Kepada pembaca sebenarnya ada cara paling mudah untuk anda check samada keyword tersebut berbayar ataupun tidak. Saya rasa semua orang perasan akan benda ni tetapi TIDAK SEDAR akan itulah dia petunjuk yang menunjukan keyword itu adalah “paying keyword”. Pada kali ini saya akan kongsikan tips mudah tentang keyword adsense berbayar ini. Anda tidak perlu gunakan apa apa software dan tidak perlu juga menggunakan Google keyword planner untuk kaedah ini.
Perlu di-ingat yang tips adsense yang akan saya tunjukkan ini bukan menceritakan tentang bagaimana untuk mencari keyword adsense berbayar yang mahal atau murah. Kita tidak akan membincangkan topik tersebut. Kita membincangkan topik keyword yang perlu anda pilih iaitu keyword adsense berbayar yang mana berguna kepada anda jika anda sedang buat duit dengan Google Adsense melalui blog anda.
Cara Mudah Ketahui Mana Keyword Adsense Berbayar
Saya pasti, sebagai blogger melayu dan menulis artikel dalam bahasa melayu. Ada sesetengah blogger perasan yang iklan adsense tidak muncul pada sesetengah halaman artikel mereka. Mereka bertanya apakah masalah yang terjadi dan bagaimana untuk menyelesaikannya. Untuk kes tersebut ada banyak sebab yang mungkin terjadi tetapi kekurangan dalam mengambil tahu akan keyword adsense berbayar adalah puncanya.
Anda sendiri pun tahu iklan Google adalah iklan jenis pintar. Ianya akan memaparkan iklan yang “relevan” atau berkaitan dengan apa yang anda tuliskan. Kalau tidak, ianya akan memaparkan iklan yang tiada kena mengena atau tidak terpapar sama sekali. Jadi untuk mengurangkan masalah kes seperti iklan tidak terpapar, apa kata anda ambil tahu bagaimana untuk melihat samada keyword yang anda gunakan itu keyword berbayar ataupun tidak.
Anda kenal engin carian Google bukan? Anda buka Google Malaysia. Dan anda taipkan apa apa keyword di Google. Jika pada bahagian atas atau kanan pada halaman keputusan Google ada menunjukkan iklan dari advertiser, maka keyword yang anda taipkan itu adalah keyword adsense berbayar. Jika tiada iklan yang keluar atau sedikit iklan terpapar, maka keyword tersebut adalah keyword percuma atau sangat murah harganya kerana tiada persaingan. Bagaimana? Anda faham apa yang saya cuba sampaikan. Inilah dia kaedah mencari keyword adsense berbayar yang paling mudah setakat ini. Selamat mencuba.
6 Comments
Huhu..faham cikgu..terima kasih kongsikan..blog saya memang tak pernah nak keluar iklan adsense..rasanya sebab keyword ni juga..ilmu masih kurang lagi bab ni..haiya…
kena banyakkan keyword berbayar baru keluar
Keyword mek ila kadang kadang keluar. Kadang-kadang tidak. Memang kena improve lagi ni.
Thanks atas perkongsian.
sama sama puan
Terima kasih admin.
dah sebelas bulan entri ni, baru ari ni jumpa…tingk!! baru terkeluar mentol di kepala, terima kasih atas tips yg sgt berguna ni.