Pernah tidak anda betul betul mahu melihat website tersebut tetapi malangnya website tersebut sudah tidak aktif atau offline. Mungkin ada sesuatu benda yang anda benar benar mahukan seperti maklumat tuan empunya blog, no phone, alamat email, Facebook dan lain lain lagi. Adakah ada jalan atau cara untuk membuka website offline sebegini. YA ada. Dan saya sendiri selalu juga menggunakan teknik dan kaedah sebegini untuk melihat dan membaca website atau blog yang sudah tidak aktif lagi.
Untuk pengetahuan anda, seperti yang anda semua tahu. Blog kita memang senantiasa di index untuk memaparkan artikel yang terkini dari blog kita. Mungkin anda pernah mendengar nama seperti Google Crawler. Benda inilah yang akan masuk website kita dan menilai perubahan dan status post terkini kita. Jika ada, ianya akan di paparkan di engin carian seperti Google. Dan rupa rupanya, engin carian ada menyimpan maklumat tentang website kita secara temporary. Jadi inilah cara kita membuka website offline. Anda dapat “idea”?.
Cara Melihat Dan Membuka Website Offline Secara Online
Website anda sebenarnya ada di rakam dan disimpan di sesuatu tempat. Ianya seolah olah sebagai BACKUP. Walaupun website anda tidak dapat diakses kerana masalah domain expired dan tidak renew hosting. Sudah tentu pelawat blog anda tidak dapat masuk ke blog anda kerana ianya offline. Ianya bukanlah suatu masalah pun bagi saya. Mungkin ada yang memang mahu tutup terus akaun website mereka. Namun ada kalanya terjadi, kita perlukan maklumat dari website kita atau orang lain dan dengan teknik membuka website offline yang akan saya tunjukkan ini sebentar lagi.
Saya sebenarnya pernah menghadapi suatu masalah iaitu meminati satu laman blog ini. Setelah sekian lama tidak singgah dan membaca. Saya teringat dan terus membuka laman blog ini. Malangnya blog ini sudah tidak online lagi. Jadi saya mencari cara di internet tentang cara membuka website offline dan saya jumpa akan caranya. Rupanya mudah sahaja. Walaupun kita boleh melihat dan membaca blog offline, tetapi hanya sebahagian data sahaja yang dipaparkan. Bagi saya ianya sudah cukup sebab kita hanya mahu maklumat yang kita kehendakki sahaja.
Jom kita buat uji kaji. Salah satu blog yang saya jumpa dalam keadaan “offline” adalah laman “http://www.bakulrotan.com/”. Anda tidak percaya, anda cuba copy paste laman ini. Dan gambar diatas adalah gambar sebenar laman bakul rotan yang sudah tidak aktif lagi. Keadaannya sebegitu. Anda tidak dapat melihat maklumat yang ada.
Apa yang saya harus buat untuk membuka website offline bakul rotan ini? Yang perlu saya buat adalah dengan melawat laman web – [ http://archive.org/web/ ] dan copy paste address penuh laman address bakul rotan yang sudah tidak aktif. Dan kemudian tekan “browse history”. Lihat gambar diatas ini. Inilah paparan laman web bakul rotan sebelum ianya offline. Ada kini sudah boleh membuka website offline dan membaca kandungannya. Mudah bukan?
Sebelum saya terlupa, semasa anda “browse history”. Anda akan berada pada halaman seperti kalender. Pada kalender tersebut ada nombor tarikh yang telah di bulatkan dengan warna biru. Itulah dia tarikh sebenar ianya telah di “backup” kan dan di simpan secara online. Anda klik tarikh tersebut barulah anda berjaya berjaya membuka website offline. Saya harap anda faham akan apa yang saya cuba sampaikan dan anda tidak lagi pening untuk mencari maklumat pada laman web yang sudah tidak aktif lagi. Selamat merncuba.
6 Comments
wah! terernya bro dalam bab ini..boleh jadi hacker
Agak-agak blog pertama kawe 15 tahun lepas ada lagi tak dalam arkib? 😀
Hmmnnn.. namanya pun kawe dah tak ingat pun.
Info yang sesangat berguna nih.. mana lah tau tetiba jerk terjadi sesuatu suatu hari nanti kan….
alamak website bakul rotan dah offline ye…
ada buat hyperlink kat sana ..
kena tukar link ni
yep bro, memang dah offline
okeh.
dapat satu ilmu baru hari ini. hoho..