Adakah anda seorang blogger yang mempunyai beberapa buah blog?. Dan pada sampai suatu masa ada diantara blog tersebut tidak lagi anda dapat untuk terus mengupdate dengan artikel terbaru. Senang cerita ada antara blog yang mula terabai. Dan ada antara blog terabai itu telah pun mempunyai bilangan artikel yang banyak. Hendak dibuang blog tersebut rasa sayang, hendak Memindahkan Artikel pula terasa beban untuk membuat satu persatu. Tahukah anda, yang anda sebenarnya tidak perlu untuk menyalin artikel lama masuk ke blog baru. Yang perlu anda buat adalah memindahkannya. Bagaimana?
Untuk pengetahuan anda, didalam sistem admin dashboard WordPress terdapat tools yang dipanggil “Import” dan “Export“. Tidak ramai yang tahu akan fungsi ini malah tidak keterlaluan kalau saya katakan ada yang tidak tahu akan kewujudannya. Penggunaan Import dan Export ini adalah untuk Memindahkan Artikel, post, gambar, tag, categories dan lain lain dari satu WordPress ke website WordPress yang lain. Saya sendiri telah mencubanya dan memang berjaya. Ianya memudahkan kerja. Tidak perlu untuk menyalin (copy) satu persatu.
Cara Memindahkan Artikel di Antara WordPress
Blog Lama – Untuk blog WordPress lama yang tidak mahu digunakan ini. Anda perlu meng “Export” artikel anda keluar. Caranya adalah dengan melawat Tools>Export. Dan kemudian tekan “Download Export File”. Fail yang di-export akan diberikan didalam format “XML File”. Nasihat saya, anda sebaiknya Memindahkan Artikel dengan semua sekali iaitu “All Content”. Tapi sebelum itu ada baiknya anda delete semua dahulu yang tidak berkenaan seperti tag, categories, menus, page dan sebagainya. Ini kerana kita tidak mahu tag, menus, categories dari blog lama ini bercampur dengan blog baru yang anda ingin anda pindahkan ini. Walaupun begitu terpulang kepada anda.
Blog Baru – Dan selepas itu anda perlu pergi kepada blog baru untuk meng-Import file XML tadi kedalam blog WordPress baru anda. Caranya adalah dengan pergi kepada Tools>Import. Pada halaman Import pula sila pilih WordPress. Jika anda belum meng-Install “WordPress Importer”, sila install dahulu dan pasang pada blog anda. Selepas itu kembali semula kepads Tools>Import dan memilih WordPress semula. Anda akan lihat bahagian dimana anda boleh melakukan “Upload”. Sila upload file XML yang di export dari blog lama. Lihat gambar dibawah.
Lakukan upload file dengan “Choose File” dan kemudian tekan “upload file and import”. Tunggu hingga selesai. Selepas selepas, tahukah anda segala yang ada di-export diblog lama kini telah pun berada di blog baru anda. Nasihat tambahan dari saya, sebelum export artikel lama kepada file XML, ada baiknya artikel lama anda itu semuanya di “Save as Draft”. Jika tidak, artikel lama yang di-Import ke dalam blog baru akan secara automatik publish kesemuanya. Jika anda save as draft, maka artikel lama di blog baru akan menjadi “save as draft” juga. Anda boleh edit dahulu, setting apa yang patut dan barulah “publish” artikel lama tersebut. Ini lebih baik. Walaupun begitu ini hanya cadangan saya sahaja bagi memudahkan proses Memindahkan Artikel.
Kepada anda (pembaca) yang masih tidak faham boleh menurunkan komen anda di ruangan komen dibawah. Proses Memindahkan Artikel dari WordPress kepada WordPress yang lain mungkin nampak susah. Tapi percayalah, jika anda sudah lakukannya sekali, anda pasti akan merasakan yang ianya sangat mudah. Saya sendiri sudah melakukannya sebanyak 2 kali. Saya harap artikel tentang Memindahkan Artikel antara WordPress ini bermanfaat untuk anda. Sekian.
11 Comments
Nie cara wordpress free tu or self hosting ?
Kalau yg wp free tu boleh ke
Blogspot ke wp boleh ke ?
ni cara self hosting. Untuk WP free dan Blogspot saya x pasti bro, x pernah buat. Tapi kalau tgk kat tools import ada ja setting untuk uplaod dari blgspot
saya dah try.. menjadi… cuma gambar je problem 🙁
saya rasa gambar ok ja, cumanya masa kamu export tu kamu x sekalikan image ker
Saya punya blog syadanis.blogspot boleh ke pindah ke wordpress?rasa nak berdomain dan berhosting pula.
boleh, no problem
terima kasih.. perkongsian yang sangat bermnfaat..sy try follow dari tempah website smpilah pindahkan semua artikel dari blog lama ke blog baru.. best sgt boleh buat sendiri. t. kasih..