Saya sudah lama mengikuti ceramah dari Ustaz Zaharuddin ini sejak di Universiti lagi. Pertama kali tahu tentang beliau adalah ketika beliau sedang dalam proses membangunkan blog “domain berbayar” beliau sendiri iaitu di http://www.zaharuddin.net/. Dan sejak terbinanya blog beliau, saya banyak membaca tulisan beliau terutamanya tentang pelaburan, halal haram kewangan dan sebagainya. Sejak itulah saya mengenali beliau dan suka dengan cara pengampaian ilmu dari beliau yang terbukti mengikuti perkembangan semasa dan sangat sesuai buat pengetahuan orang muda.
Semalam saya berkesempatan menonton sebuah video di YouTube oleh Dr Ustaz Zaharuddin. Sebuah video yang terbaru. Dan tajuk dari video tersebut adalah berkenaan dengan halal dan haram dividen KWSP. Dari tajuk tersebut pun telah membuat saya sangat tertarik dengan isi kandungan yang akan disampaikan. Kepada yang mengenali Ustaz Zaharuddin pasti bersetuju dengan saya bahawa, Dr Zaharuddin ini memang dipercaya dan terpercaya dikalangan ahli yang memang ahli dalam mengkaji halal haram suatu pelaburan. Setuju? Oleh itu saya terus menontonnya.
Dividen KWSP Halal Atau Haram
Sebelum kita pergi lebih lanjut. Untuk pengetahuan anda, simpanan wang KWSP yang disimpan oleh pekerja swasta selalunya akan masuk ke dalam kwsp melalui potongan gaji. Wang dalam KWSP kita selalunya adalah dari Wang Potongan Gaji (kita) + Wang Dari Syarikat (majikan). Kalau anda lihat slip gaji anda, anda akan perasan yang wang gaji anda dipotong untuk disimpan dalam KWSP. Majikan juga ada memberikan wang mereka untuk dimasukkan ke dalam akaun kwsp kita.
Potongan Dari Diri Anda Terhadap Gaji = 11%
Potongan Dari majikan Terhadap Gaji Anda = 12%
Contoh ; Gaji anda sebulan RM3000. Gaji anda akan dipotong untuk KWSP sebanyak RM3000 x 11% = RM330. Majikan memberikan sebanyak RM3000 x 12% = RM360. Jadi simpanan KWSP untuk bulan itu adalah RM330 + RM360 = RM690 sebulan. Harap anda jelas
Sumber Potongan KWSP = [Â employee’s and employer’s contributions ]
Saya harap anda sudah faham akan bagaimana sistem potongan KWSP berlaku. Mari kita lihat pula bagaimana dengan sistem dividen KWSP. Mengikut kata kata dari Ustaz Zaharuddin, secara purata KWSP memberikan dividen kwsp sebanyak 6.25% setiap tahun.
Purata Dividen KWSP = 6.25%
Sumber KWSP Dividen = [ Dividen Rates ]
Hasil dari kiraan Ustaz Zaharuddin dan bersama rakan beliau. Beliau dapati JUMLAH DIVIDEN KWSP semasa pencen adalah mendekati sebanyak 35% dari jumlah kesemua wang KWSP anda dalam akaun KWSP. Contoh, jika semasa pencen anda dapati wang kwsp anda berjumlah RM100, 000, maka 35% dari RM100K iaitu RM35K adalah wang dari dividen kwsp.
Jumlah Peratusan Dividen KWSP semasa pencen = 35% daripada seluruh jumlah simpanan KWSP
Mengikut BERITA RASMI dari pihak KWSP, mereka telahpun menyatakan bahawa sebanyak 70% daripada jumlah dividen yang diberikan adalah dari sumber yang tidak patuh syariah (HARAM). Tadi saya ada katakan yang jumlah peratusan dividen adalah sebanyak 35% betul? Jadi 70% daripada 35% dividen itu adalah dari sumber tidak patuh syariah. Contoh. Jika jumlah dividen anda sebanyak RM35K. Maka 70% iaitu RM35K x 70% bersamaan dengan RM24500 adalah sumber haram dan hanya RM10500 (baki) adalah bersih dan halal. Harap anda jelas.
Peratusan Dividen Haram = 70% dari jumlah total dividen yang diberikan.
Sumber Hanya 30% Dividen KWSP Patuh Syariah = [ Berita KWSP ] Â *** hanya 1/3 patuh syariah.
Saya harap, hingga setakat ini anda sudah dapat poin poin penting yang perlu anda ketahui tentang bagaimana untuk mensuci atau membersikan wang kwsp anda dari dividen kwsp yang tidak patuh syariah (HARAM). Mari saya bantu anda untuk membuat contoh kiraan supaya anda lebih jelas dan memudahkan kita semua.
