Kalau anda pengguna internet streamyx, saya pasti anda akan dibekalkan dengan modem dari pihak TM. Apabila sampai suatu masa, mengikut cara pemakaian anda, selalunya modem yang anda akan gunakan akan mula rosak. Salah satu tanda anda tahu bahawa modem anda rosak adalah apabila wifi anda tetap berfungsi seperti biasa tetapi penyambungan intenet menerusi LAN cable tidak berfungsi atau sebaliknya atau lain lain perkara. Jika ini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan modem yang baru. Cadangan saya, sila dapatkan modem dari jenis D-Link. Nanti akan saya ajarkan kepada anda akan cara setting modem D-Link kepada anda.
Kisah saya, semalam saya menghadapi gangguan internet. Banyak kali kerap terputus sambungan internet. Yang peliknya sambungan wifi ok tetapi sambungan LAN ada masalah. Kejap boleh, sekejap tidak. Malah lampu indicator ETHERNET juga tidak menyala. Saya sudah menggunakan modem asal streamyx dari TM sejak 4 tahun lepas. Sudah selayaknya saya menggunakan modem yang baharu. Saya memilih modem dari jenis dan jenama D-Link DSL-2750E yang dijual dengan harga RM76 (harga promosi). Oleh sebab itulah saya ingin kongsikan dengan anda akan cara untuk membuat setting modem D-Link ini kepada anda.
Cara Setting Modem D-Link
Untuk pengetahuan anda, sambungan internet tidak boleh terus di sambung begitu sahaja seperti anda ambil modem baru dan terus cucuk pasang dan menganggap internet akan berfungsi. Tanggapan ini salah. Anda terpaksa membuat sedikit setting atau tetapan supaya ianya berfungsi kerana modem anda yang baru ini bakal mempunyai nama modem yang lain dan berbeza. Ketika anda membeli modem, pastikan anda mencari “Modem Router”. Tidak kisah apa siri sekalipun. Kalau anda tidak tahu, anda hanya perlu memberi tahu kepada penjual modem untuk mendapatkan modem baru untuk menggantikan “modem streamyx”. Jangan risau, mereka akan tahu apa yang anda mahukan.
Langkah Langkah Untuk Tetapan Modem D-Link
- Sila pasang modem anda yang baru sehingga lengkap dan betul (tidak diajar)
- Sila “turn on” modem anda dan pastikan lampu menyala (semua lampu yang berkaitan)
- Buka browser pilihan anda (Chrome/Firefox/Internet Explorer) dan taipkan 192.168.1.1
- Anda akan diminta username dan password D-Link. Sila gunakan “admin” untuk kedua dua
- Sila tekan “Setup Wizard” dan tekan next dan tekan next sekali lagi
- Anda diminta untuk mengisi;
- Country : Malaysia
- ISP : Streamyx (Telecom Malaysia – PPP0E)
- Protocol : PPP0E
- Encapsulation Mode : LLC
- VPI : 0
- VCI : 35
- Search Available PVC : Scan (Sila pastikan maklumat betul dan baru tekan “scan”)
- Internet Service Provider (ISP) Untuk Username dan Password – Username dan Password selalunya perlu anda ketahui. Ini anda dapat semasa mula mula anda memasang talian internet streamyx anda. Username selalunya adalah seperti ini “nama_anda@streamyx”.
- Jika anda tidak tahu, sila membuat panggilan kepada TM Service Center iaitu 1 300 888 123. Sila bercakap dengan perunding TM dan katakan anda mahu meminta maklumat berkenaan Username dan Password untuk pemasangan modem baru anda. Pihak TM akan membuat semakan latar belakang anda dan jika betul, mereka akan berikan maklumat tersebut. Sila masukkan maklumat tersebut dan tekan “next”
- Wireless Network Name (SSID) – Masukkan nama WIFI yang anda mahukan
- Security Mode/Level – Sila pilih WPA-PSK
- WPA Pre-Shared Key – Masukkan password yang anda mahukan. Password ini adalah untuk WIFI. Jangan lupa. Selepas siap sila tekan “next”.
- Anda akan diminta untuk menukar password D-Link. Sila isikan yang baru jika mahu dan jika tidak, sila tekan “skip”. Saya memilih “skip”.
- Setup Summary – Bahagian ini adalah paparan setting SEMUA yang anda lakukan sebelum ini. Sila lihat dan check betul betul. Jika ada salah sila edit semula dan jika betul sila tekan “Apply”.
- Anda akan dibawa ke halaman terakhir (set in…. please wait for the process) dan ini akan men- setting, mengesan dan akan membuatkan talian internet anda untuk online dan talian internet anda sudah berjaya di sambung. Untuk lebih faham, sila lihat video yang saya siapkan untuk anda dibawah ini tentang langkah langkah untuk Setting Modem D-Link.
Website Untuk Membeli Modem/Router
- Lazada – anda boleh mencari modem yang bagus di sini
- Shopee – anda boleh mencari bermacam jenama modem wifi di sini
Sebenarnya, semasa anda membeli Modem D-Link ini, anda juga akan menerima sekeping CD. CD ini perlu anda pasang dan anda perlu mengikuti langkah langkah untuk Setting Modem D-Link. Di sebabkan saya TIDAK BERJAYA menggunakan kaedah Setting Modem D-Link dengan cara CD ini. Maka saya menggunakan kaedah “browser” yang saya tunjukkan diatas. Anda boleh mencuba kedua dua cara. Mana satu yang anda selesa. Tujuannya adalah sama iaitu untuk Setting Modem D-Link dan berjaya membuat sambungan internet Wifi dan LAN. Tamat.
9 Comments
Thank you bro,really very helpful.
terima kasih banyak perkongsiannya.
terima kasih banyakbanyak atas info yang dishhare ni.
Boleh saya tanya, saya punya username bukan @streamyx, tapi @tvos , lampu internet di modem router bertukar dari merah ke hijau, tapi di dalam computer masih menunjukkan No Internet connection, dan masih lagi tidak boleh cconnect dengan internet. Ada caranya ke untuk fix ni?
Terima kasih./
terima kasih bro. dah settle masalah ni dengan beberapa percubaan
Tq bro. Saya baru beli td. Blur jgk nk install. Then surf internet jumpa tulisan awak ni. Sgt membantu. Tq again bro!!
Assalamualaikum. Saya mengunakan modem DLink. Masalahnya – bar internet penuh tapi pada komputer dicatat Limited. Modem pula berkelip-kelip. Adakah modem rosak?
salam.saya baru beli semalam.dlink 3g modem.yg boleh masuk simkad tel.intenet ok.tp cal\mesej\xdapat
untuk 3G modem ini, saya tiada kepakaran untuk membantu yusnani, maaf ya
Assalamualaikum tuan..mohon bantuan..bila tekan scan pvc dia tak detect..biasa apa masalahnya?…trima kasih