Salam Sejahtera. Terima kasih kerana masih mengikuti tips asas pelaburan saham. Saya harap anda sentiasa mendapat pencerahan supaya membuka minda yang pelaburan saham boleh melipatgandakan simpanan anda. Yang penting perkara WAJIB anda perlu lakukan ialah mesti membuat simpanan secara berdisiplin setiap bulan. Tanpa simpanan bagaimana anda boleh nak melabur? Janganlah buat pinjaman pula untuk membuat pelaburan saham ya.. Mulakan disipilin untuk menyimpan terlebih dahulu dan baru anda boleh buat pelaburan saham ni.
Pelaburan Saham Bursa Malaysia
Ok saya nak kongsikan sedikit apakah kelebihan bila anda mula melabur dalam pelaburan saham di kaunter-kaunter saham Bursa Malaysia.
1. Untung dari kenaikan harga saham – Ini adalah kelebihan utama dalam pelaburan saham. Katalah anda beli saham RM1.00 seunit dan selepas itu saham tersebut naik kepada RM1.30, maka anda telah untung 30 sen atau 30%. Bagaimana nak tahu saham tu naik atau tidak anda kena belajar dahulu ilmu analisis saham. Panjang kalau nak cerita.
2. Anda layak dapat dividen – Dividen akan diberi bila syarikat tersebut mendapat keuntungan. Tapi ia berbeza dengan dividen biasa seperti ASB yang anda perlu tunggu sehingga setahun baru layak terima dividen. Untuk dividen saham anda hanya perlu beli saham tu sebelum ex-datenya dan anda akan layak terus menerima dividen.
Cara pembayaran dividen berlainan untuk setiap syarikat kerana mereka mempunyai polisi yang berbeza. Contohnya syarikat DIGI, mereka membayar dividen sehingga 4 kali setahun. Lumayankan!
3. Anda Boleh Jual Bila-Bila Masa – Pelaburan saham berbeza dengan pelaburan lain contohnya seperti hartanah yang ambil masa untuk ‘dicairkan’. Untuk jual sebuah rumah ia mungkin ambil masa dan anda tidak boleh hendak jual sebahagian dari rumah tersebut. Contohnya mahu jual 1 bilik sahaja dari rumah tu memang tak boleh.
Tetapi berbeza dengan pelaburan saham, anda boleh jual bila-bila masa semasa trading hour iaitu dari 9 pagi-12.30 tengahhari dan dari 2.30 petang hingga 5 petang. Anda juga boleh jual hanya sebahagian sahaja saham yang anda miliki.
Katalah anda anda 1000 unit, anda boleh jual sebahagian dari saham yang anda miliki. Katalah anda hanya nak jual 300 unit. Maka anda masih ada pegangan 700 unit saham tersebut. Mudahkan!
4. Anda adalah pemilik syarikat – Bila anda beli walaupun anda hanya beli minimum iaitu 100 unit maka anda adalah salah seorang dari pemilik perniagaan tersebut. Anda akan dijemput menghadiri menyuarat EGM (Extraordinary General Meeting)
Ok lah saya berharap anda dapat penjelasan apakah kelebihan melabur dalam saham ni. Cuma saya nasihatkan anda melabur untuk dapatkan ILMU pelaburan ni, kalau tak nanti anda akan ‘MELEBUR’ dalam pelaburan jika melabur tanpa ilmu.
15 Comments
dari dulu gua rasa nak main saham , tapi takut lah risikonya
semua org macam tu bro, tp apa kata kita dapatkan ilmunya dahulu
alhamdulillah. sy dah mula try beli 100 unit. hehe
wow, terbaiklah bro, nanti kongsi cerita ok
Dah ada akaun cds…cuma belum beli lagi
xpa pelan pelan kayuh bro
Salam en.najib..sy berminat nk belajar saham..sy nk ty,ebook n dvd en. Jual tu ad ajar x or ad selit x info untuk saham yg mematuhi syariah?or jz info as genaral ttg saham di malaysia?
saya dah tanya kepada En Najib dan beliau katakan yang produk saham beliau adalah patuh syariah
Assalamualaikum, saya baru berumur 19 tahun dan sangat berminat dengan saham. Saya ni student yang mempelajari pengurusan bisnes, sedikit sebanyak saya didedahkan dengan investment, finance. Saya ingin meminta bantuan abang abang atau kakak untuk dekatkan saya pada pengurusan saham. Bantuan?
pasal saham adik boleh dapatkan ebook yang murah sikit, mahu x
Bagaimana nak join seminar asas pelaburan saham..??
Kepada fahmi, Najib Assadok belum lagi menganjurkan seminar saham. Kalau berminat boleh dapatkan dvd ini. Dan kalau bebetul nak join seminar, kena cari orang yang memang buat seminar ni di internet… 🙂
salam saya baru dlm saham, nak buka cds kat maybank minimum rm10 lg ke? dan bagaimana saya nak beli saham per unit tu? masih agak blur d sini… mohon bantuan dr tuan… @email saya di alvarez.co.net@gmail.com
Salam..boleh sy tya skit..sy dpt faham yg lain dlm saham kcuali 1,masa kita jual saham masa naik..100% akan ada buyer or kne hold sampai ada buyer..?dan kalau kita hold saham kita adakah duit acc kita akan ditolak..?dan yg akhir skali,selama mana kita boleh hold saham kita?sekian..harap boleh bg pencerahan lebih lanjut ke email saya..