Cara Kiraan Mengasingkan Dividen KWSP Yang Haram
- Contoh setelah pencen. Wang dalam KWSP anda berjumlah RM1 juta iaitu RM1,000,000
- Mengikut Kajian Dr Zaharuddin, 35% adalah jumlah dividen yang anda terima selepas pencen iaitu = RM1,000,000 x 35% = RM350,000
- Baki Wang KWSP Pokok Anda adalah RM1,000,000 – RM350,000 = RM650,000
- Mengikut KWSP, 70% dividen yang diberikan adalah tidak patuh syariah iaitu RM350,000 x 70% = RM245,000
- Baki Dividen KWSP Halal adalah RM350,000 – RM245,000 = RM105,000
- Jumlah Wang KWSP Bersih anda adalah RM650,000 + RM105,000 = RM755,000
22 Comments
yap.
tahu dah benda nih..
terrbaikk
Terima kasih mengenai info ini. Kalau sebelum ini memang ragu-ragu dengan pelaburang KWSP.
minta share kepada rakan rakan.. 🙂
OO baru jelas dengan benda ni. Nanti aku asingkan dengan sebaiknya
tahniah bro
salam..
sbb tu la sebahagian duit simpanan kwsp tu kita kena invest ke unit amanah (unit trust). Invest pada pelaburan yg berlandaskn syariah..
sila hubungi saya mior (019.2212161)..saya sedia membantu anda.
Jd dividen ‘tidak halal’ tu boleh disedekahkan kpd sesiapa yg patut atau diwakafkan? Ada cadangan lain yg lebih baik?
http://mamaolin.blogspot.com
haramnya 24k atau 245k?
Salam admin,
terima kasih atas pencerahan.. saja agen unit trust public mutual.. purata dividen tahunan adalah 12%.. jauh lebih untung drpd simpan di kwsp.. alhamdulillah
sapa berminat untuk saya explain lanjut boleh hubungi saya di 019 347 5898..
– puan izzah
ada x detail pengiraan 35% tu. let say kerja 3 tahun nk kluarkan kwsp. brapa % duit haram?
Assalaamulaikum 🙂
Terima kasih atas perkongsian maklumat yang amat berguna ini.
BTW, dia tak kira kan? Maksudnya keluar time pencen, atau selepas memilih opsyen pencen,
sama je 35% kan yang tidak halal?
Contoh, saya baharu disahkan jawatan, dan sudah boleh keluarkan semua wang KWSP. Dari yg dikeluarkan itu, 70% x 35% X Jumlah Pengeluaran lah yg harus saya clearkan (berikan pada fakir, atau repair jalan ke apa ke)… Adakah ini betu? Terima kasih didahulukan 😀
cara cari jumlah dividen kwsp dalam simpanan kwsp.
dividen KWSP= jumlah simpanan KWSP -( (11%+13%)X gaji X bulan berkerja )
dari jumlah dividen yg dapat hanya 30% patuh syariah. jadi hanya 30 % saja hak kita.
* andai gaji kita berubah- ubah, maka kena asingkan mengikut barapa lama gaji kita pada tahap tersebut, kemudian tambah semua utk dapat jumlah caruman kita dan majikan.
11% caruman sendiri
13% caruman majikan utk gaji bawah 5000, kalau atas 5000 hanya 12%.
Terima kasih di atas info. Mcmana pula dgn zakat yang diperlu di keluarkan? Jika ada info yg lebih detail, mohon share. TQ
syarat zakat yang qat’i ialah
1) cukup nisab
2) Sempurna hak milik.
3) cukup haul setahun
jadi lepas pencen, simpan duit tu setahun. bayar zakat 2.5% utk baki terendah. atau simpan kat tabung haji.
kesilapan org sekarang terus bayar 2.5% lepas keluar caruman. ini tidak bertepatan dgn syarat no-2.
wallahua’lam.
Salam saya musykil berkaitan skim pencen bila waktu pencen nanti…ini mungkin ramai yang keliru bagi kerja kerajaan…bagaimana cara untuk saya tolak duit haram tu dari skim pencen akaun 1…boleh tolong bagi pencerahan
Ok I ‘m clear
good
Terima kasih dan faham…
Br shj tukarkan KWSP kepada patuh syariah.. dh kira siap2 dr jumlah berbaki sehingga hari ini spt di atas.. thank bro…
Saya tidak bersetuju. Peratus itu hanya anggaran dan sekiranya kita mengambil kurang atau lebih takpe mengetahui peratus yang sebenar maka ini terus haram. Sedikit atau banyak itu juga riba. Tambahan lagi,kita sudah tahu KWSP itu memang pulangan haram dari awal?
Janganlah kerana duit kita sanggup lompat ke dalam neraka dan memakan bara api.
Salam tuan, maksud lebih kurang itu hanya untuk mengajak membuat kiraan bagaimana untuk membersih duit yg haram. Kalau dah tahu peratusan haram, maka mudahlah kiraan, namun sekarang sudah ada kwsp islamik, so terus pilih situ senang