Apabila kita membuat sesuatu artikel, kita mengharapkan ada yang membaca artikel tersebut. Lebih lebih lagi kita mengharapkan yang artikel tersebut akan mendatangkan trafik kepada blog kita. Untuk tujuan itu, adalah menjadi perkara yang sangat penting bagi anda untuk memastikan yang artikel anda terpapar pada halaman pertama Google dengan keyword tertentu dari ranking yang baik. Jika tidak, artikel anda itu menjadi sia sia. Bukannya sia sia akan isi kandungan artikel tersebut tetapi sia sia kerana tidak berjaya ranking dan memberikan trafik buat anda. Jadi bagaimana anda boleh tingkatkan ranking artikel anda?
Artikel yang mampu ranking dengan baik pada kedudukkan hasil carian Google ini sangat penting untuk anda ambil tahu. Dari sinilah datangnya trafik yang masuk ke dalam blog anda. Soalannya adalah, bagaimana boleh untuk anda tingkatkan ranking arikel anda itu? Ada banyak faktor yang menyumbang kepada rangking yang baik bagi artikel anda. Tetapi pada kali ini saya tidak mahu menceritakan tentang peranan backlink, bukan juga mahu menjelaskan tentang Outbound Link tetapi mahu menceritakan tentang kepentingan Inbound Link untuk membantu tingkatkan ranking artikel anda.
Tips Tingkatkan Ranking Artikel Blog
Bolehkah dengan mengamalkan inbound link mampu meningkatkan ranking artikel anda? YA BOLEH. Saya bukan katakan dari pembacaan saya. Mungkin saya silap. Tapi dari pengalaman dan pemerhatian saya menunjukkan yang ada artikel dari blog ini mampu ranking dengan baik akibat dari peranan inbound link yang baik. Ini apa yang saya nampak. Untuk pengetahuan anda, sesuatu keyword dari artikel anda setiap harinya akan mengalami perubahan turun dan naik setiap hari. Banyak faktor yang menyebabkan keadaan itu. Teknik inbound link MUNGKIN dapat membantu menolong untuk kekal dan tingkatkan ranking artikel blog anda.
Kalau anda tidak jelas tentang link pautan dalaman ini, anda boleh baca artikel manfaat anchor text bagi membantu meningkatkan nilai artikel anda di mata Google.
Tips mudah kepada anda adalah. Anda perlu membuat artikel yang mana artikel lama di paut ke dalam artikel terbaru dengan syarat artikel terbaru dengan artikel lama REVELEN satu sama lain tentang kandungan artikelnya. Contoh. Katalah anda kini sedang membuat artikel tentang Nasi Ayam Kampung. Tetapi anda dahulu pernah membuat artikel tentang Nasi Ayam Panggang. Jadi pada artikel terbaru ini sila berikan pautan kepada artikel lama ke dalam artikel baru ini. Secara tidak langsung anda memberi nafas baru atau nilai baru kepada artikel lama tersebut.
Perbuatan anda ini sebenarnya dapat tingkatkan ranking artikel lama kepada rangking baru yang lebih baik. Beginilah jika anda mahu meningkatkan posisi artikel anda ke posisi yang paling baik di Google. Saya sendiri pun baru bermula. Mula melihat turun dan naiknya keyword yang saya sasarkan. Jika ada penurunan maka saya perlu buat sesuatu supaya dapat tingkatkan ranking artikel itu semua. Janji dapat naik dan “rank” pun sudah ok. Kalau dapat top 10 di serp Google lagi baik bukan?
2 Comments
Betul tu, artikel tu kena relevan dan kemudian nampak natural dari segi klik ke artikel lama. Kalau nampak macam ada unsur-unsur manipulasi yang keterlaluan, boleh jadi akan kena sandbox terus nanti
kalau kena sandbox tu bahaya