Rakyat Malaysia memang obesiti. Maksud obesiti yang saya katakan bukanlah bermaksud gemuk akan tetapi ianya lebih tepat jika saya katakan obesiti bagi rakyat Malaysia adalah terlebih berat dari yang sepatutnya. Rasanya ianya bukan suatu yang biasa dilihat seseorang itu “terlalu gemuk” di Malaysia ini berbanding di negara barat. Orang Malaysia hanya terlebih berat badan atau overweight di dalam istilah english. Dan fenomena ini saya rasa adalah perkara biasa kerana faktor corak pemakanan rakyat Malaysia itu sendiri.
Apakah corak pemakanan rakyat Malaysia? Bagi saya selaku orang Malaysia, makanan kita lebih kepada konsep Lemak, Berminyak, Manis dan Masin. Lepas itu pula kaedah masakkan berunsur sayuran yang berkhasiat dan enak kurang di dapati dan di tambah lagi dengan tabiat pemakanan buah buahan yang tidak dijadian habit amalan di dalam pemakanan. Itulah hidangan corak pemakanan rakyat Malaysia. Hasil dari itu, penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Serangan Jantung bukan suatu perkara luar biasa yang dihidapi dan didengari. Setuju?
Kaitan Bakar Lemak Dan Kalori
Ramai yang tercari cari cara tentang kaedah untuk bakar lemak dibadan dengan cepat. Sebenarnya tiada jalan pintas untuk turun dengan cepat. Saya sarankan anda baca tulisan saya mengenai Kaitan Kalori Dengan Berat Badan. Ada banyak faktor kenapa berat bertambah seiring dengan jenis pemakanan yang anda ambil. Salah satu punca adalah pengambilan kalori. Buat apa makan berkurang, buat senaman berat sepanjang hari tetapi salah satu faktor penting iaitu “kalori” dan kaitannya dengan berat badan anda gagal fahami. Akhirnya berat badan kembali semula setelah anda “give-up”.
Antara tips bakar lemak yang anda boleh amalkan adalah
- Minum air teh hijau (anti oksida baik)
- Selalu minum dan makan OAT (kurangkan kolestrol)
- Bersenam / Jogging (beli kasut baru, beli jam tangan bakar kalori untuk bagi semangat)
- Makan macam biasa tetapi kurangkan jumlah pengambilan (contoh – makan separuh nasi)
- Elakkan makan malam iaitu jam 9 ke atas
- Kalau rajin pergi gym (bakar lemak)
- Timbang berat badan sebulan sekali (bagi semangat)
- Makan nasi kurang kanji beras herbaponi keluaran Faiza (baik untuk kencing manis)
Nasihat saya. Anda sebenarnya anda sebenarnya boleh sahaja kekalkan gaya hidup seperti biasa. Cuma biasakan diri dengan kerja tambahan, tambah aktiviti sihat, kurangkan sikit dengan sedikit pengambilan nasi. Dan pelbagai lagi. Bagi yang mempunyai azam tinggi, boleh terus cuba teknikĀ bakar lemak yang lebih berat. Bagi yang kurang atau kuat dalam azam kurangkan berat badan, boleh buat slow slow. Namun ianya berbalik kepada diri sendiri. Mahu atau tidak mahu. Itu sahaja. Kalau rajin, beli ebook bakar lemak pantas dengan klik pada banner di bawah ini. Sekian.