Disebalik ramainya blogger blogger di Malaysia yang buat duit online dengan program affiliate dengan menjual ebook. Saya pasti ada diantara blogger tersebut ada terfikir atau berhajat untuk membuat ebook sendiri. Masalah utama adalah tidak tahu hendak buat ebook tajuk apa dan tidak tahu bagaimana ebook itu sendiri dibuat. Panduan cara buat ebook sendiri sebenarnya banyak di medium internet kalau anda pandai cari. Ianya tidaklah begitu sukar. Saya sendiri pun melalui fasa sebegini dahulu iaitu buntu tentang ebook itu dibuat.
Namun, setelah membuat carian di internet dan membaca tips sana sini. Saya perasan yang sebenarnya cara buat ebook sendiri tidaklah begitu sukar. Malah sangat sangat mudah sekali. Kenapa anda mahu membuat ebook sendiri? Sebagai blogger yang sering mempromosikan produk orang lain. Pasti ada terasa untuk mendapatkan hasil dari produk sendiri. Malah lebih terasa puas apabila produk sendiri itu dipromosikan pula oleh orang lain. Hasil jualan yang diterima pula akan lebih terasa nilainya. Saya sendiri merasai pengalaman tersebut.
Bagaimana Cara Buat Ebook Sendiri Dengan Mudah
Tentang cara buat ebook sendiri ini nanti akan saya kongsikan dengan anda nanti. Saya sendiri mempunyai ebook milik diri sendiri. Ebook saya adalah Panduan Asas Affiliate. Itulah ebook pertama saya. Kalau anda berminat, anda boleh dapatkannya. Ebook tersebut saya buat sendiri dan saya kongsikan berdasarkan pengalaman diri sendiri yang berjaya membuat duit melalui blog dengan mempromosikan produk digital iaitu ebook.
Di bawah ini adalah 2 rujukan yang boleh anda baca dan dapat idea akan cara buat ebook sendiri:
- http://myrujukan.com/bagaimana-cara-mudah-membuat-ebook/
- http://myrujukan.com/cara-buat-file-pdf-dari-microsoft-office-word/
Selepas baca saya pasti anda akan berasakan yang ianya sangat mudah untuk membuat ebook. Malah saya pasti anda tidak terfikirpun yang ianya semudah itu.
Insyaallah dalam masa beberapa bulan lagi, saya akan menerbitkan beberapa buah ebook lagi. Kali ini, saya hanya mengupah orang sahaja untuk membuat ebook terbaru saya. Ianya lebih mudah dan mencepatkan masa. Cumanya saya terpaksa mengeluarkan wang yang agak banyak untuk ini. Satu muka surat ebook saya dikenakan cas harga sebanyak RM15. Mahal bukan. Inilah harganya jika kita menggunakan khidmat orang lain. Kalau anda ada masa, buat sendiri adalah lebih baik malah menjimatkan wang. Anda boleh baca panduan cara buat ebook sendiri yang saya berikan diatas tadi. Selamat membuat ebook.