Kalau anda bekerja di syarikat, kilang atau mana mana pejabat yang menggunakan Microsoft Excel sebagai salah satu medium untuk menyimpan dan mencatat data. Adakah anda perasan yang maklumat atau data dari fail dokumen excel tidak membenarkan anda untuk meng-edit data dalam masa yang sama. Betul? Kalaupun anda dibenarkan untuk membuka fail dalam masa yang sama, jika anda adalah individu pertama membuka fail excel, maka anda lah yang berhak dan boleh meng-edit sesuka hati.
Mungkin perkara ini kecil bagi anda. Mungkin perkara ini remeh bagi pandangan anda. Tetapi jika rangkaian yang menggunakan dokumen excel dalam rangkaian yang besar dan jauh, ianya bakal menjadi suatu masalah. Contoh masalah begini. Fail dokumen excel tersebut berada di komputer anda. Dan mungkin engginer atau manager anda mahu membuka fail tersebut dan di dapati fail tersebut tidak ditutup. Bagaimana untuk mereka meng-edit fail tersebut. Kalau dekat tidak mengapa, kalau pejabat engginer atau manager anda jauh? Perlukah mereka datang ke meja anda?
Panduan Setting Buka Fail Dokumen Excel Lebih Dari Seorang Pengguna
Itulah salah satu masalah yang dihadapi oleh sesetengah orang. Mungkin anda kurang jelas maksud saya. Begini, katakan anda ada 2 komputer. Kedua dua komputer boleh akses fail yang sama melalui sambungan wayar lan dan sebagainya. Jika komputer A membuka dokumen excel tersebut, maka komputer B tidak boleh meng-edit dokumen excel tersebut. Komputer B hanya boleh membuka dan melihat sahaja. Tidak boleh edit sebelum fail excel tersebut ditutup dahulu. Dalam keadaan syarikat yang besar, ofis pejabat yang jauh jauh. Masalah sebegini menyusahkan.
Penyelesaiannya adalah dokumen excel tersebut perlu di setting agar boleh dibuka pada masa yang sama dan boleh di-edit dalam masa yang sama. Jika ini telah dibuat, jadi masalah tidak akan berlaku lagi. Tidak perlu menunggu sehingga fail ditutup dari komputer lain dahulu baru boleh di-edit. Anda sudah boleh terus edit dengan maklumat baru tanpa masalah. Mudah bukan?
Cara untuk setting dokumen excel untuk membolehkannya dibuka oleh ramai pengguna dalam satu masa. Lihat gambar pertama di atas. Microsoft Excel saya adalah dari jenis versi 2010. Anda buka fail dokumen yang mahu anda ubah. Pergi kepada “review” dan klik pada “Share Workbook”. Selepas itu akan ada popup windows kecil yang akan terpapar (lihat gambar kedua). Di bahagian tab “Editing”, sila tick tandakan “Allow Changes by more than one user at the same time” dan kemudian klik OK. Siap. Mudah bukan? Selepas ini saya pasti anda boleh melakukan ubah suai, editing pada bila bila masa tanpa risau jika ada mana mana individu yang sedang membuka fail dokumen excel tersebut. Selamat mencuba.