya faham. Untuk maklumat anda, saya cuma ahli biasa dan tiada kaitan atau bekerja dengan pihak PitisCoin. Harap anda maklum ya.
Cara Beli PitisCoin Melalui Wallet Kodinar
Kita berbalik kepada topik utama kita iaitu cara untuk beli PitisCoin. Setakat artikel ini ditulis, hanya ada 2 cara sahaja untuk anda boleh mendapatkan matawang digital PitisCoin ini. Cara yang pertama adalah melalui wallet PitisCoin sendiri. Dan cara yang kedua adalah melalui website exchanger luar negara. Untuk cara yang kedua ini, anda boleh baca artikel ini iaitu Cara Menggunakan C-Cex. Cara kedua ini saya telah tunjukkan cara untuk anda membeli PitisCoin melalui laman website exchanger. Ada sangat banyak website exchanger crypto di internet. Dan setakat artikel ini ditulis, PitisCoin baru sahaja masuk ke C-cex. Website exchanger yang lain akan menyusul di bulan bulan akan datang.
Jadi bagaimana cara untuk beli PitisCoin menggunakan cara pertama iaitu melalui wallet PitisCoin? Wallet PitisCoin kita sebut ianya sebagai Kodinar Wallet Blockchain. Di dalam wallet ini ada sistem untuk membeli Bitcoin, Ethereum dan juga Ripple. Untuk maklumat anda, untuk membeli PitisCoin, anda perlu membeli menggunakan matawang Bitcoin, Ethereum atau Ripple. Dengan kata lain, di dalam wallet ini, anda perlu membeli Bitcoin, Ethereum atau Ripple dahulu. Katakan anda membeli Bitcoin dalam wallet ini. Dan anda gunakan Bitcoin ini untuk membeli dan menukarkan Bitcoin anda itu kepada PitisCoin. Jelas?
Daftar Dan Buka Akaun Wallet PitisCoin
- Wallet PitisCoin – tempat beli dan simpan Pitiscoin. Wallet rasmi Pitiscoin. *** pada ruangan “Referral Email” sila masukkan email saya iaitu “moham29577@yahoo.com”
- C-Cex Exchange – website tempat jual beli pitiscoin untuk demand global
Saya tidak mahu menulis panjang. Rasanya cukup saya tunjukkan video di atas ini untuk tontonan anda. Saya sudah rakam cara untuk beli PitisCoin melalui Kodinar Wallet ini. Saya harap anda akan dapat ikuti step yang diberikan. Kalau masih tidak faham, join group Whatsapp yang saya kongsikan di atas tadi. Insyaallah saya akan cuba bantu yang mana saya faham. Nasihat saya, join dan dapatkan PitisCoin ini ketika ianya masih murah. Projek yang akan datang seperti Ladr1m insyaallah akan membantu menaikkan dan meningkatkan nilai harga PitisCoin ini. Jadi jangan tunggu lagi. Hubungi saya sekarang melalui Whatsapp untuk mendaftar dan membuka akaun Kodinar Wallet untuk membeli PitisCoin ini. Bye