Andakah anda ingin membeli kereta? Sekarang ini dua buah kereta Proton yang hot di pasaran iaitu Proton Saga SV dan juga Proton Suprima S berada di pasaran. Jika anda ingin kereta yang murah, maka pilihlah Proton Saga dan jika mahu gaya dan sporty maka pilihlah Proton Suprima. Tetapi itu jika anda ingin membeli kereta keluaran Proton dan jika anda berminat dengan kenderaan keluaran lain maka silakan. Tidak kira kereta apa yang anda ingin beli, pasti yang menjadi persoalan adalah bayaran bulanan pinjaman kenderaan anda. Ada yang sanggup bayar mahal setiap bulan asalkan tempoh masa pinjaman (tahun) berkurangan dan ada yang mahu murah bayaran bulanan tetapi terpaksa menerima ikat tahun yang panjang.
Bagi golongan muda, mencari maklumat berkenaan kereta diinternet adalah perlu sebelum membuat keputusan melawat kedai menjual kereta. Antara maklumat yang dicari diinternet perihal kenderaan adalah jenis kenderaan, harga, spesifikasi dan juga maklum balas (feedback) orang ramai terhadap kereta tersebut. Setelah kereta yang dikehendakki ditemui, maka harga kereta akan dijadikan sandaran untuk melihat kemampuan untuk membeli kereta tersebut dengan membuat kira kira anggaran Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan yang bakal dikenakan. Adakah anda tahu akan cara pengiraan Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan anda? Mudah sahaja. Baca dibawah.
Pengiraan Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan
Sebelum anda mengetahui akan berapakah “Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan” anda. Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum membuat kira kira bayaran bulanan pinjaman kereta anda. Antaranya adalah perlu mengetahui jumlah pinjaman kenderaan anda dahulu dan kemudian berapa “interest” tahunan yang dikenakan. Kiraan Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan sebenarnya adalah sangat mudah. Tetapi disebabkan tidak pernah cuba untuk membuat kira kira sendiri, maka kita berasa sukar. Jom kita belajar cara kira Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan melalui contoh dibawah ini.
Contoh Pengiraan Monthly Installment Kenderaan Anda:
1. Anda beli kereta Viva berharga RM33,000
2. Anda berikan downpayment RM3,000
3. Jumlah pinjaman bank adalah RM33,000 – RM3,000 = RM30,000
4. Katalah “interest” tahunan yang dikenakan adalah 4%/year
5. Katalah anda mahu bayar pinjaman “installment” anda selama 9 tahun
6. Jumlah “interest” setahun Untuk 9 tahun = RM30K x 4% x 9 years = RM10,800
7. Jumlah hutang = Pinjaman Bank + Jumlah “Interest 9 tahun” = RM30K +RM10,800 = RM40,800
8. Jumlah bulanan “bulan” untuk 9 tahun = 9 years x 12 bulan = 108 bulan
9. BAYARAN BULANAN “car installment” = Jumlah Hutang/Jumlah Bulan = RM40,800/108 = RM378 sebulan
Mudah sahaja bukan. Harap anda faham dan dapat mengikuti tentang cara pengiraan Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan ini. Tidaklah sesukar mana. Kepada golongan muda atau mahasiswa yang baru lepasan universiti. Nasihat saya sebagai orang yang pernah melalui zaman belajar dan seterusnya bekerja. Saya menggalakkan anda untuk menyimpan wang dan membeli rumah dahulu dan kemudian barulah anda beli kereta. Dizaman harga semakin meningkat, kos sara hidup tinggi dan ketatnya pinjaman yang bakal diluluskan, maka adalah lebih baik buat keputusan bijak. Hanya saranan saya sahaja. Hak masing masing. Apa apa pun selamat membuat kira kira tentang Bayaran Bulanan Pinjaman Kenderaan anda. Sekian.
17 Comments
tak ramai yang nak ambil tahu ni. diorang tahu bayar aje. hehe
ni untuk yang nak buat kira kira sendiri sebelum membeli kereta yang mereka minat
betul, tak susah nak kira. kalau nak terus kira =30,000x(1+0.04×9)/(9×12) pun boleh.
wow, ni kira macam ringkasan nih, heheh, terbaiklah denaihati
Kenapa kat mudah.my, Harga installment di calculator mudah lain dari yg dikira oleh penjual?
hmm
kalau boleh jangan guna, saya dah guna memang x tepat, ikut ja cara saya buat kiraan ya
Hati-hati dengan Mudah.my…banyak penipuan. kalau ada cari kedai yang alamatnya terus ada link di situ. Rujuk dengan google. Dan tengok sendiri kedai dan kereta yang dipamer. Jangan berurusan dengan agent. Contoh…used car dah ambil lebih dari kita…agent akan ambil lagi. Biasa agent Melayu lagi tamak. Saya dah terkena sekali. Survey harga di banyak tempat dulu… Saya cadangkan beli kereta di kawasan yang banyak saingan. Jangan kawasan kampung & terpencil…
Betul tu? Hmm ..tapi duit fix sangat nk beli kereta pun payah…nk bayar kereta boleh tp duit ngam2 je…hmmm
kalau mcm tu bro kena cari yang second hand, kena pandai cari dapat juga kereta sedan yang ok
Untuk yang nak cari kereta 2nd hand tanpa deposit boleh layari http://www.mcar.tk Terima Kasih
terima kasih, perkongsian yang bagus
Kalau insuran kete tu mcm maner bayaran dia ye? Masa beli kete tu ade kene keluar duit utk insuran skali tak? -baru nak belaja- 🙂
masa beli kereta memang kena keluarkan duit insurans kerana kereta x boleh dibenarkan berada di atas jalan raya kalau tiada insurans dan juga cukai jalan..
Biasa duit insurans pihak yang menguruskan akan minta kita d/payment. Masuk dalam tu sekali (on d road). Tanya betul2 berapa harga dah on d road ke belum bila disebut tentang harga kereta. Biasa on d road belum dimasukkan sekali. Bila dah buat perjanjian dan sain document…ada tertulis dalam insurans cover note tu nanti (nilai insurans kereta setahun). Pihak bank akan hantar.
Saya telah memulakan perniagaan kereta terpakai dan tgh mencari loan kalkulator di google play. Loan calculator yg saya download menunjukkan kiraan berlainan jika dibandingkan dengan contoh di atas. Utk pengetahuan saudara loan kalkulator in buat di UK.
saya pun berpengalaman menggunakan loan kalkulator yang pelbagai. Dan MEMANG ada yang memberikan jawapan lain dari apa yang kita mahukan. Nasihat saya, cari yang dari Malaysia punya. Kalau berkesempatan nanti saya juga akan mencarinya dan kalau jumpa, insyaallah akan saya kongsikan di blog ini.. 🙂