Jualan Produk Affiliate – Untuk artikel berkenaan Jualan Produk Affiliate pada kali ini, saya akan berkongsikan kepada pembaca dari pengalaman saya sendiri didalam dunia affiliate ini. Sebelum saya membincang dan bercerita lebih lanjut, ada baiknya untuk saya bertanya soalan kepada anda iaitu “Apa itu Affiliate” dan “Bagaimana Boleh Dapat Duit Dengan Affiliate”. Ini perkara yang perlu di fahami dahulu. Dan untuk artikel pada kali ini juga saya HANYA akan menekankan kepada aspek buat duit dari produk affiliate melalui blog sahaja. Harap maklum.
Untuk membuat Jualan Produk Affiliate menggunakan blog memang adalah salah satu langkah berkesan untuk mendapatkan duit secara online. Saya boleh katakan yang peranan blog untuk membantu membuat jualan online boleh dikira sebagai pendapatan pasif. Pendapatan pasif yang saya maksudkan disini adalah, satu artikel promosi yang dihasilkan akan kekal berada didalam engin carian seperti google dan ianya ibarat menunggu masa pada bila bila masa untuk menarik dan mendapatkan pelanggan yang mungkin tertarik untuk membeli produk yang diiklankan untuk tempoh yang panjang. Bayangkan satu artikel sahaja yang dihasilkan tetapi kegunaannya adalah untuk sampai bila bila selagi ada yang mencari dan membaca artikel tersebut melalui engin carian. Hebat bukan?
Tips Tingkat Jualan Produk Affiliate Melalui Blog
Walaupun begitu Jualan Produk Affiliate melalui blog dengan hanya bergantung semata mata kepada hanya satu artikel mengikut pengalaman saya adalah kurang berkesan. Kenapa begitu? Ada dua sebab kenapa satu artikel tidak mencukupi untuk mempromosi produk yang anda iklankan diblog anda iaitu;
1. Produk yang anda promosi juga mendapat saingan dari artikel yang berlainan dari blog yang lain untuk produk yang sama. Berapa ramai blogger diluar sana yang membuat artikel berkenaan produk yang sama dengan anda. Adakah artikel anda boleh bersaingan dengan begitu banyak artikel yang bermacam ragam untuk produk yang sama?
2. Satu artikel tidak mencukupi untuk bersaing dengan banyak artikel yang lain didalam senarai carian engin seperti Google malah kekuatan SEO untuk satu artikel boleh dikatakan lemah. Oleh itu membuat artikel sekurang kurangnya 2-3 artikel yang berlainan menggunakan kata kunci keyword yang pelbagai untuk mempromosi produk yang sama adalah digalakkan. Ini dapat membantu meningkatkan kekuatan artikel tadi untuk bersaing dengan artikel dari blog yang berlainan
Jadi ringkasan yang saya boleh jelaskan dan berikan kepada anda untuk berjaya membuat Jualan Produk Affiliate dari blog adalah dengan memperbanyak menulis artikel yang berlainan menggunakan keyword yang pelbagai untuk mempromosi satu produk dapat memberikan nilai atau kekuatan kepada artikel tersebut. Amalkan menulis untuk engin carian iaitu mempraktikkan tips seo yang baik untuk meningkatkan kualiti artikel di mata engin carian Google. Saya harap dua tips ini dapat memberikan anda gambaran akan bagaimana untuk membuat duit online dari Jualan Produk Affiliate menerusi blog anda. Saya boleh buat, kenapa anda tidak. Selamat berjaya..
7 Comments
ohh..macam tu..kena usaha kuat lagi la nih jawabnya..
ohcikgu ni berpura pura tak tau pula
perkongsian ilmu yang menarik..thanks bro.
Sama sama Jamian