Anda orang Pahang? kalau ya, mesti anda pernah mendengar tentang Sambal Hitam Pahang? Kalau anda bukan orang Pahang ataupun tak pernah dengar tentang Sambal Bilis Hitam Pahang ini tak mengapa sebab tak kenal maka tak cinta kan? Sambal ini agak istimewa sebab ianya tidak terdapat di negeri lain ataupun pendek kata asli dari negeri Darul Makmur itu.
Penyediaan sambal ini tersangatlah mudah malah bahan-bahannya juga tak banyak. Sambal ini juga sebenarnya lebih kurang dengan sambal tumis biasa tapi yang membezakannya dan membuatkan ianya istimewa ialah bahan utamanya iaitu asam belimbing buluh. Tanpa bahan utama ini, masakan ini tak dapat di sediakan. Sebelum saya terangkan tentang bahan-bahan dan cara penyediaannya saya nak kongsi cara penyediaan asam belimbing buluh terlebih dahulu.
Resepi Penyediaan Sambal Hitam Pahang
Bahan-bahan:
- Belimbing buluh (ikut banyak mana yang anda mahu)
- Garam (agak-agak sahaja)
Cara-cara:
- Cuci buah belimbing buluh sebersihnya
- Masukkan ke dalam kuali (jangan gunakan kuali yang baru atau cantik kalau anda tak mahu ia nya rosak sebab buah belimbing mengandungi asid yang boleh menghakis kuali anda. Seeloknya guna kuali yang sudah buruk atau lama)
- Tak perlu isi air sebab buah belimbing itu akan keluarkan airnya sendiri
- Masukkan garam (terpulang pada anda)
- Masak sehingga buah belimbing tadi betul-betul kering atau kecut dan bertukar menjadi warna kehitaman (bukan hangus)
*Asam ini bolehlah di simpan di dalam bekas dan boleh di gunakan untuk tempoh yang sangat lama.
Berikut pula cara-cara penyediaan Sambal Hitam Pahang.
Bahan-bahan:
- 10biji cili padi (kalau suka pedas,boleh tambah lagi)
- Segenggam ikan bilis
- Beberapa ulas bawang besar
- Sesudu Asam belimbing buluh(bahan utama dan wajib ada)
- Minyak
- Garam secukup rasa
- sedikit kunyit (tak isi pun tak mengapa)
Cara-cara penyediaan:
1) Basuh dahulu semua bahan sebersihnya
2) Rendam ikan bilis dalam air seketika (3-5minit)
3) Tumbuk cili padi,bawang besar dan ikan bilis hingga separa lumat
4) Kemudian masukkan asam belimbing dan tumbuk lagi hingga bahan-bahan tersebut sebati
5) Panaskan minyak dan masukkan sedikit kunyit.
6) Masukkan bahan yang di tumbuk tadi ke dalam kuali
7) Tumis hingga garing
8) Masukkan garam secukup rasa
9) Selesai
Mudah kan cara penyediaannya? Tiada sukatan khusus untuk menyediakan hidangan ini sebab setiap orang berbeza citarasa. Bagi yang suka pedas, anda boleh tambah lagi kuantiti cili begitu juga sebaliknya. Kuantiti mungkin berbeza mengikut saiz hidangan. Sambal Hitam Pahang ini sesuai untuk di jamu bersama nasi putih, roti mahupun di makan bersama lempeng. Kalau musim perayaan, anda boleh makan bersama nasi impit, ketupat ataupun lemang. Pendek kata semua boleh lah.
Kelebihan Sambal Hitam Pahang:
- Tahan lama (boleh di simpan untuk beberapa hari)
P/s: Selamat mencuba ya!
12 Comments
rasanya da jual kat mana-mana ke bro, nampak memang best…
ada yang jual secara online bro Denaihati
Baru pertama kali melihat resep sambal hitam pahang ini. Karena di halaman rumah ibu saya banyak tumbuh buah asam ini, nanti mau mencoba membuatnya. Terima kasih atas idenya…
wahh, bagus, saya tunggu gambarnya ya.. 🙂
wah..tq utk resepi ni..sambal hitam mmg best..first time dengar mcm tak best je..bila rasa…terangkat !!
apa yang terangkat tu bro
ok..terus rasa lapar…hehehe
senang dan simple rupanya…terima kasih chef juan =)
terima kasih kepada penulis blog saya, bukan saya, hehe
Pernah makan. Rasa dia lain macam sikit.
saya pun x pernah, so x tau apa rasa dia bro… 🙂
Nampak special. Tentu rasanya sedap sampai bertambah nasi.
nyum nyum nyum