Isu yang panas di Malaysia selalunya adalah berkaitan dengan harga minyak gas petrol yang dijual di pam stesen minyak. Ianya selalunya dikaitkan dengan harga semasa yang dijual di negara negara pengeluar minyak. Sehinggakan apabila perbandingan dibuat, ianya menampakkan yang harga minyak petrol Malaysia adalah lebih tinggi dan mahal berbanding negara pengeluar minyak yang lain. Kayu ukur yang digunakan untuk mengukur adalah “NEGARA PENGELUAR MINYAK”. Soalannya di sini, sebenarnya apakah cara kiraan harga petrol yang sebenar yang di guna pakai oleh Malaysia. Ramai yang hendak tahu.
Tetapi sebelum itu, izinkan saya memberikan sedikit penjelasan kepada umum. Harga gas, diesel dan petrol samada ianya murah atau tidak bukanlah kerana ianya dijual murah. Tetapi adalah kerana ianya telah diberikan sebegitu banyak subsidi. Lagi banyak subsidi maka lagi murahlah harga petrol. Ini adalah umum. Secara umumnya kiraan harga petrol adalah seperti dibawah ini iaitu;
Harga Petrol = Harga Minyak Telah Proses + Kos Industri (Syarikat Minyak) + Komisen Stesen Minyak
Kiraan Harga Petrol Yang Betul
Pengetahuan tambahan lagi buat anda adalah. Malaysia memang sebuah negara pengeluar minyak. Akan tetapi sejak beberapa tahun akhir ini. Kita boleh katakan Malaysia bukanlah lagi sebuah negara pengeluar minyak yang utama. Ini kerana jumlah pengeluaran yang dijual di luar negara dengan jumlah pembelian untuk dipakai dalam negara adalah lebih kurang sama sahaja. Lihat gambar di atas. Pengeluaran dan permintaan adalah lebih kurang sama. Tiada lebihan pun.
Harga petrol di Malaysia dikira mengikut formula yang dikenali sebagai Automatic Pricing Mechanism atau APM.
Harga rujukan bagi kiraan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS). Ini merupakan harga minyak yang sudah diproses. (Makulumat lanjut tentang MOPS boleh di-Google).
Harga MOPS dicampur pula dengan beberapa kos lain:
Note# 1 – Barrel (bbl) = 158.9873 liters
Note# 2 – Harga Mean of Platts Singapore (MOPS) adalah mahal sedikit dari NYMEX. Ini kerana harga yang kita lihat pada NYMEX adalah harga bagi Crude Oil (minyak mentah) sedangkan harga bagi Mean of Platts Singapore (MOPS) adalah harga rujukan bagi Refined Oil (minyak yang telah siap diproses). Harap anda dapat bezakan antara dua harga ini.
– Kos operasi (9.58 sen/liter)
– Margin syarikat minyak (5 sen/liter)
– Margin dealer stesen minyak (12.19 sen/liter)
– ‘Alpha’ yakni perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar (5 sen/liter)
Jadi Kiraan Sebenar Kiraan Harga Petrol:
MOPS + Kos Operasi + Alpha + Keuntungan Syarikat + Keuntungan Stesen Minyak = Harga Sebenar Petrol
MOPS + 9.58 sen + 5 sen + 12.19 sen + 5 sen = harga pasaran sebenar petrol di Malaysia
Purata harga MOPS untuk RON95 dari 1 hingga 19 November adalah 195.15 sen. Campur dengan kos lain diatas = 226.88 sen atau kurang lebih RM2.27.
Kiraan harga petrol di atas diambil maklumat dari “sumber internet”. Maaf jika ada yang tersilap. Saya tidak dapat mencari rujukan bagi melihat sendiri akan data data dari Mean of Platts Singapore (MOPS) yang menunjukkan harga semasa minyak telah proses iaitu Refined Oil bagi petrol RON95. Jika anda (pembaca) ada maklumat (link rujukan) bolehlah diberikan kepada saya untuk saya update artikel ini dengan data yang lebih tepat lagi.
2 Comments
ohh..cam gitu rupanya ye..
gitulah caranya, hehe