Kalau anda perasan. Pada satu satu masa, tetiba akan terjadi serangan malware pada blog. Samada ianya pada blog anda ataupun pada blog orang lain. Kenapa serangan malware ini terjadi? Pertanyaan saya adalah berkenaan malware yang menjangkiti website blog anda dan bukannya yang menjangkiti komputer anda. Harap dapat beza. Saya rasa anda pun tahu jikalau sesebuah blog terkena malware, anda tidak akan dapat membuka blog anda kerana terdapat AMARAN yang blog anda terkena malware jika anda menggunakan chrome browser. Jika ini berlaku, pastinya anda akan kehilangan trafik.
Blog saya pernah terkena serangan malware pada blog. Pertama kali kena memang menggelabah. Tidak tahu hendak buat apa. Dari mana dan apa punca malware ini? Saya dahulu pernah menggunakan plugin “commentator” iaitu satu WordPress plugin yang bertujuan untuk mengira jumlah komen dari para pengunjung yang komen diblog. Mungkin kerana sistem “sekuriti” blog dan juga plugin yang rendah, maka plugin tersebut terkena “malware injection” yang menyebabkan satu kod khas iaitu KOD ARAHAN MALWARE di suntik pada plugin dan juga sistem WordPress. Apa yang terjadi? Google telah memberikan bendera merah iaitu tanda blog terkena serangan malware. Trafik blog jatuh menjunam.
Cara Check Dan Scan Blog Terkena Serangan Malware
Sekarang anda sudah tahu yang blog anda terkena serangan malware. Persoalannya adalah, anda tidak tahu dari manakah malware itu datang dan singgah. Anda perlu kenal pasti bahagian manakah terkena malware dan anda perlu selesaikannya. Untuk pengetahuan anda, selalunya malware ini melekat pada blog anda disebabkan kod yang ditanam pada sistem wordpress anda. Jadi anda perlu buang kod tersebut atau buang plugin yang terkena kod tersebut. Bagaimana? Sila SCAN WEBSITE anda.
Scan Website/Blog Anda Di Sini – [ http://sitecheck.sucuri.net ]
Jika selepas anda membuat “scan” dan teryata blog anda memang terkena serangan malware. Maka online scan yang saya berikan kepada anda tadi akan memaparkan link link yang terkena kod malware. Link yang terkena malware ini harus anda lihat dan selesaikannya. Kalau ianya link pada plugin anda, maka ada sebaiknya anda buang plugin tersebut dan tidak perlu memakainya. Dan jika link tersebut disuntik dengan cara kod pada sistem WordPress anda, maka anda terpaksa untuk melawat kod WordPress anda dan buang secara MANUAL. Ini perlu.
Maaf saya tidak dapat menunjukkan bagaimana untuk membuang kod malware yang disuntik ke dalam blog anda. Ianya adalah suatu yang teknikal. Kalau anda bingung, cuba dapatkan khidmat dari pihak hosting anda samada mereka boleh menyelesaikan masalah anda.
Saya suka dengan browser Google Chrome. Ianya dibina untuk dapat mengesan dan sekaligus memberikan arahan jika sesuatu blog yang ingin anda lawati itu terkena serangan malware. Secara langsung memberikan kita langkah berjaga jaga untuk tidak menurunkan komen yang mana ditakuti akan melarat dan terkena pada blog kita pula. Nasihat saya pada blog anda yang dijangkiti malware, silalah selesaikan dengan segera. Kerana anda akan kehilangan trafik, ranking website akan menjunam atau lebih teruk lagi Google banned blog anda dari engin carian. Ingat, ini sesuatu yang serius. Saya dah check dan scan blog saya. Alhamdulillah blog saya bebas malware.
9 Comments
wah info yang bagus ni.. kadang-kadang tak terperasan kena malware
hati hati ok
mudahan beri manfaat pd semua. penting tahu selesaikan Masalah Serangan Malware di Blog ni.
kalau tahu cara selesai memang bagus
haha memang kalau tak ada amaran daripada google memang tak perasan pun ada malware ini
kalau guna chrome selalunya boleh detect
Susah juga kalau kena malware…dulu innity pernah kena.. Teruk nak kena buang dari cpanel.. Tak boleh login dari dashboard
wahh, kena teruk memang susah nak buat
Wah rupanya blog pun boleh dijangkiti malware. Saya dah check 2 blog saya. Alhamdulillah tiada malware tetapi bila saya komen di blog rakan-rakan yang gunakan WordPress, dikatakan jenis spammer.
Apa sebabnya bro…?