Sebelum ini saya ada berkongsikan dengan anda akan artikel berkenaan tips temuduga interview kerja. Dan kali ini izinkan saya berkongsi dengan anda tentang cara cara menulis resume dengan ringkas dan padat pula. Izinkan saya sekali lagi dalam artikel ini untuk bersama sama berkongsi perkara ketika belajar, zaman mencari kerja dan selepas kerja. Ada beberapa keadaan yang bagi saya ianya mungkin berguna buat anda. Malah di akhir perkongsian cara menulis resume kerja ini nanti akan saya berikan secara percuma template resume kerja saya. Anda mahu?
Ketika zaman akhir di universiti iaitu semestar akhir. Tidak kira samada pada tahap diploma atau ijazah. Saya pasti anda akan perasan beberapa rakan anda yang mula agak sibuk untuk mencari kerja secepatnya. Ada di antara mereka yang mahu terus dapat kerja selepas tamat pendididikan tinggi. Mereka akan mencari cara menulis resume di internet dan cuba menirunya dan menyiapkan resume kerja mereka sehingga berpuas hati. Ketika ini, nasihat saya anda pun harus ambil berat tentang isu ini. Siapkan resume anda sekali.
Ringkasan Bagaimana Cara Menulis Resume Ringkas Dan Padat
Jika anda buat endah tidak endah, anda mungkin akan tamat pendidikan tinggi dan tiada lagi rakan yang boleh menjadi rujukan buat anda. Ketika ini anda terpinga pinga. Baru hendak dan rajin telefon rakan sana sini dan bertanya tentang contoh resume dan anda sendiri tidak yakin samada resume yang anda tulis itu betul atau tidak dengan skema standard yang diperlukan. Anda bimbang dan nervous. Semua ini berlaku kerana anda tidak bersiap sedia dari awal dan mungkin anda salah seorang yang terlalu santai.
Saya akan berikan beberapa panduan tentang cara menulis resume yang betul, ringkas tetapi padat. Apakah terdapat SKEMA yang perlu anda ikuti untuk menghasilkan resume anda? Mengikut pengalaman saya kerja dalam sektor swasta seperti perkilangan, tiada skema tertentu. Asalkan lengkap dan mudah difahami. Itu sahaja. Apa perlu ada dalam resume?
Gambar – Pastikan anda letakkan gambar anda terkini paling atas di resume anda
Maklumat Peribadi – Isikan maklumat anda seperti nama, tempat tinggal, umur, no ic, no telefon, agama, status perkahwinan dan sebagainya
Latar Belakang Pendidikan – Masukkan maklumat pendidikan sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi termasuk bidang yang anda ambil. Kebiasaannya anda letakkan maklumat pendidikan paling tinggi sudah memadai termasuk gred/result yang anda dapat
Pengalaman Bekerja – Kalau pernah bekerja, masukkan maklumat pengalaman kerja anda termasuk tentang bentuk dan skop kerja anda
Jumlah Gaji Di Pohon – Kalau tidak pernah bekerja, isikan gaji yang dipohon sesuai dengan kadar semasa kecuali anda mempunyai pengalaman kerja yang setaraf maka anda layak memohon gaji lebih dari biasa
Kemahiran/Kebolehan – Anda boleh isikan kebolehan anda seperti menaip komputer atau sebagainya. Yang lebih relevan dengan kerja anda adalah lebih bagus
Aktiviti/Persatuan – Isikan pengalaman dan aktiviti yang pernah anda terlibat. Tidak begitu penting, tetapi kadang kala ada sesetengah pekerjaan memerlukan seseorang yang aktif untuk bentuk kerja yang sedemikian
Rujukan – Rujukan adalah penting untuk memberikan kepercayaan kepada majikan untuk setuju dan berpuas hati dengan resume diri anda. Kalau mereka kurang berpuas hati, maka mereka akan membuat selidik latar belakang diri anda melalui rujukan tersebut seperti majikan lama, pensyarah, rakan atau sebagainya
Di atas ini adalah isi isi yang perlu anda masukkan sekiranya anda berhajat mahu menulis resume pekerjaan anda sendiri. Tetapi kalau hendak mudah, saya berikan sahaja contoh resume kerja milik saya sendiri melalui link di bawah ini. Anda muat turun dan edit sahaja. Di bawah ini juga saya berikan beberapa penawaran mengikut apa yang anda mahukan. Terpulang kepada anda. Apa apa pun saya berharap yang perkongsian cara menulis resume yang ringkas dan padat ini dari saya memberikan input berguna buat anda. Selamat bekerja.
1 Comment
Terima kasih atas panduan ini.
Memang menjdi rujukan untuk sy