Kepada anda yang terlibat dalam bisnes online samada penjual mahupun pembeli. Anda pasti akan menggunakan perkhidmatan pengeposan samada dari dalam negara dan luar negara. Antara syarikat “courier” yang popular di gunakan di Malaysia adalah seperti Pos Laju, Pos Express, SkyNet, GDex, City-Link, FedEx, DHL dan sebagainya. Tidak kita samada anda penjual atau pembeli, anda akan menggunakan perkhidmatan semak delivery parcel secara online untuk ketahui status penghantaran barang tersebut.
Pernah tidak anda berada dalam keadaan yang sukar seperti terpaksa membuat semakan tracking barang yang datang dari courier company yang berlainan. Ini tentu menyusahkan anda apabila terpaksa semak delivery parcel menggunakan pelbagai website. Barangan pos laju terpaksa anda track barang tersebut di website Pos Laju Track & Trace, barang dari GDex terpaksa anda semak menggunakan laman web GDex dan sebagainya. Ini sangat mengambil masa dan menyusahkan.
Semak Delivery Parcel Semua Courier Dengan Menggunakan ExpressTrack Online
Untuk pengetahuan anda, di Malaysia terdapat laman yang bernama ExpressTrack.Net yang boleh semak delivery parcel dan memudahkan kerja anda untuk track barangan parcel anda dari pelbagai syarikat perhantaran pos. Dengan kata lain, apabila anda sebagai penjual atau pembeli, anda hanya perlu buka website ini dan terus masukkan “Tracking Number” dan kemudian pilih “courier company” barang itu gunakan dan secara automatik ianya akan menunjukkan apakah status terkini barangan tersebut. Mudah bukan.
Di bawah ini saya sediakan ringkasan video bagaimana mudahnya untuk anda semak delivery parcel anda dengan menggunakan hanya 1 website sahaja. Yang anda perlukan adalah Tracking Number dan Nama Syarikat yang digunakan untuk menghantar barangan tersebut. Jadi anda tidak perlu bersusah payah untuk pening pening mencari link “track & trace” mana mana syarikat courier di Malaysia ini.
Kepada anda yang sekarang mahu untuk check barang anda secara online, apa kata anda gunakan ExpressTrack ini sekarang juga. Saya pasti anda akan mendapati ianya mudah digunakan. Website “third party” sebegini sebenarnya dapat membantu mengurangkan masalah untuk semak delivery parcel dengan hanya mengunakan satu sumber sahaja. Ketika artikel ini di tulis, ExpressTrack membolehkan anda untuk track & trace sebanyak 18 syarikat Courier yang ada di Malaysia ini. Rasanya ianya sudah cukup banyak untuk “cover” semua syarikat courier yang ada di Malaysia ini. Selamat mencuba.
3 Comments
Saya pun gunakan web ni untuk tracking parcel saya..mudah ja…
terbaikkk
Encik tumpang tanya. Jika tracking no nya sudah takda boleh lagi ke cek barangnya. Sebab barang tak sampai lagi pd penerima, bila nak cek tracking no pula sudah terbuang resitnya